UNIT PENGAJIAN PERNIAGAAN
PTE SMK TINGGI SETAPAK
KOLEKSI SOALAN ESEI PANJANG PENGGAL 3
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM 2019
DISEDIAKAN OLEH: MR KARTHIK
Guru Pengajian Perniagaan
SMK Tinggi Setapak
Bab 1: Keusahawanan
1.
Jelaskan lima peranan usahawan dalam masyarakat [20]
a. Mewujudkan
peluang pekerjaan
-
Perniagaan yang ditubuhkan
oleh usahawan dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat kerana tenaga
kerja diperlukan untuk menjalankan aktiviti perniagaan
-
Mengurangkan kadar
pengangguran dalam masyrakat
-
Contohnya pembukaan kilang
perabot oleh usahawan mewujudkan peluang pekerjaan seperti operator pengeluaran
dan penyelia
b. Menambahkan
pendapatan penduduk tempatan dan taraf hidup.
-
Pendapatan masyarakat pada
keseluruhannya akan meningkat apabila peluang pekerjaan diperoleh.
-
Pertambahan pendapatan dapat meningkatkan
taraf hidup masyarakat dan dapat mengisi keperluan hidup yang lebih selesa
-
Contohnya: peluang pekerjaan
yang diwujudkan oleh usahawan perniagaan perabot, berjaya meningkatkan
pendapatan penduduk termpatan yang mampu beli pelbagai barang dan pewrkhidmatan.
c. Membangunkan
industri sokongan
-
Perniagaan usahawan yang
semakin berkembang memerlukan khidmat sokongan bagi memastikan operasi
perniagaannya berjalan dengan lancar.
-
Keadaan ini akan menjadi
pemangkin untuk meningkatkan aktiviti perniagaan masyarakat dan seterusnya
membolehkan taraf hidup mereka meningkat apabila Malaysia mencapai negara maju
-
Contohnya pembukaan perniagaan
perabot oleh usahawan mewujudkan keperluan untuk aktiviti seperti pengangkutan
dan promosi.
d. Menjadi
sumber inspirasi kepada masyarakat
-
Kejayaan yang dicapai oleh
usahawan akan menjadi pendorong kepada usahawan lain untuk terus berusaha
dengan gigih bagi memajukan perniagaan.
-
Sikap usahawan tersebut akan
dicontohi oleh golongan muda yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
-
Contnhya, kejayaan seorang
usahawan perniagaan perabot menjadi contnh kepada usahawan baharu yang membuka perniagaan perabot.
-
e. Menjalankan
tanggungjawab sosial
-
Usahawan dapat membantu
ibu-ibu tunggal, orang kurang upaya, dan yang miskin dengan menyumbang kekayaan
yang dimilikinya kepada masyarakat dalam bentuk zakat, sedekah, biasiswa
pengajian, atau wakaf.
-
Sumbangan ini dapat
membangunkan masyarakat dan secara tidak langsung membasmi kemiskinan.
-
Contohnnya, sorang usahawan
perniagaan perabot mengambil lebih ramai ibu tunggal untuk bekerja dalam kilang
perabot.
2.
Jelaskan tiga pendekatan keusahawanan [18]
a. Pendekatan
Ekonomi
- Keuntungan dan kekayaan merupakan pendorong kepada usahawan untuk
melibatkan diri dalam keusahawanan.
- Dengan itu, usahawan akan berusaha mencari peluang mendapatkan untung.
-
Contoh tokoh : Israel Kirzner usahawan sebagai orang tengah dan mengaut
keuntungaan.
b. Pendekatan
Psikologi
-
Mengkaji ciri-ciri personaliti individu yang membentuk sifat keusahawanan iaitu
Keperluan kepada pencapaian iaitu keinginan
untuk menyelesaikan masalah dengan
sendiri, menetapkan matlamat dan berusaha untuk mencapai matlamat dengan
usaha sendiri,
-
Lokus kawalan diri yang tinggi iaitu
kepercayaan bahawa individu sendiri akan menentukan masa depan mereka melalui
usaha sendiri
-
Kecenderungan mengambil risiko atas usaha yang
dilakukan. Mempunyai sikap bekerja keras untuk mencapai kejayaan dalam bidang
yang diceburi
-
Contoh tokoh: McClelland - Teori kehendak
kepada pencapaian. Teori ini menyatakan bahawa usahawan mempunyai kehendak
pencapaian yang tinggi dan berani memikul tanggungjawab.
c. Pendekatan
Sosiologi
-
Keadaan sosial
mendorong pembentukan keusahawanan. Contohnya :
-
Contohnya factor pengalihan negative seperti
apabila individu yang terasing daripada masyarakat teras atau hilang tempat
bergantung, mereka akan cenderung bergiat dalam perniagaan dan menjadi usahawan
seperti imigran, individu yang dibuang kerja atau wanita yang bercerai.
- Contoh tokoh: Max
Weber memasukkan unsur keagamaaan sebagai asas kejayaan seseorang usahawan.
3.
Jelaskan lima sifat usahawan yang berjaya [20]
a. Kreatif
- kebolehan
mencipta sesuatu yang baru
- melihat
persekitaran untuk mendapatkan idea baharu untuk melahirkan krerativti yang
tinggi
- contohnya
seorang usahawan mencipta perabot baharu menggunakan pelepah pokok sawit
b. inovatif
- mempunyai
kebolehan untuk membuat perubahan ke
atas produk atau perkhidmatan sedia ada dan menjadikannya lebih baik.
- Memperbaiki
kelemahan produk sedia ada
- Contohnya
seorang usahawan mengubahsuai kipas angin dilengkapi dengan lampu
c. Berani
mengambil risiko
- belajar
cara untuk menguruskan risiko serta berani mengambil sesuatu tindakan bagi
memastikan perniagaannya berjalan dengan baik.
- Menangani
ketidapastian dalam perniagaan yang diceburi
- Contohnya
seorang usahawan perabot menambah modal perniagaan sebanyak RM50 000 untuk
mengembangkan perniagaannya
d.
initiatif yang tinggi
- Sikap
yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum terpaksa melakukannya, dipaksa oleh
keadaan atau diarah supaya melakukannya.
- Giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang-bidang, keluaran
atau perkhidmatan yang baharu.
- Contohnya seorang usahawan menyedari kemungkinan
kerajaan menaikkan cukai untuk perabot dan berjaya mengawal kos agar kenaikan
cukai tidak membebankan pengguna
e. Berkeyakinan
yang tinggi
- mempunyai keyakinan diri bahawa usaha teroka
akan mencapai kejayaan.
- Lokus
kawalan dalaman yang tinggi
- Contohnya
seorang usahawan perabot percaya bahawa perabot baharu yang dihasilkan akan
berjaya menguasai pasaran
4.
Jelaskan lima ciri efektif mengikut Stephen Covey [20]
a. Proaktif
-
Usahawan
boleh bertindak tanpa arahan
-
Usahawan
boleh bertindak atas kehendak sendiri
-
Contohnya
Individu
yang proaktifi akan berusaha dan menggunakan sumber yang ada untuk mencari cara
untuk meningkatkan jualan dan bukannya menunggu bantuan orang lain untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
b. Mulakan
dengan mengingati matlamat
-
Usahawan menetapkan matlamat
dan sentiasa mengingati matlamat kerana matlamat menentukan hala tuju.
-
Usahawan membentuk penyataan
misi dan mengenalpasti objektif untuk mencapai misi tersebut.
-
Seorang usahawan yang ingin
meningkatkan jualan sebanyak 25% membentuk strategi untuk mencapai matlamat
tersebut..
c. Mengutamakan
yang penting
-
Usahawan mengetahui keutamaan
dan kepentingan setiap tugas
-
Usahawan menyusun tugas
mengikut keutamaan/ kepentingan
-
Contohnya: seorang usahawan
sediakan jadual kerja untuk emastikan kerja dibuat ikut jadual yang ditetapkan.
d. Berfikiran
Menang-menang
-
Usahawan
bekerjasama untuk berjaya bersama, bukan untuk diri sendiri sahaja.
-
Usahawan
mengambil keputusan yang memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak
-
Contohnya
seorang usahawan perabot mengambil kira kesan pengeluaran kepada persekitaran
sebelum memulakan operasi pengeluaran
e. Cuba
memahami dahulu kemudian cuba untuk difahami
-
Mendengar dengan baik apa yang
disampaikan oleh orang lain
-
Usahawan bersikap empati iaitu
memahami keadaan orang lain
-
Usahawan brupaya berkomunikasi
dengan berkesan
-
Contohnya usahawan mengadakan
mesyuarat untuk memahami masalah mereka dan cuba menyelesaikannya dengan cara
yang baik
5.
Jelaskan lima sumber idea perniagaan [20]
a. Pelanggan
-
Merupakan pihak yang
membeli keluaran yang dihasilkan usahawan.
-
Usahawan boleh membuat tinjauan dan kaji selidik untuk
mendapat maklumbalas tentang keluaran sedia ada atau jenis keluaran yang
diingini pelanggan @ citarasa pelanggan.
-
Contoh: Pelanggan
memberi idea fesyen pakaian terkini/ digemari kepada peniaga.
b. Produk sedia ada
-
Usahawan akan
menganalisis ciri-ciri barang dan perkhidmatan yang telah dijualkan -
Menukarkan corak pembungkusan/ reka bentuk/ kualiti yang lebih baik dan menambahkan
fungsi produk.
-
Contoh: Peniaga pakaian
mengubahsuai ciri fesyen lama kepada ciri fesyen terkini
c. Syarikat sedia ada
-
Menganalisis kekuatan
dan kelemahan perniagaan yang dimiliki untuk bersaing di pasaran
-
Menilai kembali imej
perniagaan/ pekerja/ kewangan/ teknologi
-
Contoh: Menilai kembali
teknologi menjahit pakaian supaya lebih produktif/ menjimatkan kos
d. Saluran pengedaran
-
Terdiri daripada
pemborong/ agen/ peruncit yang berfungsi mengedarkan barang
-
Maklumat cita rasa
pengguna boleh didapati daripada peruncit/ agen/ pemborong
-
Contoh: Peruncit
memberi maklumat kepada pembekal tentang cita rasa fesyen terkini/ digemari
e. Paten
-
Merupakan hakcipta yang
dilindungi oleh undang-undang daripada ditiru/ dicetak.
-
Paten mempunyai nilai
komersial dan boleh dijual kepada pengusaha yang ingin mengeluarkan keluaran
tersebut secara sah.
-
Contoh: Paten fesyen
pakaian boleh dijual kepada peniaga/ pengeluar lain
6.
Jelaskan empat kaedah menjana idea [20]
a. Kumpulan
focus
-
sekumpulan individu yang menyumbang idea dalam format yang berstruktur.
-
Kumpulan individu dibentuk daripada ahli yang datang dari
latarbelakang yang berbeza. .
-
Ada fasilitatotr ( orang tengah) yang memastikan perbincangan kumpulan ini
terarah.
-
Kaedah ini boleh diguna untuk menyaring idea.
-
Contoh: sesi kumpulan fokus untuk mengenalpasti
kelebihan dan kelemahan produk baharu yang akan dilancarkan
b.
Sumbang saran
- digunakan untuk mendapatkan seberapa banyak idea..
- ahli tidak dibenarkan mengkritik ahli kumpulan yang lain.
- Menggalakkan
idea yang bebas
- Contoh: sesi sumbang saran tentang produk yang hendak dikeluarkan.
c. Pemerhatian
- memantau
persekitaran untuk menghasilkan idea baru
- memerhatikan keperluan diri sendiri atau orang-orang di
sekeliling
- perubahan faktor persekitaran seperti ekonomi dan
sosiobudaya
- contoh: keadaan ekonomi yang meleset memberi peluang
kepada usahawan untuk menghasilkan pek makanan harga murah.
d. soalselidik
-
mengedar borang soal selidik kepada orang lain
-
Bertujuan
mendapatkan maklumat tentang barang atau perkhidmatan yang diperlukan
-
Boleh
diedarkan kepada kumpulan pengguna tertentu atau secara umum
-
Contoh:
sebuah syarikat pengeluaran produk kesihatan, menjalankan soalselidik kepada
pelajar Tingkatan enam terntang keperluan kesihatan diri mereka.
7.
Jelaskan proses merealisasikan idea [20]
a. tahap
idea
-
peringkat idea dijana,
dikumpul, dan disenaraikan
-
idea termasuk sumber dalaman
(R&D) dan sumber luaran seperti pembekal, pesaing, pelanggan dan pengedar.
-
contoh: seorang usahawan
menjana idea tentang aktiviti perniagaan yang boleh dimulakan dengan
menggunakan bahan mentah dari sumber yang boleh ditawarkan di sebuah kawasan
perumahan baharu
b. menapis
idea
-
Idea-idea yang menjanjikan
kejayaan dikenal pasti dan idea-idea yang kurang praktikal digugurkan
-
Pada peringkat ini senarai
semakan penilaian sistematik dibuat bagi perniagaan keropok ikan.
c. Membina
konsep
-
Usahawan akan membuat penerangan idea secara terperinci daripada
perpektif pelanggan
-
Peringkat ini bertujuan
kefahaman tentang produk yang akan dihasilkan kepada pelanggan dari segi
kualiti dan ciri-ciri keropok ikan
d. Menguji
konsep
-
Usahawan akan menguji produk
keropok ikan dengan kumpulan sasaran pengguna, temuduga dengan kumpulan sasaran
pengguna
-
untuk mengetahui konsep produk
yang paling menarik kepada bakal pelanggan
e. Membuat
rancangan perniagaan
-
Sekiranya idea tersebut
mempunyai asas yang baik satu rancangan perniagaan perlu ditulis sebagai
memperincikan idea yang hendak dikeluarkan
-
Tujuan membuat rancangan
perniagaan ialah untuk mengetahu kelemahan dan kelebihan pesaing , produk,
syarikat untuk mendapatkan pembiayaan
f. Membina
fizikal ( protaip )
-
Usahawan keropok ikan akan
membina produk sebenar atau prototaipnya selepas idea yang dijana melepasi
semua peringkat merealisasikan idea.
-
Contohnya menghasilkan contoh
keropok ikan yang akan dipasarkan kepada pengguna
g. Mengkormesialkan
-
Merupakan peringkat akhir
dalam proses perancangan dan pembangunan produk
-
Melibatkan penghasilan keropok
ikan secara besar-besaran untuk dijual di pasaran.
8.
Jelaskan empat bantuan kepada usahawan [20]
a. Bantuan
kewangan
-
Bantuan kewangan dalam bentuk
bantuan modal dan subsidi serta pinjaman kewangan dalam jangka masa pendek dan
panjang
-
Memerlukan bantuan kewangan
untuk membiayai pembinaan kilang, membeli bahan-bahan mentah dan membuat
promosi.
-
Pihak-pihak yang memberi
bantuan kewangan ialah agensi kerajaan,
badan berkanun dan pihak swasta.
-
Contohnya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menawarkan Skim
Pembiayaan Ikhtiar dan bank perdagangan menawarkan pinjaman jangka pendek dan
jangka panjang
b. Tapak
Kilang
-
Lokasi untuk mendirikan kilang
atau ruang niaga serta pejabat
-
Tapak kilang yang dipilih mestilah berada di suatu lokasi
yang strategik
-
Perlu berdekatan dengan dengan
kawasan sasaran pasaran atau yang terdapat kemudahan infrastruktur
-
Contoh Agensi yang dapat
memberi bantuan tapak kilang ialah PKEN, MARA UDA dan MIEL
c. Khidmat
Nasihat dan perundingan
-
Disediakan bagi memastikan
usahawan memperlengkap diri mereka denganilmu pengetahuan
-
Ia dapat meningkatkan
kemahiran keusahawanan dalam bidang perniagaan
-
Bantuan yang disediakan
seperti perundingan pengurusan dari segi pemasaran, cara meningkatkan kualiti
keluaran dan produktiviti organisasi
-
Contoh agensi yang menawarkan
bantuan ini ialah MARA, MEDEC, PUNB dan MARDI
d. Pembangunan
usahawan
-
Menyediakan program pewujudan
usahawan baharu
-
Menawarkan kursus untuk mewujudkan
masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputra Malaysia
-
Antara program yang ditawarkan
ialah Prog Pembangunan Vendor, Program Mentor Mentee, Program Pembangunan
Francais , Konsep Payung
-
Contoh pihak yang menawarkan
bantuan ialah MARA, SIRIM dan PETRONAS
Bab 2; Rancangan Perniagaan
1.
Jelaskan kepentingan rancangan perniagaan [20]
a. Sebagai
garis panduan memulakan perniagaan
-
RP digunakan sebagai satu
garis panduan untuk menentukan hala tuju perniagaan.
-
RP juga menjelaskan visi,
misi, matlamat, objektif, belanjawan, dan ramalan perniagaan.
-
RP digunakan sebagai panduan
untuk memahami skop tugas pengurus dan pekerja.
b. Sebagai
alat kawalan
-
Agar aktiviti dilaksanakan
mengikut perancangan
-
RP dapat digunakan sebagai
alat untuk mengukur tahap pencapaian perniagaan atau prestasi.
-
RP juga sebarang penyelewengan
dapat dikenal pasti dan tindakan pembetulan dapat diambil dengan segera.
c. Penggunaan
sumber dengan cekap
-
RP dapat membantu dalam proses
perancangan penggunaan sumber-sumber,
-
Contohnya kewangan, tenaga
kerja, mesin, bahan, dan lain-lain dalam menjalankan operasi perniagaan.
-
Perkara ini membolehkan
organisasi mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mengelakkan pembaziran
sumber.
d. Alat
komunikasi kepada pihak berkepentingan
-
RP yang lengkap dengan
maklumat perniagaan dapat meningkatkan keyakinan pihak-pihak yang
berkepentingan,
-
Contohnya pihak seperti pihak
bank, pemegang saham, pembekal
-
RP juga boleh membantu pihak
bank, institusi kewangan, dan pembekal untuk menilai viabiliti sesebuah
pernigaan.
e. Mengurangkan kesilapan
-
Memastikan keputusan
yang diambil mengikut perancangan yang telah dibuat
-
Langkah pembetulan
boleh dijalankan jika ada kesilapan
-
Dengan ini perniagaan
dapat diusahakan dengan lebih teratur
2.
Jelaskan kegunaan rancangan perniagaan kepada enam pihak
berkepentingan [18]
a. Pembekal
-
Pembekal menyediakan sumber
modal yang cepat dan murah kepada perniagaan melalui jualan kredit.
-
Pembekal perlu meneliti
rancangan perniagaan sebelum bersetuju untuk menandatangani perjanjian untuk
membekalkan barang mentah, separuh siap atau bahan siap perniagaan terbabit.
-
Contohnya pembekal untuk
usahawan perabot akan hanya memberikan jualan kredit jika kedudukan kewangan
dan perniagaan usahawan mempunyai potensi untuk berjaya.
b. Pembiaya
-
Pihak menyediakan kemudahan
pinjaman kepada usahawan
-
Pihak bank atau institusi
kewangan perlu memastikan perniagaan yang bakal dijalankan itu berdaya maju.
-
Contohnya pihak bank membuat penelitian untuk mengenal pasti
kemampuan usahawan perabot bayar balik
pinjaman sebelum permohonan pinjaman diluluskan
c. Pelabur
-
Pihak yang menyumbangkan modal
perniagaan kepada usahawan.
-
pemodal perniagaan perlu
menilai dan memperhalusi rancangan perniagaan untuk melabur.
-
Pelabour buat penilaian yang
terperinci dibuat bertujuan untuk memastikan keputusan pelaburan dapat
dilakukan dengan tepat dan menguntungkan pelabur.
d. Pelanggan
-
Pelanggan ialah pihak yang
membeli produk yang dikeluarkan oleh usahawan.
-
Dapat meneliti terlebih dahulu
keupayaan dan kemampuan syarikat yang menawarkan perkhidmatan
-
Pelanggan boleh mengetahui sama
ada perabot yang dibeli adalah selamat digunakan dan bermutu
e. Kerajaan/agensi
kerajaan
-
Meneliti rancangan perniagaan
untuk memberikan bantuan kepada usahawan.
-
Rancangan perniagaan yang
baik, mudah mendapat kelulusan bantuan daripada kerajaan.
-
Contohnya MARA meneliti RP
usahawan perabot sebelum meluluskan geran perniagaan
3.
Jelaskan enam elemen pertama dalam rancangan
perniagaan kedai bakeri. [18]
a. Rumusan Eksekutif
-
Ringkasan atau rumusan
keseluruhan rancangan perniagaan yang merangkumi maklumat tentang perniagaan
diletakkan pada bahagian awal rancangan perniagaan.
-
Contoh : Pemilik
Syarikat Tekstil Murni perlu menyatakan tujuan rancangan perniagaan disediakan,
kos projek dan cara pembiayaan perniagaan serta butiran ringkas mengenai usahawan
dan kakitangan utama dalam perniagaan
b. Pengenalan
-
Menerangkan latar
belakang industri perniagaan seperti jenis industri, pasaran industri,
pertumbuhan industri, analisis jurang dan lain-lain.
-
Contoh : Pemilik Syarikat Tekstil Murni perlu
menyatakan jenis perniagaan yang diceburi dan maklumat penting berkenaan
perniagaan, tempat atau lokasi perniagaan dijalankan, tarikh perniagaan dimulakan, cara perniagaan
diuruskan dan strategistrategi utama yang mapan dan berkesan sebagai penyokong
pelaksanaan perniagaan
c. Objektif
-
Penjelasan tentang
tujuan, matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang rancangan perniagaan dan cara untuk mencapai
matlamat tersebut.
-
Contoh : Pemilik
Syarikat Tekstil Murni perlu menyatakan visi dan misi perniagaan, matlamat
jangka panjang dan jangka pendek perniagaan, kekuatan perniagaan yang boleh
dijadikan sebagai asas pencapaian matlamat atau kelemahan perniagaan dan
strategi untuk mengatasi kelemahan tersebut
d. Latar Belakang
Syarikat
-
Mengandungi maklumat
butiran latar belakang syarikat, sejarah penubuhan syarikat, jenis perniagaan yang akan dijalankan dan
jenis milikan perniagaan.
-
Contoh : Pemilik
Syarikat Tekstil Murni perlu menyatakan nama syarikat dan nombor pendaftaran
syarikat, alamat syarikat, nombor telefon, jenis perniagaan dan industri yang
diceburi, bentuk pemilikan perniagaan, kegiatan utama yang dijalankan oleh
perniagaan, tarikh pendaftaran perniagan, sejarah perniagaan dll @ contoh yang
bersesuaian.
e. Latar Belakang Pemilik
-
Merupakan maklumat
berkaitan individu yang memiliki perniagaan atau mengusahakan perniagaan
tersebut.
-
Contoh : Pemilik
Syarikat Tekstil Murni perlu menyatakan butir-butir peribadi pemilik, ahli
kongsi atau pemegang saham yang merangkumi nama pemilik, alamat, nombor
telefon, umur, kelulusan, pengalaman, kemahiran pemilik
f. Latar Belakang
Projek
-
Merupakan penerangan
secara terperinci tentang projek yang hendak dijalankan iaitu jenis perniagaan
yang ingin diceburi dan sebab-sebab kewujudan perniagaan tersebut
-
Menjelaskan secara
lengkap perancangan strategik produk yang ingin ditawarkan dengan memberikan
hala tuju strategik produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan.
-
Contoh : Pemilik
Syarikat Tekstil Murni perlu menyatakan jenis atau bidang perniagaan yang diceburi, sebab atau faktor pendorong
kepada penubuhan projek tersebut, potensi masa depan projek yang diceburi dan
kejayaan yang diharapkan, menjelaskan
lokasi tapak projek, kelebihan lokasi dan pelan lokasi, menjelaskan jenis dan
struktur bangunan serta pelan bangunan dan menjelaskan kemudahan asas yang ada
seperti bekalan air, elektrik, jalan raya dan sebagainya
4.
Jelaskan rancangan pemasaran, rancangan operasi, rancangan
organisasi dan rancangan kewangan dalam rancangan perniagaan kedai perabot.
[20]
a. Rancangan Pengeluaran/Operasi
Dalam bahagian ini, perlu
mengandungi pelbagai elemen. Di antaranya adalah seperti berikut:
-
Huraian tapak projek,
kesesuaian, dan pelan lokasi kilang
-
Susun atur ruang
opersai
-
Mesin dan peralatan
yang digunakan
-
Proses pengeluaran
(langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk dan perkhidmatan
-
Carta aliran operasi
-
Penggunaan bahan mentah
-
Stok simpanan bulanan
atau tahunan
-
Jadual pelaksanaa
projek
-
Premis perniagaan
dibeli, disewa atau dipajak
b. Rancangan Kewangan
Mengandungi elemen-elemen berikut:
-
Kos pelaksanaan projek
-
Peruntukan modal
pusingan
-
Perbelanjaan-perbelanjaan
lain seperti perbelanjaan praoperasi dan peruntukan luar jangka
-
Sumber pembiayaan
-
Keperluan Pembiayaan
-
Penyata-penyata
Kewangan
-
Analisis Titik Pulangan
Modal
c. Rancangan Organisasi
Mengandungi
elemen-elemen di antaranya adalah seperti berikut:
-
Senarai jawatan dan
bilangan pekerja
-
Carta organisasi
-
Tanggungjawab dan tugas
pekerja
-
Imbuhan gaji pekerja
-
Keperluan pejabat
d. Rancangan Pemasaran
Perlu mengandungi maklumat
diantaranya:
-
Pelanggan
-
Trend Pasaran
-
Saiz pasaran
-
Ciri-ciri pasaran
-
Sasaran pasaran
-
Pesaing-pesaing
-
Strategi Pemasaran
-
Ramalan jualan
-
Kos pemasaran
-
Kaedah promosi
Bab 3: Perniagaan antarabangsa
1. Jelaskan kepentingan perniagaan antarabangsa [20]
a. Tukaran asing
-
Memperoleh matawang
asing melalui aktiviti eksport.
-
Menggalakkan aliran
masuk matawang ke dalam negara
-
Meningkatkan pendapatan
negara
-
Contohnya aktiviti
eksport Malaysia ke Jepun meningkatkan aliran masuk matawang Yen ke Malaysia
b. Pasaran luas
-
Pasaran dalam negara
sudah tepu
-
Lebihan barang dalam
negara dapat diekport ke luar negara sebab pasaran yang lebih luas
-
Contohnya sebuah
perniagaan perabot di malaysia mengeksport perabot ke benua Eropah kerana
pasaran Malaysia sudah tepu
c. Guna tenaga
-
Aktiviti perniagaan
antarabangsa mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan
-
Ini dapat mengurangkan
kadar pengangguran dalam negara
-
Contohnya aktiviti
eksport pengusaha malaysia mewujudkan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan
logisitk dan pengangkutan
d. Pemindahan teknologi
-
Penggunan kaedah baharu
dalam aktiviti pengeluaran
-
PAB membantu pengusaha
mendapatkan treknologi terkini daripada luar negara
-
Conothnya penggunaan
mesin pemprosesan makanan dari Taiwan meningkatkan hasil pengeluaran pengeluar
makanan di malaysia.
e. Memeproleh sumber pengeluaran
-
Mendapat sumber yang murah
dan banyak dari luar negara
-
Ada sumber yang tidak
terdapat dalam negara seperti arang batu untuk industri penjanaan kuasa
elektrik
-
Contohnya sebuah syarikat
pengeluaran perabot mengimport kayu dari negara Indonesia kerana lebih murah
2.
Jelaskan lima strategi memasuki perniagaan
antarabangsa [20]
Lima strategi untuk memasuki perniagaan antarabangsa ialah
a.
Francais
-
Satu bentuk perniagaan yg
mana francaisor memberi kebenaran, hak atau keistimewaan, seperti nama dan cop
dagangan kpd seseorg usahawan utk menjalankn
pgaan mengikut peraturan dan tatacara yg telah ditetapkn oleh francaisor.
-
Francaisi
membayar royalti atau yuran tertentu kpd sykt induk. [1]
-
Contohnya pembukaan
restoren KFC di Malaysia oleh francaisi tempatan yang mendapat kebenaran
daripada francaisor di Amerika Syairkat
b. Usaha sama
-
dua atau
lebih syairkat bergabung untuk membentuk
entiti pernigaan
baharu.
-
Bertujuan memperoleh pengetahuan
rakan kongsi ttg persaingan, budaya, dan sistem politik.
-
Contohnya usaha sama
antara syairkat Gheely dengan Proton
c. Subsidiari
-
Operasi
tempatan yg dimiliki sepenuhnya dan dikawal oleh sykt asing.
-
Boleh dibuat melalui pelaburan langsung (g sykt baru atau melalui pembelian ekuiti bg sykt sedia
ada.
-
Contohnya: maybank
membuka subsidiari di Indonesia
d. Operasi serah kunci
-
Sebuah
sykt mereka bentuk, membina, dan menyiapkn sesuatu kemudahan di negara asing di
samping melatih pekerja negara itu utk mengambil alih operasi kemudahan yg dibina.
-
Projek yg
telah siap utk beroperasi diserahkn kpd pembeli.
-
Sykt asing
akan menyerahkn kunci kemudahan yg telah siap kpd sykt tempatan utk
dikendalikan.
-
yuran dan
wang pendahuluan akan dibayar oleh sykt tempatan kerana menggunakan kemudahan
berkenaan.
-
Contohnya sebuah
syarikat pembinaan Malaysia membina lebuhraya di pakistan
e. Pelesenan
-
Satu
perjanjian antara pemegang lesen dgn penerima lesen bg membolehkn penerima lesen
berhak terhadap proses pengeluaran, cap dagang, dan paten kepunyaan pemegang lesen.
-
Penerima
lesen akan memberi royalti atau yuran kpd pemegang lesen.
-
contohnya sebuah
syarikat pakaian malaysia membuat kontrak perlesenan dengan Syarikat Walt
Disney untuk menggunakan watak Mickey Mouse dalam baju kanak-kanak
3. Jelaskan lima konsep perniagaan antarabangsa. [20]
a. Dunia tanpa sempadan
-
perdagangan bebas tanpa
sempadan
-
urusniaga import dan eksport
tanpa sekatan
-
disebabkan oleh perkembangan
seperti teknologi maklumat yang menggalakkan perniagaan atas talian
-
contohnya perdagangan bebas
antara negara -negara anggota ASEAN
b. Pasaran Menimbul
-
pasaran baharu yang berpotensi
untuk menjalankan perniagaan antarabangsa
-
peningkatan kuasa beli pengguna
dalam pasaran tersebut
-
Cth : negara-negara sedang membangun,
Myanmar , Vietnam
c.Selatan-selatan
-
kerjasama negara-negara
membangun yang terletak di hemisfera selatan untuk menjaga kepentingan ekonomi
dan kerjasama teknikal
-
merupakan kerjasama antara
negara-negara yang dianggap masih belum membangun dari segi ekonomi.
-
Cth : negara-negara ASEAN,
Afrika , Amerika Latin.
d. Globalisasi
-
suatu proses menjadikan
ekonomi dunia saling bergantung dan tidak bersaing antara satu sama lain
-
produk seragam dapat
dipasarkan melampaui sempadan geografi dan budaya di seluruh dunia
-
contohnya produk syrikat Sony
dipasarkan diseluruh dunia
e. Lokalisasi
-
proses penyesuaian terhadap
produk atau perkhidmatan dengan ciri-ciri tempatan negara tempat perniagaan
beroperasi.
-
boleh mengurangkan risiko
kerugian perniagaan
-
terdiri daripada lokalisasi
produk, laba, sumber dan
-
Cth : McDonalds Malaysia
memperkenalkan bubur ayam
3.
Jelaskan lima cabaran sebuah syarikat multinasional
[20]
a. Strukrur
organisasi .
-
Struktur organisasi syarikat
berbeza. .
-
Bergantung kepada persekitaran
pemiagaan, pasaran sirsaran. keupayaan dan kemahiran pekeda dan kaedah operasi
yang diamalkan oleh kedua-dua syarikat. .
-
Sukar memilih bentuk
penjabatan.
-
Contohnya syarikat pakaian
malaysia memilih untuk menggunakan struktur fungsian untuk menguruskan tiga
cawangan di luar negara.
b. Kawalan
pengumsan .
-
Kaedah kawalan berheza- .
-
Lokasi yang jauh menyukarkan
penetapan kepada satu benok strultur pentadbiran sama ada pentadbiran berpusat
atau lidak berpusat. .
-
Tidak berpusat bermakla anak
syarikat membuat keputusan, walaupun keputusan lebih tepat kerana anak syarikat
lebih tahu selok-belok pemiagaan di negara luar, namun syarikat induk sukar
mengawal aktiviti anal syarikat. .
-
Pentadbiran berpusat, walaupun
syarikat induk dapat mengawal aktiviti anak syarikat, keputusan yang diperoleh
mungkin kurang tepat kerana syarikat induk tidak mahir selok-belok pemiagaan di
luar. .
-
Contoh : Sebuah syarikat
pakaian Malaysia menghadapi masalah konflik antara pekerja apabila menggunakan
pentadbiran berpusat untuk megawal lima cawangan di luar negara.
c. Politik
dan perundangan Politik .
-
Kestabilan politik - kekuatan
sistem politit dalaman tetapi juga ancaman dari luar. . Dapat menjamin supaya
pelaburan asing tidak terancam malah berterusan. .
-
Ketidakstabilan politik sering
mengganggu operasi syarikat multinasional.
-
Sistem perundangan juga
berbeza antara negara berbeza. .
-
Contoh: Kerajaan malaysia
menetapkan semua produk makanan yang dikeuarkan oleh syarikat multinasional di
Malaysia wajib menggunakan 40% bhahan mnetah tempatan.
d. Ekonomi
-
Sistem ekonomi berbeza antara
sesebuah negara dan ini mempengaruhi aktiviti pemiagaan antarabangsa.
-
Keadaan ekonomi meleset
menyebabkan permintaan terhadap produk
multinasional kurang. Contoh: kenaikan kadar faedah di Malaysia menyebabkan
jualan kereta keluaran syarikat multinasional di Malaysia merosot.
e. Sosiobudaya
-
Perbezaan dari aspek
sikap, cara hidup, bahasa dan agama
-
Majoriti penduduk
malaysia beraga islam dan syairkat multinasional perlu memastikan pengeluaran
produk makanan mematuhi syariah
-
Penggunaan bahasa yang
saesuai oleh syairkat multinasional untuk memastikan rakyat Malaysia boleh
memahami maklumat produk dengan mudah.
4.
Jelaskan lima risiko sebuah syarikat multinasional
[20]
a. Risiko
ekonomi.
-
Pengamalan sistem ekonomi yang
berbeza, seperti sistem ekonomi perancangan pusat, campuran, dan kapitalis akan
mempengaruhi kuasa beli penduduk setiap negara.
-
Risiko ini juga boleh
disebabkan oleh masalah kemelesetan ekonomi ataupun inflasi.
-
Contohn: keadaan ekonomi
meleset di Malaysia menjejaskan prestaisi perniagaan syarukat multinasional
b. Risiko
politik.
-
Sistem pemerintahan sesebuah
negara adalah berbeza menyebabkan syarikat akan mengalami kerugian sekiranya
tindakan kerajaan asing menurunkan nilai pelaburan syarikat tersebut.
-
Syarikat mengalami risiko
operasi disebabkan oleh perubahan undang-undang, persekitaran, dan penetapan
cukai.
-
Conothnya kenaikan gaji
minimum di Malaysia menyebabkan kos operasi syarikat multinasional di malaysia
meningkat.
c. Risiko
kredit.
-
Risiko ini berkaitan dengan
risiko untuk mendapatkan pembayaran dari luar negara.
-
Sebagai contoh, sebuah
syarikat multinasional beroperasi di sebuah negara yang sedang mengalami
masalah, seperti kemelesetan ekonomi, ketidakstabilan politik, dan bencana
alam.
-
Masalah yang dialami oleh
negara tersebut akan menyebabkan syarikat yang membuat pinjaman tidak mampu
untuk membayar balik pinjaman bersama faedah yang dikenakan.
d. Risiko
pemiliknegaraan.
-
Risiko ini merujuk kepada
kemungkinan berlakunya perubahan pemerintah bagi sesebuah negara.
-
Hal ini demikian kerana
perkara, seperti pengambilalihan aset melalui expropriation atau confiscation
boleh berlaku.
-
Sebagai contoh, perubahan
pemerintahan demokrasi kepada pemerintahan komunisme menyebabkan negara tuan
rumah akan mengambilalih syarikat multinasional tanpa membayar sebarang
pampasan.
e. Risiko
kadar pertukaran wang.
-
Kadar pertukaran wang asing
yang berubah-ubah.
-
Perlu meramal pergerakan
tukaran mata wang pada masa hadapan yang memberi kesan kepada perniagaan
-
Contohnya kenaikan dolar
Amerika berbanding dengan ringgit malaysia menjejaskan operasi perniagaan
syarikat elektronik yang mengimport komponen dari luar negara
5.
Jelaskan kaedah melindungi pasaran domestik bukan
tarif [20]
a. Kuota
-
Tindakan kerajaan menghadkan
jumlah kemasukan produk atau perkhidmatan yang diimport dalam bentuk
kuantitatif berdasarkan bilangan, jumlah, atau nilai.
-
Mengurangkan jumlah import ke
dalam negara
-
Contohnya kerajaan mengenakan
kuota untuk perabot imprt menyebabkan permintaan perabot temopatan meningkat
b. Embargo
-
Merupakan tindakan
memberhentikan atau tidak membenarkan sebarang aktiviti perdagangan atau
perniagaan dijalankan dengan negara tertentu/sekatan perdagangan. •
-
Tindakan ini diambil akibat daripada
ketidakpuasan dasar, peraturan, prosedur, sama ada disebabkan perbezaan politik
atau ekonomi terhadap sesebuah negara lain.
-
Conothnya Malaysia mengenakan
embargo ke atas negara Israel
c. Anti
lambakan
-
Mengawal kemasukan produk dan
perkhidmatan dari negara asing dalam kuantiti yang banyak ke dalam sesebuah
negara yang menyebabkan produk tempatan tidak dapat bersaing.
-
Anti lambakan ini mengelakkan produk yang
dibawa masuk dengan harga di bawah paras harga sebenar, merupakan satu strategi
untuk meluaskan pasaran, atau menembusi syer dengan cepat di pasaran negara
asing, atau untuk menjual produk yang tidak berkualiti dan tidak diterima di
pasaran lain.
-
Contohnya lambakan basikal
yang diimport dari Hong Kong.
d. Subsidi
-
Merupakan satu bentuk bantuan
kewangan kepada industri tempatan bertujuan untuk melindungi industri tempatan
daripada pesaing-pesaing luar negara.
-
Pemberian subsidi dapat
mengurangkan harga barangan tempatan berbanding dengan barangan import dan
memberi kelebihan kepada industri tempatan untuk bersaing dengan industri luar.
-
Contohnya kerajaan beri
subsidi untuk pengeluar perabot temoatan agar mereka mampu mengelsport perabot
dengan harga yang murah.
e. Kempen
beilah barang buatan malaysia
-
Kempen untuk menggalakkan
pengguna tempatan membeli barang tempatan
-
Untuk mengurangkan
pergantungan kepada produk import
-
Contohnya kerajaan meminta
pengeluar memasukkan logo cintailah barang malaysia di label produk tempatan
Bab 4: Etika dan tanggungjawab sosial
1.
Jelaskan empat pendekatan tindakan beretika [16]
a.
Pendekatan utilitarian.
-
Pendekatan ini menilai
kesan daripada keputusan individu terhadap pihak lain
-
Tindakan yang diambil
mesti memberi faedah kepada majoriti individu
-
Contoh: sebuah projek
pembinaan empangan diteruskan walaupun terpaksa memusnahkan hutan sleuar 10000
hektar kerana membawa faedah kepada 5 juta penduduk.
b.
Pendekatan
individualisme
-
Keputusan yang dibuat
mesti membawa kebaikan jangka panjang kepada individu
-
Invidiu yang
berluma-lumba untuk menjaga kepentingan
masing masing akan menyebabkan semua individu belajar bertoleransi dengan orang
lain
-
Contoh: pemberian
insentif kepada seorang individu yang mencatat jualan tertinggi akan membawa komitmen dan sifat bekerja keras
dalam organisasi dalam jangka panjang
c.
Pendekatan hak moral
-
Setiap individu
mempunyai hak asasi dan kebebasan yang tidak boleh dicabuli oleh orang lain
-
Keputusan yang diambil
mesti menjaga hak asasi setiap individu
-
Contoh: enghormati hak
pekerja muslim dengan tidak mengadakan mesyuarat waktu tengah hari pada hari
jumaat
d.
Pendekatan keadilan
-
Pendekatan ini
menekankan kesamarataan kepada semua individu dalam organisasi
-
Keadilan termasuk dari
aspek pengamalan prosedur, pampasan dan pengagihan
-
Contoh: sebuah syarikat
menetapkan prosedur tindakan disiplin yang sama untuk semua peringkat
pengurusan
2.
Jelaksan jenis-jenis jenayah kolar putih [20]
a. Rasuah
-
Dengan niat salah menerima
daripada seseorang atau memberi kepada seseorang apa-apa suapan sebagai
dorongan atau upah untuk melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan
urusan rasmi atau urusan prinsipal berkenaan.
-
Antaranya meminta dan menerima
rasuah, memberi suapan, mengemukakan tuntutan palsu dan salah guna kuasa
-
Hukuman terhadap kesalahan
ialah hukuman penjara dan denda.
b. Penyelewengan
-
Tindakan seseorang atau
sesuatu pihak menyalahgunakan harta dengan curang atau menggunakan harta orang
lain atau pihak lain yang telah diamanahkan hak penjagaan kepadanya demi
kepentingan diri sendiri.
-
Seseorang harus mempunyai
kuasa yang sah ke atas harta yang diamanahkan kepadanya dalam tempoh orang itu
melakukan penyelewengan.
-
Antaranya penyalahgunaan aset
dan pemalsuan atau penipuan penyata/ mendedahkan rahsia syarikat.
-
Hukuman terhadap kesalahan
ialah penjara dan denda.
-
Contohnya, menggunakan wang
syarikat untuk membuat pelaburan sendiri dengan hasrat untuk mengaut keuntungan
yang besar.
c. Pecah
amanah
-
Seseorang yang diberi kuasa
untuk menjalankan tanggungjawab telah meletakkan kepentingan peribadi atau
kepentingan lain melebihi kepentingan amanah yang diberikan.
-
Hukuman terhadap kesalahan
ialah penjara dan denda.
-
Pengurus menipu atau meniru
tandatangan mana-mana pegawai., Penyalahgunaan duit/harta/wang syarikat untuk
diri sendiri.
d. Konflik
kepentingan
-
Berlaku apabila seseorang yang
mempunyai kuasa dan autoriti tertentu dalam organisasi dan tindakannya
menunjukkan tanda-tanda percanggahan antara kepentingan peribadi dengan
kepentingan tugasnya terhadap organisasi perniagaan tersebut.
-
Pengarah yang dilantik oleh
lembaga pengarah mewakili kepentingan sesuatu kumpulan tertentu.
-
Mengambil atau menyimpan
sebarang untung rahsia iaitu ganjaran yang diterima bagi pihak syarikat.
-
Hukuman terhadap kesalahan
ialah penjara dan denda.
e. Penyalahgunaan
kuasa
-
Berlaku apabila seseorang
diberi kuasa untuk menjalankan tanggungjawab berdasarkan bidang tugas yang
diamanahkan, mengambil tindakan atau membuat keputusan melanggar peraturan,
prosedur dan undang-undang yang ditetapkan.
-
Mempunyai kuasa yang luas atau
mengetahui maklumat dalaman sesebuah syarikat dan disalahgunakan.
-
Menggunakan wang dan harta
syarikat bukan untuk kepentingan syarikat.
-
Hukuman terhadap kesalahan
ialah penjara dan denda.
3.
Jelaskan lima pihak berkepentingan primer dalam
tanggungjawab sosial sebuah syarikat
pakaian [20]
i.
Pekerja
-
Merupakan
prang yang menyumbang tenaga mental atau fizikal kepada organisasi
-
Sebuah
syarikat pakaian perlu menentukan bahawa dasar upah dan gaji adalah mengikut
daya pengeluaran dan kecekapan
-
Syarikat
pakaian juga mengamalkan dasar pengambilan pekerja yang adil
ii.
Pemegang
saham
-
Merupakan
pihak yang menyumbangkan wang pelaburan untuk perniagaan.
-
Sebuah
syarikat pakaian perlu menentukan kadar pulangan yang mencukupi dan memastikan
pelaburan terjamin.
-
Syarikat
pakaian juga perlu menggunakan sumber kewangan dengan penuh tanggungjawab dan
cekap.
iii.
Pembiaya
-
Merupakan
pihak yang memberi pinjaman, kemudahan sewa beli untuk membiayai operasi
perniagaan
-
Syarikat
pakaian perlu membayar balik pinjaman tepat pada masa dan jumlah seperti dalam
perjanjian.
-
Syarikat
pakaian juga perlu memberikan maklumat perniagaan yang lengkap dan jujur.
iv.
Pembekal
-
Merupakan
pihak yang membekalkan bahan mentah atau barang niaga kpd perniagaan
-
Syarikat
pakaian perlu memastikan supaya semua kontrak dinyatakan dengan jelas dan tidak
meragukan, dan diterima sepenuhnya kecuali ditamatkan atau diubah atas
persetujuan bersama.
-
Syarikat
pakaian juga perlu memastikan bahawa penyalahgunaan kuasa ekonomi dalam
hubungan urusniaga dengan pembekal kecil dielakkan
v.
Pelanggan
-
Merupakan
pihak yang membeli barang @ perkhidmatan yg disediakan oleh perniagaan
-
Syarikat
pakaian perlu menjaga mutu barang-barang dan perkhidmatan supaya terjamin
penggunaannya yang cekap.
-
Syarikat
pakaian juga perlu menghasilkan pakaian dengan harga yang berpatutan dan mampu
dibeli oleh pelanggan
4.
Huraikan lima kebaikan dan lima kelemahan kepada
organisasi yang menjalankan tanggungjawab sosial. [20]
Kebaikan melaksanakan
tanggungjawab sosial terhadap organisasi:
i.
Meningkatkan imej atau jenama
organisasi. Syarikat yang menjalankan tanggungjawab sosial dipandang tinggi
oleh masyarakat
ii.
Menikmati keuntungan jangka
panjang. Syarikat yang menjalankan tanggungjawab sosial mendapat jualan dan
keuntungan yang tinggi dalam jangka panjang.
iii.
Memberikan keyakinan kepada
pelabur. Syarikat yang menjalankan tanggungjawab sosial tidak menghadapi
tindakan dari kerajaan.
iv.
Berupaya memperbetulkan
masalah sosial dan persekitaran disebabkan operasinya. Syarikat berasa
bertanggungjawab ke atas pencemaran yang disebabkan oleh operasi nya.
v.
Harga saham syarikat meningkat
dalam jangka masa panjang. Peningkatan keuntungan dalam jangka panjang
meningkatkan harga saham.
Kelemahan melaksanakan
tanggungjawab sosial terhadap organisasi:
i.
Organisasi merasakan kurang
bertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap masyarakat awam. Bukan merupakan keputusan
pemilik tetapi diuputuskan oleh pihak pengurusan.
ii. Melibatkan
kos yang tinggi. Boleh menyebakan kenaikan harga barang.
iii. Pelanggaran
matlamat mencapai keuntungan maksimum. Tanggungjawab sosial bukan matlamat
utama perniagaan.
iv. Hanya
dinikmati oleh masyarakat luar. Tidak memberikan faedah kepada perniagaan
tersebut.
v. Syarikat telah membayar cukai korporat kepada
kerajaan. Kerajaan perlu gunakan cukai tersebut untuk menjaga kebajikan
masyarakat.
5.
Jelaskan lima hak pengguna [20]
a. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
-
Pelanggan berhak
mendapatkan keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan.
-
Keperluan asas ini
termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan
kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
-
Contohnya pelanggan berhak untuk mendapatkan
barang keperluan yang selamat digunakan tidak mengandungi bahan yang
membahayakan kesihatan pelanggan.
b. Hak untuk mendapat keselamatan
-
Pelanggan berhak untuk dilindungi daripada
barangan , proses pengeluaran dan
perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.
-
Pengeluar mesti
memberikan penerangan serta arahan yang betul dan perlu oleh pengguna semasa
menggunakan sesuatu barang
-
Contoh :manual
penggunaan barangan elektrik yang betul.
c. Hak untuk
mendapatkan maklumat
-
Pelanggan berhak untuk
diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan
yang tepat.
-
Pelanggan
dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.
-
Contoh peniaga memastikan
setiap produk makanan yang dijual mengandungi label kandungan makanan contoh‟
non alcohol’.
d. Hak untuk membuat pilihan
-
Pelanggan berhak untuk
memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga
yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.
-
Pelanggan berhak
membuat perbandingan terhadap barang yang dibeli dari segi kualiti, harga dan
isi kandungannya.
-
Contoh pengguna boleh memilih
kedai makan yang bersih dan berkualiti A.
e. Hak untuk menyuarakan pendapat
-
Pelanggan berhak untuk
menyuarakan pendapat mengenai produk yang diingini dan perkara-perkara yang
berkaitan dengan kepentingan pengguna secara individu atau melalui pewakilan.
-
Ini boleh memastikan
kepentingan pelanggan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam dasar
perniagaan oleh pengeluar serta penggubalan dan perlaksanaan dasar kerajaan.
-
Contoh :pelanggan boleh
menggunakan persatuan consumer untuk aduan terhadap peniaga atau produk yang
dijual.