kes merupakan soalan wajib dijawab dalam kertas Pengajian Perniagan dan lazimnya pelajar menghadapi masalah untuk menjawab soalan ini. Cikgu ingin membincang beberapa kaedah yang mungkin membantu anda untuk menjawab soalan ini dengan lebih baik.
Kajian kes merupakan satu kaedah pembelajaran di mana menggunakan senario yang melibatkan seseorang individu atau sesebuah organisasi yang mengampilkasikan prinsip , konsep dan teori yang dipelajari dalam sukatan pelajaran. Ia melibatkan aras pemikiran yang tinggi di mana pelajar perlu berupaya menghubungkaitkan apa yang dipelajari dalam kelas dengan apa yang dinyatakan dalam kes.
Kajian kes merupakan satu kaedah pembelajaran di mana menggunakan senario yang melibatkan seseorang individu atau sesebuah organisasi yang mengampilkasikan prinsip , konsep dan teori yang dipelajari dalam sukatan pelajaran. Ia melibatkan aras pemikiran yang tinggi di mana pelajar perlu berupaya menghubungkaitkan apa yang dipelajari dalam kelas dengan apa yang dinyatakan dalam kes.
Di samping itu, ia juga memerlukan pelajar
mengenalpasti strategi, kaedah atau cara yang digunakan oleh pelaku atau
organisasi untuk menangani isu atau masalah yang dihadapi.
Jawapan pelajar perlu mengambilkira satu isu
penting iaitu adakah ia melibatkan
a. Fakta khusus
b. Fakta kes
Fakta khusus
apa yang ada dalam sukatan pelajaran
Contohnya
Bab 6: Pengurusan
- fungsi pengurusan merangkumi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan;
- peranan pengurus dalam sesebuah organisasi mengikut Teori Mintzberg, iaitu antara-perorangan (interpersonal), peranan bermaklumat (informational), dan pembuatan keputusan (decision making);
- tiga peringkat pengurusan iaitu peringkat bawahan, peringkat pertengahan, dan peringkat atasan
- jenis kemahiran pengurusan iaitu konseptual, antara-perorangan/ kemanusiaan, teknikal, pengurusan masa, dan pembuatan keputusan
- proses perancangan yang meliputi menentukan matlamat dan objektif, menganalisis persekitaran perniagaan, membentuk alternatif tindakan, menilai alternatif, dan memilih alternatif tindakan
- jenis-jenis kuasa pemimpin iaitu kuasa sah, kuasa ganjaran, kuasa desakan, kuasa rujukan, dan kuasa kepakaran
- jenis-jenis kepimpinan iaitu transactional, transformational, karismatik, dan berwawasan (visionary);
- gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire, dan kontingensi
Sekiranya kes melibatkan fakta khusus pelajar perlu berhati-hati kerana kegagalan anda memberikan fakta yang betul dengan ejaan yang tepat akan menjejaskan markah anda.
Fakta kes
- Masalah /isu yang dihadapi oleh pelaku/ organisasi
- Langkah/ tindakan/ kaedah/strategi/ cara yang digunakan oleh pelaku/organisasi untuk menangani sesuatu isu / masalah
Contoh di bawah dapat membantu anda memahami dua aspek tersebut.
Contoh kes
Syarikat Speed Bhd (SSB) merupakan
sebuah syarikat yang menyediakan pengangkutan kontena di Pelabuhan Kuantan
yang ditubuhkan pada tahun 1998. Syarikat ini telah mencatat kemerosotan
dalam keuntungan lima tahun berturut turut sejak tahun 2009. Pada tahun 2010,
pihak Lembaga Pengarah SSB telah merlantik Puan Munira sebagai Ketua Pegawai
Ekeskutif yag baru. Selepas dua tahun, syarikat ini mencatat pencapaian yang
memberangsangkan dengan mencatat keuntungan yang mendadak. Pencapaian Puan
Munirah disebabkan jenis kepimpinan yang digunakan serta rancangan strategik
yang idgunakan untuk memulih syarikat ini.
Puan Munirah adalah seorang pemimpin
yang mudah didekati. Beliau boleh dijumpa bila-bila masa tanpa protokol.Puan
Munirah amat menitikberatkan kebajikan pekerja dan sering memberi dorongan
kepada semua subordinatnya. Ciri-ciri ini telah memudahkan Puan Munirah untuk
menerapkan halatuju syarikat kepada pekerja dan mendorong pekerja untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan.
Puan Munirah telah melaksanakan
beberapa langkah strategic untuk meningkatkan prestasi SSB.Tindakan pertama
ialah meningkatkan keupayaan pengeluaran. Puan Munirah telah membeli 50 buah lori
yang mampu mengambil 60 tan kontena berbanding dengan lori sedia ada yang hanya mampu mengambil 20 tan
sahaja. Ini telah menjimatkan kos operasi sebanyak 40%. Di samping itu
pemandu telah diberi insentif agar mereka mampu bekerja syif dan mennggunakan
lori yang sama untuk mengangkut barang dua kali sehari. Pemandu yang
menggunakan lori dengan penyelenggaraan minimum diberi ganjaran 5% daripada
gajinya. Tindakan ini menyebabkan kos penyelenggaraan berkurang sebanyak 25%.
Puan Munira juga telah memperluaskan lapangan pelanggan yang sedia ada. SSB
telah memperluaskan skopnya untuk aktiviti baru seperti pemindahan barang
dari kilang ke pusat edaran dan kilang ke gudang. Beliau berjaya mendapatkan
kontrak pengantaran untuk dua buah syarikat pengeluaran perabot terbesar di
Malaysia iaitu syarikat 3K dan 5W. Perluasan pelanggan ini telah meningkatkan
hasil jualan sebanyak 60%.
|
a. Huraikan jenis kepimpinan
Puan Munira [7 markah]
Jawapan
pelajar 1
|
Jawapan
pelajar 2
|
Jawapan
pelajar 3
|
Jawapan
pelajar 4
|
Puan Munirah merupakan
pemimpin berkarisma . ia bermaksud pemimpin ini mampu mempengaruhi dan
mendorong pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Ini kerana beliau ialah pemimpin yang mudah
didekati. Beliau juga boleh dijumpa bila-bila masa tanpa protokol.Sebagai
pemimpin, Puan Munirah amat menitikberatkan kebajikan pekerja.Beliau juga
sering memberi dorongan kepada semua subordinatnya. Puan Munirah dapat
menerapkan halatuju syarikat kepada pekerja. Beliau juga mendorong pekerja
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
|
Puan Munirah merupakan
pemimpin tidak formal.
Ini kerana
·
beliau ialah pemimpin yang mudah
didekati.
·
Beliau juga boleh dijumpa bila-bila
masa tanpa protokol.
·
Sebagai pemimpin, Puan Munirah amat
menitikberatkan kebajikan pekerja
·
Sering memberi dorongan kepada semua
subordinatnya.
·
Puan Munirah dapat menerapkan halatuju
syarikat kepada pekerja.
·
Beliau juga mendorong pekerja untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan
|
Jenis kepimpinan karismatik.
Kepimpinan karismatik bermaksud pemimpin ini mampu mempengaruhi dan mendorong
pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Ini kerana
·
beliau ialah pemimpin yang mudah
didekati.
·
Beliau juga boleh dijumpa bila-bila
masa tanpa protokol.
·
Sebagai pemimpin, Puan Munirah amat
menitikberatkan kebajikan pekerja
·
Sering memberi dorongan kepada semua
subordinatnya.
·
Puan Munirah dapat menerapkan halatuju
syarikat kepada pekerja.
·
Beliau juga mendorong pekerja untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan
|
Jenis kepimpinan karismatik
Puan Munirah adalah seorang pemimpin yang mudah
didekati. Beliau boleh dijumpa bila-bila masa tanpa protokol.Puan Munirah
amat menitikberatkan kebajikan pekerja dan sering memberi dorongan kepada
semua subordinatnya. Ciri-ciri ini telah memudahkan Puan Munirah untuk
menerapkan halatuju syarikat kepada pekerja dan mendorong pekerja untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan.
|
Soalan ini memerlukan fakta khusus kerana melibatkan jenis kepimpinan. Dalam sukatan pelajaran
jenis kepimpinan terdiri daripada transactional, transformational, karismatik, dan berwawasan
Maklumat dalam perengggan kedua menunjukkan Puan merupakan pemimpin karismatik.
Antara empat jawapan di atas, jawapan pelajar 3 dianggap jawapan terbaik kerana pelajar ini
dapat memberi fakta khusus yang tepat, ada maksud dan berjaya menyenaraikan semua kaitan kes
dengan betul.
Pelajar 1 dan 2 kemungkinan gagal mendapat markah kerana memberi fakta khusus yang salah.
Pelajar 4 kemungkinan hilang markah kerana hanya salin bulat-bulat daripada kes.
Huraikan rancangan
strategic yang telah diperkenalkan oleh Puan Munira (10)
Jawapan
pelajar 1
|
Jawapan
pelajar 2
|
Jawapan
pelajar 3
|
Puan Munirah telah
melaksanakan beberapa langkah strategic untuk meningkatkan prestasi
SSB.Tindakan pertama ialah
meningkatkan keupayaan pengeluaran.
Puan Munirah telah membeli 50 buah lori yang mampu mengambil 60 tan
kontena berbanding dengan lori sedia
ada yang hanya mampu mengambil 20 tan sahaja. Ini telah menjimatkan kos
operasi sebanyak 40%. Di samping itu pemandu telah diberi insentif agar
mereka mampu bekerja syif dan mennggunakan lori yang sama untuk mengangkut
barang dua kali sehari. Pemandu yang menggunakan lori dengan penyelenggaraan
minimum diberi ganjaran 5% daripada gajinya. Tindakan ini menyebabkan kos
penyelenggaraan berkurang sebanyak 25%. Puan Munira juga telah memperluaskan
pasaran pelanggan yang sedia ada. SSB telah memperluaskan skopnya untuk
aktiviti baru seperti pemindahan barang dari kilang ke pusat edaran dan
kilang ke gudang. Beliau berjaya mendapatkan kontrak pengantaran untuk dua
buah syarikat pengeluaran perabot terbesar di Malaysia iaitu syarikat 3K dan
5W. Perluasan pelanggan ini telah meningkatkan hasil jualan sebanyak 60%.
|
Tindakan pertama ialah meningkatkan keupayaan pengeluaran. Untuk mencapai strategi ini Puan Munirah
telah membeli 50 buah lori yang mampu mengambil 60 tan kontena berbanding dengan
lori sedia ada yang hanya mampu
mengambil 20 tan sahaja. Tindakan ini telah menjimatkan kos operasi sebanyak
40%. Pemandu syarikat diberi insentif agar mereka mampu bekerja syif dan
mennggunakan lori yang sama untuk mengangkut barang dua kali sehari. Di
samping itu pemandu yang menggunakan lori dengan penyelenggaraan minimum
diberi ganjaran 5% daripada gajinya. Hasilnya, kos penyelenggaraan berkurang
sebanyak 25%. Puan Munira juga telah memperluaskan pasaran pelanggan yang
sedia ada. SSB telah memperluaskan skopnya untuk aktiviti baru seperti
pemindahan barang dari kilang ke pusat edaran dan kilang ke gudang. Beliau
berjaya mendapatkan kontrak pengantaran untuk dua buah syarikat pengeluaran
perabot terbesar di Malaysia iaitu syarikat 3K dan 5W. Perluasan pelanggan
ini telah meningkatkan hasil jualan sebanyak 60%.
|
1.
Meningkatkan keupayaan
pengeluaran.
Untuk mencapai strategi ini
Puan Munirah telah
·
Membeli 50 buah lori yang mampu
mengambil 60 tan kontena berbanding dengan lori sedia ada yang hanya mampu mengambil 20 tan
sahaja.
·
Tindakan ini telah menjimatkan kos
operasi sebanyak 40%.
·
Pemandu diberi insentif agar mereka
mampu bekerja syif dan mennggunakan lori yang sama untuk mengangkut barang
dua kali sehari.
·
Pemandu yang menggunakan lori dengan
penyelenggaraan minimum diberi ganjaran 5% daripada gajinya.
·
Hasilnya, kos penyelenggaraan
berkurang sebanyak 25%.
2.
Memperluaskan pasaran pelanggan yang sedia
ada.
Untuk mencapai strategi ini
Puan Munirah telah
·
Memperluaskan skopnya untuk aktiviti
baru seperti pemindahan barang dari kilang ke pusat edaran dan kilang ke
gudang.
·
Mendapat kontrak penghantaran untuk
dua buah syarikat pengeluaran perabot terbesar di Malaysia iaitu syarikat 3K
dan 5W.
·
Meningkatkan hasil jualan sebanyak
60%.
|
Soalan ini memerlukan fakta kes kerana melibatkan jenis rancangan strategik yang telah digunakan
oleh Puan Munira. Tindakan berkaitan dengan rancangan strategik melibtakan hala tuju organisasi
dan menyeluruh.Sukatan pelajaran hanya menyatakan jenis rancangan tetapi tidak menyatakan
bentuk tindakan yang berkaitan. Pelajar sendiri yang perlu mencarinya. Kebijaksanaan anda diuji
untuk menjawab jenis soalan ini
Antara empat jawapan di atas, jawapan pelajar 3 dianggap jawapan terbaik kerana pelajar ini
dapat memberi fakta kes yang tepat dan berjaya menyenaraikan semua kaitan kes
dengan betul.
Pelajar 1 dan 2 kemungkinan gagal mendapat markah kerana gagal mengenalpasti fakta kes yang
betul dan juga salin bulat-bulat daripada kes..
Cikgu berharap apa yang cikgu sampaikan di sini dapat membantu pelajar untuk menjawab kes
dengan lebih baik.
Good luck!!
Thanks Cikgu.. :)
ReplyDeletesalam sejahtera cikgu. saya sering melawat ke blog pp cikgu. saya banyak share bahan cikgu dengan pelajar2 saya. bahan cikgu banyak membantu pdp saya berjalan lancar, tq cikgu kartik. semoga semua ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk kecemerlangan bersama.
ReplyDeletebanyak membantu. terimah kasih cikgu karthik :)
ReplyDelete