SYARIKAT PENGEDARAN MAJU SENDIRIAN BERHAD
Syarikat Pengedaran Maju Sendirian Berhad (SPMSB)
merupakan pengedar pelbagai produk keperluan pengguna di lembah Kelang.
Syarikat ini mempunyai 45 buah lori untuk menghantar barang ke hampir 3 000
peruncit di seluruh lembah Kelang. Kebanyakan barang dibeli secara pukal dari
kilang dan aktiviti memecah pukal
dilakukan di gudang SPMSB di Rawang. Barangan ini dibeli secara tunai dan dijual
kepada peruncit mengikut terma kredit seperti 7 hari, 14 hari atau 21 hari mengikut
keupayaan kredit peruncit . Ada kalanya syarikat terpaksa menanggung kerugian
kerana barng yang dibeli tidak mendapat sambutan di kalangan pengguna. SPMSB
juga membelanjakan wang sebanyak RM100 000 setahun untuk mengiklankan produk di
media massa. Pengeluar produk seperti Nestle dan Mamee mendapat faedah daripada
SPMSB kerana menyampaikan informasi tentang tahap penerimaan produk di kalangan
pengguna. Baru baru ini SPMSB telah menghantar notis guaman kepada sebuah
syarikat pengeluar makanan kerana jurujualnya telah mengadakan perjanjian
jualan dengan beberapa peruncit di Kuala Lumpur yang juga merupakan pelanggan
SPMSB.
a.
Terangkan fungsi saluran pengedaran yang telah
dijalankan oleh SPMSB
b.
Terangkan reka bentuk saluran agihan yang telah digunakan oleh
Nestle
c.
Terangkan konflik saluran agihan yang wujud dalam kes
di atas.