PENILAIAN TOPIKAL- PENGURUSAN
Bahagian A
1
|
(a)
|
Jelaskan empat fungsi
pengurusan.
Fungsi
pengurusan terdiri daripada
i.
merancang iaitu menentukan matlamat dan membentuk tindakan
untuk mencapai matlamat organisasi.
ii.
Mengorganisasi iaitu proses menyusun dan mengagihkan sumber
organisasi unutk melaksanakan tugas yang ditetapkan agar mencapai matlamat organisasi
iii.
Memimpim iaitu proses pengurus cuba mempengaruhi gelagat
pekerja serta memotivasikan mereka untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
iv.
Mengawal iaitu pengurus memantau prestasi semasa organisasi
dan mengambil tindakan pembetulan agar hasil kerja tercapai seperti
yang ditetapkan
|
[4]
|
|||||||||
|
(b)
|
Terangkan sumbangan tokoh pengurusan berikut:
(i)
Henry L. Gantt
(ii)
Frank dan Lilian Gilbreth
Sumbangan Henry L. Gantt ialah memperkenalkan kaedah
penjadualan tugas dengan menggunakan carta serta memperkenalkan sistem
ganjaran iaitu pembayaran bonus kepada pekerja yang melepasai standard yang
ditetapkan
Sumbangan Frank dan Lilian Gilbreth ialah mengkaji kaitan
antara pergerakan dan masa dengan mengenalpasti pergerakan kerja yang tidak
perlu dan tidak cekap. Mengenalpasti jangka masa unutk menyelesaikan sesuatu
tugas dengan mengkaji pergerakan
pekerja dalam menjalankan sesuatu tugas.
|
[6]
|
|||||||||
|
(c)
|
Jelaskan dua jenis kemahiran pengurusan
yang diperlukan oleh seorang penyelia kilang kasut.
Dua jenis
kemahiran yang diperlukan oleh seorang penyelia kilang kasut ialah
i.
Kemahiran teknikal iaitu kemahiran melakukan kerja khusus
seperti mengendalikan mesin. Penyelia perlu memiliki kemahiran mengendalikan
mesin dalam kilang kasut agar dapat mengenalpasti masalah seperti punca
kerosak mesin dan cara menyelesaikan masalah kerosakan tersebut.
ii.
Kemahiran kemanusiaan iaitu kemahiran berkomunikasi dan
meberi arahan dengan jelas. Contohnya penyelia kilang kasut perlu memberi
arahan seperti pencapaian target kepada operator pengeluaran di bawah
penyeliaannya.
|
[6]
|
|||||||||
|
(d)
|
Nyatakan dua
perbezaan antara rancangan strategik dengan rancangan taktikal.
|
[4]
|
|||||||||
|
(e)
|
Encik Hameed bercadang untuk membuka sebuah agensi
pelancongan dan beliau tidak pasti sama ada membuka sendiri atau memulakan
perniagaan francais. Hameed telah menghubungi sebuah bank untuk pembiayaan
perniagaan barunya tetapi pihak bank meminta beliau menyediakan sebuah
rancangan perniagaan yang mempunyai objektif perniagaan serta plan strategi
dan taktikal untuk mencapai objektif tersebut.
Dengan menggunakan contoh yang sesuai, jelaskan objektif, strategi dan taktikal
serta huraikan perkaitan antaranya.
Encik hameed
perlu menetapkan objekti agenis pelancongan beliau. Objektif ialah hasil
akhir yang dijangka dicapai oleh agensi pelancongan. Contohnya pada tahun
2015 agensi pelancongan ini ingin mencapai jualan sebanyak RM2.5 juta.
Strategi ialah
rancangan umum jangka panjang yang
perlu dibentuk oleh Encik Hameed untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan.
Taktik ialah
pelan operasi yang memperincikan bagaimana pelan strategik akan dilaksanakan
oleh agensi pelancongan
Oleh itu
objektif merupakan langkah pertama yang prlu dibentuk oleh Encik Hameed dan
selepas itu menentukan pelan strategik dan taktikal untuk mencapai objektif
yang telah ditetapkan
|
[6]
|
|||||||||
|
(f)
|
Yusof
merupakan pemilik Sof Enterprise yang mengeluarkan rantai kunci bergambar
(key chain) untuk pelbagai program syarikat dan agensi kerajaan. Yusof telah
memperoleh sebuah kontrak syarikat taman tema terkenal di Malaysia untuk
menyediakan rantai kunci dan bilangan minimum yang perlu disediakan ialah
sebanyak 1500 unit. Syarat utama kontrak ialah Yusof perlu menyewa sebuah lot
gerai di taman tema berkenaan dengan sewa tahunan RM7 000. Yusof tidak memerlukan sebarang alatan tetapi dia
perlu membeli bahan seperti gegelung plastic bernilai 30 sen seunit,
klip bernilai 20 sen seunit dan kertas photo bernilai 20 sen seunit. Yusof
bercadang untuk menjual rantai kunci dengan harga RM9 seunit dan dia
menjangka boleh menghasilkan 3 000 unit setahun.
Berdasarkan kes di
atas, hitungkan
i. Titik pulang
modal
ii. keuntungan yang
diperoleh jika mengeluarkan 2000 unit rantai kunci
iii. keuntungan
yang diperoleh jika mengeluarkan 4 000 unit ranta kunci
TPM
= KT / H- KB
Kos
tetap ialah RM7 000 iaitu sewa tapak
Kos
berubah RM0.70 iaitu kos menyediakan
key chain (30 sen + 20 sen + 20 sen)
Harga
seunit ialah RM9
TPM
= 7 000/ 9- 0.70 = ________________- unit key chain
Keuntungan
= Jumlah hasil –jumlah kos
Untuk
2000 unit = (2 000 x RM9) – { ( 2000x
0.70) + RM7 000)
|
[2]
[2]
[2]
|
|||||||||
|
(g)
|
Jelaskan tiga komponen dalam sebuah manual
organisasi .
Tiga komponen
dalam manual organisasi ialah
i.
fail meja iaitu dokumen rujukan untuk jawatan yang
mengandungi maklumat spt carta organisasi dan objektif organisasi
ii.
Manual Posedur kerja iaitu dokumen utama melakukakn sesuatu tugas dan mengandungi maklumat spt
prosedur yang perlu dipatuhi dan pegawai yang bertanggungjawab menjalankan
kerja tersebu
iii.
Prosedur kualiti iaitu dokumen untuk memastikan kewujudan
rekod kualiti sebagai bukti pematuhan
strandard organisasit
|
[6]
|
|||||||||
|
(h)
|
Encik Vela merupakan pengurus cawangan Bank Maju Berhad.
Sejak kebelakangan ini beliau mengalami stres yang tinggi dan beliau terpaksa
mengambil cuti sakit selama 10 hari kerana gangguan kesihatan.
Cadangkan empat cara Encik Vela boleh mengatasai masalah
sters yang dihadapinya
Encik Vela boleh mengatasi stres dengan
i.
Mengamalkan kaedah pengurusan masa yang cekap seperti
membuat penjadualan kerja
ii.
Mengamalkan teknik fisiologi seperti membuat meditasi
iii.
Membuat senaman seperti menyertai senam robik atau
berjoging.
|
[4]
|
|||||||||
|
(i)
|
Nyatakan empat langkah dalam proses kawalan
i.
menetapkan standard
ii.
mengukur pencapaian
iii.
membuat perbandingan antara pencapaian sebenar dengan
standard
iv.
embuat langkah pembetulan
|
[4]
|
|||||||||
|
(j)
|
Huraikan dua jenis kawalan dalaman yang boleh digunakan
oleh sebuah pasar raya
Dua jenis
kawalan dalaman yang boleh digunakan oleh pasar raya ialah
i.
Audit dalaman- audit dalaman akan memeriksa perjalanan
organisasi agar mengikut landasan dan matlamat yang ditetapkan. Ia dibuat
oleh jawatankuasa audit dalaman
ii.
Dasar organisasi- garis panduan umum yang membantu pihak
pengurusan membuat keputusan yang tepat seperti dasar pengambilan pekerja.
|
[4]
|
Bahagian B [50 markah]
2
|
SKOLA Sendrian Berhad
SKOLA Sdn Bhd
merupakan sebuah syarikat pengedaran pakaian
terbesar di Malaysia yang diasaskan oleh Datuk Firdaus pada tahun 2000
dan jualan tahunan mencapai RM460 juta pada tahun 2013. Syarikat ini
mengedarkan pelbagai uniform dan pakaian sekolah kepada semua pasar raya dan
kedai pakaian di seluruh negara.
Ketau pegawai
eksekutif iaitu Encik Kamal merupakan graduan perakaunan dari Universiti
Harvard dan anak sulung Datuk Firdaus.
Pengalaman bekerja selama 10 tahun sebagai pengurus besar di sebuah syarikat
pakaian terkemuka di Amerika Syarikat,
banyak membantu Encik Kamal
dalam pengurusan syarikat
SKOLA. Sebagai ketua pegawai eksekutif , Encik kamal sering menghadiri majlis
yang melibatkan pekerja seperti perkahwinan dan sambutan harijadi. Beliau juga sering membimbing para pengurus
yang menghadapi masalah kerja. Pihak pengurusan syarikat ini menganggap Encik
Kamal sebagai seorang yang kreatif kerana berupaya mengemukakan idea baharu
tentang produk dan kaedah pemasaran.
Beliau juga bijak menguruskan sumber dan berupaya menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh syarikat dengan berkesan.
Encik Kamal
dibantu oleh empat orang pengurus yang menguruskan jabatan kewangan,
pemasaran , pengeluaran dan sumber manusia. Encik Alfred merupakan pengurus
pemasaran dan beliau dibantu oleh tiga eksekutif yang masing-masing
menguruskan unit jualan, pengiklanan dan khidmat pelanggan. Encik Kamal memberi peluang kepada pengurusnya
untuk membuat keputusan dalam pengurusan jabatan masing. Gaya kepimpinan yang
diamalkan oleh Encik Kamal diterima baik oleh semua pekerja kerana mereka
diberi peluang dan kebebasan untuk memberi idea dan mengambil inisiatif untuk
menyelesaikan masalah yang wujud.
a.
Jelaskan tiga peranan Encik Kamal
sebagai pengurus mengikut Teori Mintzberg.
i.
Sebagai
figurehead iaitu wakil organisasi dengan melakukan upacara simbolik atau
sosial. Contohnya Encik kamal sering menghadiri majlis yang melibatkan pekerja
seperti perkahwinan dan sambutan harijadi.
ii.
Sebagai
pemimpin. Mengarah, memotivasi , membimbing dan melatih pekerja bawahan.
Contohnya Encik kamal sering membimbing para pengurus yang menghadapi masalah
kerja.
iii.
Sebagai
usahawan. Memulakan projek baru, mencari dan mengenalpasti peluang perniagaan
serta berpandangan jauh. Contohnya pihak pengurusan syarikat ini menganggap
Encik Kamal sebagai seorang yang kreatif kerana berupaya mengemukakan idea
baharu tentang produk dan kaedah
pemasaran.
iv.
Pengagih
sumber. Membuat keputusan tengtang pengagihan sumber dalam organisasi, membuat
jadual tugas serta menyediakan bajet. Contohnya Encik kamal bijak menguruskan
sumber dan berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh syarikat dengan
berkesan.
a.
i.
Lukiskan carta organisasi syarikat SKOLA Sendirian Berhad.
Lukiskan carta organisasi
berbentuk fungsian. Pastikan ada tajuk.
ii. Jelaskan dua kelebihan dan
dua kelemahan kaedah penjabatanan yang digunakan oleh syarikat ini
Kelebihanya
i.
dapat melakukan kerja dengan cekap kerana tumpuan kepada
satu bidang sahaja.
ii.
Menggalakkan perkembangan kemahiran dalam bidang khusus
Kelemahannya
i.
Pekerja mengutamakan jabatan atau unit mereka
ii.
Kurang komunikasi antara jabatan
iii. Jelaskan jenis gaya pengurusan yang diamalkan oleh Encik Kamal.
Encik Kamal mengamalkan gaya kepimpinan Laissez faire.
Subordinat diberi kebebasan untuk membuat keputusan. Ia bergantung kepada
lingkungan autoriti yang dimiliki. Oleh
subordinat. Pengurus percaya bahawa subordinat lebih memahami tugas mereka.
Contohnya Encik Kamal memberi peluang
kepada pengurusnya untuk membuat keputusan dalam pengurusan jabatan masing.
Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Encik Kamal diterima baik oleh semua
pekerja kerana mereka diberi peluang dan kebebasan untuk memberi idea dan
mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah yang wujud.
|
[12]
[8]
[4]
[6]
|
3
|
b.
Huraikan
proses pengorganisasian sebuah kolej swasta.
Proses pengorganisasian sebuah kolej swasta adalah seperti
berikut:
1. Penentuan objektif . Kolej swasta menentukan objektif
yang ingin dicapai. Obejktif yang ditetapkan mesti menepati lima perfkara
iaitu spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, releven da nada tempoh masa. Objektif
kolej swasta ialah menyediakan
perkhidmatan pendidikan berkualiti yang menggalakkan perkembangan intelek dan
pembelajaran seumur hidup
2. Pengenalpastian aktiviti. Mengenalpasti bentuk aktiviti
yang perlu dilakukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Contoh aktiviti
ialah pengambilan pelajar, biasiswas, peperiksaan, latihan, pengambilan
pensyarah, bayaran bonus,
3. Pengelasan aktiviti: Mengelaskan aktiviti mengikut pengkhususan
tertentu. Contohnya unit peperiksaan
menguruskan penggubalan kertas soalan, percetakan kertas peperiksaan,
pengeluaran slip peperiksaan, perlantikan pemeriksa dan penetapan standard.
4. Pengelompokkan aktiviti – mengelompokkan aktiviti yang
sama dari segi peranan untuk membentuk satu pasukan kerja yang formal. Ini
dapat dilakukan dengan menggabungkan aktiviti dan tugas kolej kepada beberapa
kumpulan dan fungsi seperti jabatan kurikulum, jabatan hal ehwal pelajar dan
jabatan sumber manusia..
5. Pengagihan tugas , autoriti dan tanggungjawab.
Mengagihkan tugas mengikut kepakaran dan keupayaan masing-masing. Untuk
memastikan pekerja melakukan tugas
dengan baik , mereka perlu diberi autoriti dan tanggungjawab. Contohnya,
jabatan hal ehwal pelajar perlu
diuruskan oleh orang yang ada kepakaran dalam bidang itu seperti kaunselor..
c.
i.
Terangkan lima punca stress berkaitan dengan organisasi
ii.
Terangkan lima langkah yang boleh diambil oleh organisasi untuk mengatasi masalah stress di kalangan pekerja.
i.
Lima punca stress berkaitan
dengan organisasi ialah
a)
Kekaburan peranan- Pekerja
tidak pasti tentang peranan sebenarnya.
b)
Konflik peranan- Individu mempunyai pelbagai peranan yang
berbeza pada masa yang sama.
c)
Keperluan kerja- Pekerjaan yang mendatangkan stres
melibatkan pembuatan keputusan, pengawalan serius terhadap brg dsb.
d)
Terlalu banyak atau sedikit tugas-Kerja diluar kemampuan
kerana konstren masa dan kemahiran.Tiada tugas menyebab bosan dan terasa kehadirantidak
diperlukan
e) Tanggungjawab terhadap orang lain
Mempunyai
tanggungjawab berat terhadap orang lain.
ii.
Lima langkah yang boleh diambil oleh organisasi untuk mengatasi masalah stress di kalangan pekerja ialah
1) Wjudkan iklim organisasi yang baik - Suasana yang tidak selesa boleh mewujudkan stres Menitik
beratkan kebajikan pekerja, wujudkan hubungan yang mesra antara pengurusan
dengan pekerja.
(2) Mngadakan program kaunseling -Masalah peribadi dan keluarga boleh menimbulkan stres dan menjejaskan
prestasi pekerja. Sesi kaunseling individu dan kaunseling kelompok.
(3) Mengadakan program sokongan keluarga -Tanggungjawab keluarga yang berat boleh menimbulkan stres. Wujudkan
pusat penjagaan kanak-kanak, jadual waktu yang anjal dll
(4) Program pengurusan stres -Pekerja diberi latihan tertentu untuk menghadapi stres
Senaman pagi, program
pengurusan cara hidup dll.
(5) Sistem mentor -Supaya pekerja ada
tempat merujuk apabila menghadapi masalah dalam pekerjaan bagi mengurangkan stres
yang timbul dari pekerjaan.
Pekerja baru ditempatkan di bawah seorang penyelia sebagai mentor.
|
[20]
[10]
[10]
|