1. Kajian kes merupakan soalan yang sukar dalam kertas pengajian perniagaan. Soalan ini diberi 20 hingga 30 markah. Panjang kes ialah sekitar 300 patah perkataan.
2. Di sini cikgu nak beri beberapa petua yang boleh digunakan oleh pelajar untuk menjawab soalan jenis kajian kes.
3. Oleh kerana masa yang diberi ialah 20 hingga 30 minit, pelajar perlu baca kes dengan cepat dan berusaha memahami isu utama yang dinyatakan dalam kes.
4. Tiga langkah yang perlu dipatuhi ialah
Langkah 1: Baca kes dengan cepat
Langkah 2: Baca soalan
Langkah ketiga : Baca kes kali kedua dan highlight point utama berkaitan kes.
4. Mari cuba satu contoh soalan
Syarikat
Wangsa Maju Sports Berhad merupakan pengeluar pelbagai alatan sukan untuk
pasaran Malaysia. Syarikat ini menggunakan strategi penyasaran pasaran yang
sesuai untuk memasarkan produknya. Bulu tangkis jenama Moorah keluaran
syarikat ini boleh didapati disemua kedai termasuk kedai runcit dan kedai
sukan. Raket badminton yang dikeluarkan oleh syarikat ini mempunyai enam
model yang berbeza yang mempunyai harga dalam lingkungan RM49.90 hingga
RM199.90. Produk ini hanya ditawarkan di kedai alatan sukan. Alatan golf
syarikat ini berjenama Topman yang dijual dengan harga RM26000 setiap set
mendapat pengiktirafan di kalangan pemain golf professional dan hanya dijual
di KLCC dan Pavilion
|
5. Baca ke di atas. Ada dua perkara utama dalam kes di atas iaitu stratege penyasaran pasaran dan jenis produk yang ditawarkan
Syarikat
Wangsa Maju Sports Berhad merupakan pengeluar pelbagai alatan sukan untuk
pasaran Malaysia. Syarikat ini menggunakan strategi penyasaran pasaran yang
sesuai untuk memasarkan produknya. Bulu tangkis jenama Moorah keluaran
syarikat ini boleh didapati disemua kedai termasuk kedai runcit dan kedai
sukan. Raket badminton yang dikeluarkan oleh syarikat ini mempunyai enam
model yang berbeza yang mempunyai harga dalam lingkungan RM49.90 hingga
RM199.90. Produk ini hanya ditawarkan di kedai alatan sukan. Alatan golf
syarikat ini berjenama Topman yang dijual dengan harga RM26000 setiap set
mendapat pengiktirafan di kalangan pemain golf professional dan hanya dijual
di KLCC dan Pavilion
|
6. Sekarang baca soalan yang dikemukakan iaitu
a. huraikan
dua strategi penyasaran pasaran yang telah digunakan oleh syarikat Wangsa Maju
Sports Berhad. (10 markah)
a. Huraikan
tiga klasifikasi produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. (15 markah)
7. Jawapan anda perlu mempunyai tiga perkara penting iaitu fakta, huraian dan kaitan dengan kes
8. Fakta yang salah mungkin menyebabkan keseluruhan jawapan anda tidak diterima. Oleh itu fakta yang digunakan mestilah tepat dan dieja dengan betul. Rujuk sukatan pelajaran.
9. Kesilapan fakta yang mungkin dibuat oleh calon
Persekitaran Umum: Sepatutnya sosiobudaya tetapi pelajar menulis sosial
Proses perniagaan: Proses tambah nilai , tetapi pelajar tulis proses transformasi
Faktor pengeluaran: Modal insan, tetapi pelajar menulis buruh
Kepimpinan demokratik tetapi pelajar menulis kepimpinan demokrasi
10. Untuk soalan di atas jawapan yang sepatutnya ialah
a. huraikan
dua strategi penyasaran pasaran yang telah digunakan oleh syarikat Wangsa Maju
Sports Berhad. (10 markah)
Fakta
|
Huraian
|
Contoh
daripada kes
|
Pemasaran
tidak dibezakan
|
syk tidak mengambilkira perbezaan yg tdpt dlm
pasaran .
syarikat
menawarkan produk kepada semua
segmen dengan menggunakan campuran pemasaran yang sama
|
Bulu
tangkis jenama Moorah keluaran syarikat ini boleh didapati disemua kedai
termasuk kedai runcit dan kedai sukan
|
Pemasaran
dibezakan
|
Syarikat menyasarkan beberapa segmen pasaran dan cuba mereka bentuk
produk yang berbeza bagi setiap segmen
|
Raket
badminton yang dikeluarkan oleh syarikat ini mempunyai enam model yang
berbeza yang mempunyai harga dalam lingkungan RM49.90 hingga RM199.90. Produk
ini hanya ditawarkan di kedai alatan sukan
|
b. Huraikan
tiga klasifikasi produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. (15 markah)
Fakta
|
Huraian
|
Contoh
daripada kes
|
Produk mudah beli
|
Produk yang biasanya dibeli oleh pengguna dengan
kerap dengan kadar perbandingan yang minimum kerana pengguna telah mempunyai
pengalaman dan pengetahuan.
|
Bulu
tangkis jenama Moorah keluaran syarikat ini boleh didapati disemua kedai
termasuk kedai runcit dan kedai sukan
|
Produk
beli belah
|
Pengguna membeli dgn kadar yang kurang kerap
misalnya -setahun sekali
-mereka akan membandingkan ciri seperti kesesuaian,
mutu, harga produk sebelum membuat
keputusan untuk membelinya.
|
Raket
badminton yang dikeluarkan oleh syarikat ini mempunyai enam model yang
berbeza yang mempunyai harga dalam lingkungan RM49.90 hingga RM199.90. Produk
ini hanya ditawarkan di kedai alatan sukan
|
Produk
istimewa
|
Barangan yang mempunyai ciri-ciri yang unik
yang sukai oleh pengguna dari segi
jenama, gaya atau jenisnya.
|
Alatan
golf syarikat ini berjenama Topman yang dijual dengan harga RM26000 setiap
set mendapat pengiktirafan di kalangan pemain golf professional dan hanya
dijual di KLCC dan Pavilion
|