Kajian
kes pengurusan pengeluaran
Syarikat
Mutiara Berhad
Kilang
perabot Maju dimiliki oleh Syarikat Mutiara Berhad. Kilang ini terletak di
Jerantut dan telah beroperasi sejak
1985. Kebanyakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini dipasarkan di Eropah dan juga pasaran tempatan . Sejak kebelakangan ini, persaingan daripada
perabot Negara China , Indonesia dan Vietnam yang mula memasuki pasaran tempatan dan Eropah menyebabkan jualan Syarikat Mutiara telah merosot sebanyak
25%. Di samping itu, syarikat juga
menghadapi masalah mengeluarkan perabot mengikut tren pengguna semasa yang sentiasa
berubah. Untuk meningkatkan jualan perabot syarikat telah berusaha untuk
meningkatkan kualiti produk dengan mendapatkan pengiktirafan SIRIM. Syarikat
Mutiara juga berusaha menarik minat pembeli dengan mengeluarkan perabot mesra
alam dengan menggunakan teknologi hijau dan
menggunakan bahan organik. Syarikat Mutiara juga bercadang untuk
menggantikan mesin sedia ada dengan
mesin baru yang diimport dari Taiwan untuk meningkatkan kuantiti dan
kualiti perabot.
Pengurus
pengeluaran kilang ini ialah Encik
Firdaus yang mempunyai pengalaman
sebanyak 18 tahun. Beliau telah menetapkan standard pencapaian untuk
setiap pekerja. Pekerja juga diberi ganjaran berdasarkan prestasi mereka. Pekerja
juga diberi tugas berdasarkan kemahiran
yang dimiliki. Mesyuarat mingguan bersama pengurus pemasaran, kewangan
dan sumber manusia merupakan landasan untuk berkongsi maklumat dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh syarikat. Jabatan pengeluaran bergantung kepada maklumat
yang diperoleh dari jabatan pemasaran seperti kuantiti pesanan, citarasa
pengguna dan spesifikasi produk sebelum menghasilkan perabot. Kilang ini mengeluarkan perabot dalam
kuantiti yang banyak dan seragam. Susunan mesin dibuat dalam bentuk barisan
untuk memudahkan pemasangan dan penghasilan perabot.
Walaupun
ada cadangan untuk memindahkan lokasi kilang ini ke Klang, Selangor, Pengurus
Besarnya Datuk Sukiman tidak bersetuju kerana bekalan kayu yang banyak dan mudah
diperoleh di Jerantut. Upah pekerja juga lebih rendah berbanding di
Selangor. Kilang ini mudah dihubungi
kerana jarak dari lebuhraya Pantai Timur ke Jerantut di sekitar 60 km. Ada kemudahan lengkap seperti bekalan air,
elektrik dan telekomunikasi menyebabkan operasi kilang berjalan lancar.
Berdasarkan
kes di atas jawab soalan berikut:
a. Huraikan cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh syarikat Mutiara dalam
pengeluaran perabot. [20]
(Pastikan
jawapan anda mempunyai fakta, huraian
dan contoh daripada kes)
Fakta: Gobalisasi
Huraian: Pengeluar tempatan menghadapi
persaingan sengit dari pengeluar Negara lain.
Contoh daripada kes: Persaingan
daripada perabot Negara China , Indonesia dan Vietnam yang mula memasuki pasaran tempatan dan Eropah menyebabkan jualan Syarikat Mutiara telah merosot sebanyak
25%.
2. Keperluan untuk memenuhi
citarasa pengguna yang pelbagai. Produk pengeluar mesti berupaya memenuhi
citarasa pengguna. Kitaran hayat produk
pula semakin pendek. Contohnya: Syarikat juga menghadapi masalah mengeluarkan
perabot mengikut tren pengguna semasa yang sentiasa berubah.
3. Penekanan kepada kualiti
pengeluaran.Jangkaan pengguna terhadap kualiti produk semakin meningkat dan
pengurus pengeluaran perlu berusaha untuk meningkatkan kualiti produk secara berterusan.
Contohnya: Untuk meningkatkan jualan perabot syarikat telah berusaha untuk
meningkatkan kualiti produk dengan mendapatkan pengiktirafan SIRIM.
4. Kepekaan terhadap isu alam
sekitar. Pengurus pengeluaran perlu mengambilkira aspek alam sekitar agar
pengeluaran tidak mencemarkan alam sekitar dan juga menghindari tindakan
kerajaan. Contohnya: Syarikat Mutiara juga berusaha menarik minat pembeli
dengan mengeluarkan perabot mesra alam dengan menggunakan teknologi hijau
dan menggunakan bahan organik.
5. Teknologi.Penggunaan teknologi
terkini untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran.Contohnya: Syarikat
Mutiara juga bercadang untuk menggantikan mesin sedia ada dengan mesin baru yang diimport dari Taiwan untuk
meningkatkan kuantiti dan kualiti perabot.
b. Jelaskan prinsip pengurusan
Frederick W. Taylor yang telah digunakan oleh Encik Firdaus . [12]
-
Penetapan standard. Pekerja perlu
diberitahu tentang standard yang perlu dicapai oleh mereka. Contohnya: Beliau telah menetapkan
standard pencapaian untuk setiap pekerja.
-
Hubungan antara ganjaran dengan
prestasi pekerja. Pemberian ganjaran kepada pekerja pelu mengambil kira pencapaian
pekerja dalam tugas yang diberikan.Contohnya: Pekerja diberi ganjaran
berdasarkan prestasi mereka
-
Pemilihan pekerja berdasarkan
kemahiran. Pekerja perlu diberi tugas mengikut kemahiran yang ada pada pekerja
berkenaan.Contohnya: Pekerja juga diberi
tugas berdasarkan kemahiran yang
dimiliki.
c. Huraikan hubungan antara
jabatan pemasaran dan jabatan pengeluaran di kilang tersebut. [8]
-
Jabatan pemasaran memberi
maklumat tentang kuantiti perabot yang diperlukan kepada jabatan pengeluaran
-
Jabatan pengeluaran membuat
perabot mengikut spesifikasi yang dikenalpasti oleh jabatan pemasaran
-
Jumlah perabot yang dikeluarkan
oleh jabatan pengeluaran berdasarkan anggaran jualan yang dibuat oleh jabatan
pemasaran
-
Jabatan pemasaran memberi
maklumabalas pengguna dan jabatan pengeluaran menambahbaik kualiti dan
rekabentuk perabot berdasarkan maklumat yang diterima
d. Huraikan jenis pengeluaran dan
jenis susun atur yang digunakan oleh
kilang perabot ini. [10]
-
Jenis pengeluaran ialah
pengeluaran secara massa iaitu menghasilkan produk yang standard dan barang
yang yang mempunyai permintaan yang stabil. Kilang perabot ini menghasilkan
kuantiti perabot yang banyak dan seragam
-
Jenis susun atur ialah susun atur
produk iaitu penyusunan input seperti mesin dan pekerja mengikut tututan
penghasilan perabot. Kilang ini mengeluarkan perabot dalam kuantiti yang banyak
dan seragam. Susunan mesin dibuat dalam bentuk barisan untuk memudahkan pemasangan
dan penghasilan perabot.
e. Mengapakah Datuk Sukiman
berpuashati dengan lokasi kilang ini? [16]
Datuk Sukiman berpuashati dengan
lokasi kilang ini kerana
1. Bekalan tenaga buruh. Bilangan
tenaga buruh yang ramai dan murah dapat mengurangkan kos pengeluaran. Contohnya
upah pekerja juga rendah berbanding di Selangor
2. Bekalan bahan mentah. Bekalan
bahan mentah yang murah, banyak dan mudah didapati akan membantu pengeluaran
berjalan lancar tanpa gangguan. Contohnya bekalan kayu yang banyak dan mudah diperoleh
di Jerantut
3. Kemudahan pengangkutan. Lokasi
kilang boleh dihubungi dengan mudah oleh pengangkutan agar bahan mentah, buruh
dan produk siap dapat dipindahkan dengan segera. Contohnya: Kilang ini mudah dihubungi kerana jarak dari
lebuhraya Pantai Timur ke Jerantut di sekitar 60 km
4. Kemudahan prasarana. Lokasi
kilang perlu dilengkapi dengan kemudahan prasarana seperti bekalan air yang
dapat menjimatkan kos penyediaan produk dan kemudahan. Contohnya. Ada kemudahan lengkap seperti bekalan air,
elektrik dan telekomunikasi menyebabkan operasi kilang berjalan lancar.
Saya SEKARANG FULFILL BERHARGA KERUGIAN DARI PINJAMAN I GOT DARI LFDS. Saya ingin membawa ini kepada notis orang ramai tentang bagaimana saya menghubungi LFDS selepas saya kehilangan pekerjaan saya dan ditolak pinjaman oleh bank saya dan kewangan lain institusi kerana skor kredit saya. Saya tidak dapat membayar yuran anak saya. Saya tertinggal di atas bil, kira-kira akan dibuang keluar rumah kerana saya tidak dapat membayar sewa saya. Pada masa ini, anak-anak saya diambil dari saya oleh penjagaan angkat. Kemudian saya berikan untuk mencari dana dalam talian di mana saya kehilangan $ 3,670 yang saya dipinjam dari rakan-rakan yang saya telah merobek oleh dua syarikat pinjaman dalam talian. Sehingga saya membaca tentang: Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian (lfdsloans@outlook.com / lfdsloans@lemeridianfds.com) di suatu tempat di internet, Masih tidak meyakinkan kerana apa yang saya telah lalui sehingga saudara saya yang seorang paderi juga memberitahu saya mengenai skim pinjaman LFDS yang berterusan pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 1.9 %% dan terma pembayaran balik yang indah tanpa penalti kerana gagal bayar pembayaran. Saya tidak mempunyai pilihan selain menghubungi mereka yang saya lakukan melalui teks + 1-989-394-3740 dan Encik Benjamin menjawab kembali kepada saya Hari itu adalah hari yang terbaik dan paling hebat dalam hidup saya yang tidak boleh dilupakan apabila saya menerima amaran kredit $ 400,000.00 Jumlah pinjaman kami yang dipohon. Saya menggunakan pinjaman dengan berkesan untuk membayar hutang saya dan memulakan perniagaan dan hari ini saya dan anak-anak saya sangat gembira dan memenuhi. Anda juga dapat menghubungi mereka melalui e-mel: (lfdsloans@outlook.com / lfdsloans@lemeridianfds.com) Helaian WhatsApptext: + 1-989-394-3740 Mengapa saya melakukan ini? Saya melakukan ini untuk menyelamatkan seberapa banyak yang memerlukan pinjaman tidak menjadi mangsa penipuan di internet. Terima kasih dan Tuhan memberkati anda semua, saya Oleksander Artem dari Horizon Park BC, Ukraine.
ReplyDelete