Wednesday, July 4, 2018

kajian kes pemasaran- BCG, pendekatan (orientasi) pemasaran dan proses pemasaran


Mydina  Food Berhad
Syarikat Mydina Food Berhad (MFB) merupakan pengeluar pelbagai jenis makanan ringan di Malaysia. Minuman ringan jenama Zetty dan Pitty  merupakan dua produk utama yang menguasai pasaran minuman ringan di Malaysia. Produk ini juga mencatat kadar pertumbuhan yang tinggi. Minuman isotonic jenama Tinnaga pula kurang mendapat sambutan selepas dilancarkan 4 tahun yang lalu. MFB bercadang untuk mengeluarkan produk ini dari pasaran.  Biskut jenama Sidap pula menguasai pasaran biskut  dengan syer pasaran sebanyak 60%  walaupun mengalami kadar pertumbuhan yang rendah . Pesaing utama Sidap ialah jenama Ennak yang  dikeluarkan oleh  MM Berhad.  MFB juga melancarkan biksut jenama Kupahit khusus untuk pesakit diabetes. Pasaran untuk jenama ini mengalami kadar pertumbuhan yang tinggi tetapi Kupahit gagal menguasai pasaran tersebut.
Kejayaan MFB dalam industri makanan negara disumbangkan oleh pasukan pengurusan mantap yang membuat perancangan teliti dalam aspek pengeluaran dan pemasaran. MFB juga mempunyai tenaga buruh yang mahir dan berpengalaman. Encik Mahathir yang merupakan pengurus pemasaran MFB memastikan aktiviti pemasaran MFB mampu menjana pendapatan yang tinggi untuk MFB. Jabatan ini sering membuat penyelidikan pemasaran  untuk mengetahui kehendak dan citarasa pengguna. Misalnya pemansuhan GST memberi peluang kepada MFB untuk menjual produk dengan harga yang rendah. Jabatan pengeluaran menggunakan teknologi terkini untuk memastikan pengeluaran produk berkualiti dan inovatif. Penambahbaikan berterusan ke atas produk MFB berjaya mengekalkan syer pasaran yang tinggi untuk produk MFB. Jabatan pengeluaran menggunakan bahan mentah berbentuk organik dalam proses pengeluaran makanan untuk memastikan kesihatan pengguna tidak terjejas. Pembungkusan produk MFB juga menggunakan plastik kitar semula.
Unit jualan MFB yang mempunyai jurujual seramai 40 orang eksekutif jualan mengadakan mesyuarat mingguan untuk menilai keberkesanan program promosi yang telah dirancang. Beberapa program promosi berkesan telah dilancarkan oleh MFB. Di antaranya ialah lantikan Ella Roy dan Anlina Nasir  sebagai duta produk berjaya menarik minat pengguna produk MFB dan juga meningkatkan syer pasarannya. Pengiklanan secara agresif dalam media bercetak dan media sosial juga berjaya memperkenalkan jenama MFB ke pasaran umum. Penyediaan helpdesk untuk pemborong dan peruncit pula membantu saluran agihan mendapatkan maklumat tambahan dan terkini tentang produk dan insentif promosi terkni MFB.
MFB memberi tumpuan kepada pasaran domestik dan menyasarkan golongan remaja dan kanak – kanak sebagai sasaran utama produknya. Sesuai dengan tagline bersih dan suci, produk MFB mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia khususnya pengguna beragama Islam. Harga produk MFB adalah berpatutan dan mampu beli oleh setiap lapisan masyarakat. Pembungkusan dan jenama yang menarik juga memberi kelebihan daya saing kepada MFB. Produk MFB juga mudah didapati di kedai runcit, pasar mini dan juga pasar raya. MFB bergantung kepada pemborong dan peruncit untuk memastikan pengedaran produk yang sistematik agar memberi kepuasan kepada pelanggan produk MFB. Selaras dengan visi MFB “kami mengutamakan kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk bermutu , bersih dan suci” , MFB dijangka terus menguasai pasaran makanan negara ini.
(kes ditulis oleh Mr Karthik, Pusat T6 High School Setapak)
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:
a.       Jelaskan empat  pendekatan pemasaran yang digunakan oleh syarikat MFB
b.      Lakarkan matriks BCG untuk produk MFB
c.       Jelaskan proses pemasaran yang telah dijalankan oleh syarikat MFB
Cara menjawab
Fakta- kenalpasti fakta yang berkaitan
Huraian- beri definisi atau maksud fakta berkenaan
Kaitan kes- cari kaitan kes berkaitan dengan fakta yang telah dikenalpasti. Anda boleh beri banyak kaitan kes


SKEMA PEMARKAHAN
a.      Tiga pendekatan pemasaran yang digunakan oleh syarikat MFB ialah
Fakta
Huraian
Kaitan kes
Pendekatan pemasaran produk

syarikat menumpukan kepada pembetulan dan penambahbaikan keluaran secara berterusan agar keluarkan produk bermutu
-          Jabatan pengeluaran menggunakan teknologi terkini untuk memastikan pengeluaran produk berkualiti dan inovatif
-          Penambahbaikan berterusan ke atas produk MFB berjaya mengekalkan syer pasaran yang tinggi untuk produk MFB

Pendekatan pemasaran penjualan

Tumpuan kepada program promosi dan usaha jualan yang aggresif untuk menggalakkan pengguna beli produk.

-          lantikan Ella Roy dan Anlina Nasir  sebagai duta produk berjaya menarik minat pengguna produk MFB dan juga meningkatkan syer pasarannya.
-          Pengiklanan secara agresif dalam media bercetak dan media sosial juga berjaya memperkenalkan jenama MFB ke pasaran umum
-          Unit jualan MFB yang mempunyai jurujual seramai 40 orang eksekutif jualan mengadakan mesyuarat mingguan untuk menilai keberkesanan program promosi yang telah dirancang
-          Penyediaan helpdesk untuk pemborong dan peruncit pula membantu saluran agihan mendapatkan maklumat tambahan dan terkini tentang produk dan insentif promosi terkni MFB.
-          Harga produk MFB adalah berpatutan dan mampu beli oleh setiap lapisan masyarakat.
-          Pembungkusan dan jenama yang menarik juga memberi kelebihan daya saing kepada MFB.
-          Produk MFB juga mudah didapati di kedai runcit, pasar mini dan juga pasar raya.
-          MFB bergantung kepada pemborong dan peruncit untuk memastikan pengedaran produk yang sistematik agar memberi kepuasan kepada pelanggan produk MFB
Pendekatan pemasaran moden

Penekanan kepada keperluan, citarasa dan kepuasan hati pembeli.

-          Jabatan ini sering membuat penyelidikan pemasaran  untuk mengetahui kehendak dan citarasa pengguna
-          MFB bergantung kepada pemborong dan peruncit untuk memastikan pengedaran produk yang sistematik agar memberi kepuasan kepada pelanggan produk MFB.
-          Selaras dengan visi MFB “kami mengutamakan kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk bermutu , bersih dan suci” , MFB dijangka terus menguasai pasaran makanan di  
-           
Pendekatan pemasaran kemasyarakatan

pemasar mengambil berat tentang hal ehwal dan  kebajikan pengguna dan masyarakat.
-          Jabatan pengeluaran menggunakan bahan mentah berbentuk organik dalam proses pengeluaran makanan untuk memastikan kesihatan pengguna tidak terjejas.
-          Pembungkusan produk MFB juga menggunakan plastik kitar semula.




b.      Matriks BCG untuk syarikat MFB




















c. Proses pemasaran yang telah dilaksanakan oleh MFB ialah

Langkah pertama ialah menilai peluang –peluang pemasaran
Pemasar buat kajian pasaran dan kenal pasti pasaran dan peluang-peluang pasaran untuk mencari
peluang dan menjangkakan ancaman.
Kaitan kes
-          Jabatan ini sering membuat penyelidikan pemasaran  untuk mengetahui kehendak dan citarasa pengguna.
-          pemansuhan GST memberi peluang kepada MFB untuk menjual produk dengan harga yang rendah

Langkah kedua ialah memilih Sasaran pasaran
Beri fokus kpd aktiviti segmentasi pasaran, penyasaran pasaran dan perletakan pasaran.
Kaitan kes
-          MFB memberi tumpuan kepada pasaran domestik
-          menyasarkan golongan remaja dan kanak – kanak sebagai sasaran utama produknya.
-          Sesuai dengan tagline bersih dan suci, produk MFB mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia khususnya pengguna beragama Islam

Langkah ketiga ialah membina Campuran Pemasaran
Organisasi akan bangunkan produk,  tentukan harga, jalankan promosi dan agihan secara cekap dan berkesan.
Kaitan kes
-          lantikan Elfira Loy dan Anzalna Nasir  sebagai duta produk berjaya menarik minat pengguna produk MFB dan juga meningkatkan syer pasarannya.
-          Pengiklanan secara agresif dalam media bercetak dan media sosial juga berjaya memperkenalkan jenama MFB ke pasaran umum.
-          Penyediaan helpdesk untuk pemborong dan peruncit pula membantu saluran agihan mendapatkan maklumat tambahan dan terkini tentang produk dan insentif promosi terkni MFB
-          Harga produk MFB adalah berpatutan dan mampu beli oleh setiap lapisan masyarakat.
-          Pembungkusan dan jenama yang menarik juga memberi kelebihan daya saing kepada MFB.
-          Produk MFB juga mudah didapati di kedai runcit, pasar mini dan juga pasar raya.
-          MFB bergantung kepada pemborong dan peruncit untuk memastikan pengedaran produk yang sistematik agar memberi kepuasan kepada pelanggan produk MFB
-          Jabatan pengeluaran menggunakan bahan mentah berbentuk organik dalam proses pengeluaran makanan untuk memastikan kesihatan pengguna tidak terjejas.
-          Pembungkusan produk MFB juga menggunakan plastik kitar semula.


Langkah keempat ialah mengurus Usaha Pemasaran
organisasi akan melakukan aktiviti analisis, rancang, laksana dan kawal proses-proses pemasaran.
Kaitan kes
-          Unit jualan MFB yang mempunyai jurujual seramai 40 orang eksekutif jualan mengadakan mesyuarat mingguan untuk menilai keberkesanan program promosi yang telah dirancang
-          Penyediaan helpdesk untuk pemborong dan peruncit pula membantu saluran agihan mendapatkan maklumat tambahan dan terkini tentang produk dan insentif promosi terkni MFB


Sunday, May 28, 2017

Kerja kursus PBS pengajian perniagaan 2017- prosedur dan contoh penyediaan kerja kursus pengajian perniagaan 2017

Setiap calon yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2017 wajib menyiaplkan satu tugasan pada Penggal 3 (bermula Mei 2017). Sekiranya anda gagal menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan , anda dianggap gagal dalam mata pelajaran ini dalam STPM 2017 , Disamping menyediakan tugasan anda juga perlu membuat pembentangan lisan.

Dalam sesi ini cikgu akan membantu anda memahami tugasan yang perlu disiapkan dan menjelaskan prosedur yang perlu diikuti untuk menghasilkan tugasan yang baik dan bermutu. Apa yang cikgu berikan di sini ialah satu panduam umum sahaja.   ANDA PERLU SENTIASA MERUJUK KEPADA GURU PEMBIMBING ANDA YANG MERUPAKAN PENILAI TUGASAN ANDA DAN PERLU MEMATUHI ARAHAN YANG DIBERIKAN OLEH BELIAU.

Panduan umum

1. Guna saiz kertas: A4 putih 
2. Margin bawah dan atas : 1 inci, 
     kiri dan kanan 1.25 inci   
3. Guna Times New Roman (fon  12)   
4. Berbentuk Langkau 
5. Sspacing) 1.5 kecuali abstrak dibenarkan spacing: 1.0
6. Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan seragam dan konsisten  
7. Panjang tugasan  3,500 hingga i 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran  
 8. Gnaa  ilustrasi / gambar rajah  bila perlu
 9. Susunan penulisan
    (a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna biru muda 
    (b) Borang Perakuan Calon (BPC) 
    (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) 
  (d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan   
10.  Laporan kerja kursus berbentuk bercetak dan berjilid.   
11. Tugasan perlu disiapkan selewat-lewatnya 20 Oktober atau seperti yang ditetapkan oleh guru anda.





Panduan khusus
 1. Kerja kursus boleh dibuat secara individu atau kumpulan (3 hingga 4 orang). Kumpulan digalakkan untuk memudahkan kerja dan jimat masa.


      2. Pilih satu syarikat tempatan.  Cari syarikat yang popular maksudnya ada banyak  data sekunder serta maklumat  dari internet seperti Laporan Tahunan, rencana akhbar, laman web rasmi serta kajian lepas , rich data serta senang kumpul maklumat . Boleh pilih syarikat kecil tapi maklumat lebih kpd primer so susah nak cari, kena guna soal selidik, temubual atau pemehatian. 

      Anda boleh memilih  
a.        Syarikat yang mengeluarkan produk fizakal seperti proton, perodua, gardenia, mamee
b.        Syarikat yang menyediaka  perkhidmatan seperti  Universiti Lim Kok Wing, SUNWAY LAGOON, HOTEL Seri Malaysia,      RESTOREN Secret Receipe
c.        Syarikat kecil tempatan seperti Mali’s corner, pusat servis kereta, pusat perabot Maju
     
       3.  Agihkan tugas kpd ahli masing-masing. Contohnya
a.        Aflah- latarbelakang syarikat
b.        Izzat- kaedah kajian
c.        Akmal- campuran  pemasaran
d.        Alif- objktif kajian
e.         Laporan akhir yang dibuat mestilah secara individu terutamanya dapatan kajian dan rumusan perlu dibuat ikut cara  masing masing
f.   buka folder/file  berasingan dalam komputer  untuk setiap komponen.

4.       4. komponen dalam kerja kursus
        
      Bahagian 1
     
        
        TAJUK: Perlu  ada perkataan “campuran pmasaran” dan “nama syarikat” yg dikaji

        ABSTRAK: Perlu ada masalah yg dikaji, kaedah kajian, dapatan kajian dan rumusan

        PENGENALAN:Perlu ada definisi dan empat unsur penting dalam campuran pemasaran (4P) serta sedikit latar belakang syarikat (seperti nama,  alamat/ peta lokasi, pemilik, keuntungan, ringkasan aktiviti syarikat



        CONTOH TAJUK
        KAJIAN TENTANG CAMPURAN PEMASARAN  XYZ AUTOMOBIL  HOLDINGS BERHAD 

        CONTOH ABSTRAK

    Kajian ini berkaitan dengan strategi campuran pemasaran  iaitu strategi produk, harga, agihan dan promosi yang digunakan oleh syarikat otomobil tempatan iaitu XYZ Automobil  Holdings Berhad. XYZ  telah ditubuhkan pada 10 Jun 1973 dan mengeluarkan model kereta pertama iaitu Champs pada 12 Jun 1978. Pengkaji telah menggunakan data sekunder daripada pelbagai sumber seperti laporan tahunan syarikat, maklumat daripada laman web rasmi syarikat, jurnal, laporan akhbar dan majalah untuk mengkaji campuran pemasaran syarikat XYZ. Hasil kajian menunjukkan dari aspek strategi produk, syarikat ini telah berjaya menghasilkan pelbagai jenis model kereta sesuai dengan pelbagai lapisan pengguna. Agihan kereta XYZ  dikendalikan oleh syarikat XYZ Edar iaitu anak syarikat XYZ. Disebakan persaingan sengit daripada pengeluar otomobil tempatan dan juga syarikat asing, Syarikat XYZ terpaksa menggunakan strategi harga mengikut pesaing. Program promosi pula dijalankan secara agresif menggunakan media elektronik, media cetak dan juga media social.Pengkaji mencadankan agar Syarikat XYZ  perlu memberi tumpuan kepada aspek jaminan kualiti produk kerana kajian menunjukkan pengguna kereta keluaran syarikat ini masih mempunyai persepsi negatif tentang produk XYZ

      Bahagian 2

    Objektif kajian merupakan tujuan sesuatu kajian dijalankan. Olrh kerana kajian anda memberi tumpuan kepada campuran pemasaran, objektif kajian anda perlu memberi tumpuan kepada aspek tersebut.

         OBJEKTIF KAJIAN: Anda boleh menggumakan kata kerja  mengenalpasti
       
        CONTOH
1.        Mengenalpasti strategi produk yang digunakan oleh Syarikat XYZ Automobile
2.        Mengenalpasti strategi penetapan harga  yang digunakan oleh  Syarikat XYZ Automobile
3.        Mengenalpasti strategi pengedaran  yang digunakan oleh  Syarikat XYZ Automobile
4.        Mengenalpasti strategi promosi  yang digunakan oleh  Syarikat XYZ Automobile

Bahagian 3

       LATAR BELAKANG KAJIAN:
      Pelajar perlu menjelaskan secara terperinci tentang campuran pemasaran termasuklah definisi dan komponen penting iaitu produk, pengedaran , penetapan harga dan promosi. Pelajar juga perlu menghuraikan syarikat yang dipilih dan tumpuan kepada 4P. perlu tunjukkan bukti maklumat seperti buku, laman web, laporan tahunan, keratan akhbar atau jurnal  . Masukkan rajah / jadual yg sesuai

      CONTOH
   Sesebuah organisasi perlu memberi tumpuan kepada empat aspek pemsaran iaitu produk , harga, promosi dan agihan untuk mencapai objektif pemasarannya, ia dikenali sebagai campuran pemasaran. Menurut Kotler (2008) campuran pemasaran ialah satu set alat-alat pemasaran yang digunakan oleh pemsar yang ditujukan kepada sasaran pelanggan untuk mencapai matlamat pemasarannya. Menurut McCarthy (1992) campuran pemasaran ialah rangka kerja pemasaran  untuk organisasi membuat keptusan tentang aspek harga, agihan, proosi dan produk.





  contoh rajah: 
sumber: https://www.xero.com/blog/2012/03/small-business-marketing-introducing-the-four-ps/

      Produk (Berikan definisi produk, Ciri produk, Klasifikasi produk Atribut produk : penjenamaan, pembungkusan, pelabelan dan khidmat sokongan, Lini Produk : kedalaman atau kelebaran)
     
      CONTOH

      Elemen utama dalam campuran pemasaran ialah produk. Menurut Kotler (2008) produk ialah tawaran firma kepada pasaran termasuklah kualiti produk, ciri-ciri produk, pembungkusan , jenama dan label. Produk mungkin dibeli, dimiliki atau digunakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.produk mungkin berbentuk fizikal seperti kereta, perkhidmatan seperti penjagaan binatang pemeliharaan, individu seperti chef wan , organisasi seperti persatuan kanser Malaysia (MAKNA) ataupun idea seperti pengurusan kewangan peribadi.Sesuatu produk mempunyai tiga ciri utama iaitu produk teras, ketara dan sampingan. [rajah]


                                                        ciri-ciri  produk
sumber: https://www.slideshare.net/DSPM/three-levels-of-products-8513670







kedalaman dan kelebaran produk

sumber: http://blog.upgrad.com

 rajah di atas ialash contoh  dari internet dan anda perlu bina sendiri mengikut kreativiti, kebolehan dan pemhaman anda.


     Pengedaran  (definisi, rekabentuk saluran agihan, tahap liputan)
     PeNgedaran merupakan aktiviti yang dijalankan oleh firma untuk memastikan pengguna dapat akses kpd produknya (kotler, 2008). Firma perlu memahami jenis saluran agihan yang ada dan memastikan , penggunaan saluran yg terbaik untuk mengagihkan produk mereka.   Menurut   Kotler (2008) hubungan baik firma dengan saluran agihan amat penting agar objektif pemasaran tercapai.
      Rekabentuk saluran agihan
      jenis :Saluran agihan berdimensi menegak,saluran agihan berdimensi mendatar
      Tahap liputan :Pengedaran intensif, selektif, eksklusif

Penetapan Harga (definisi, cara penentuan, factor)
Antara empat campuran pemasaran , hanya harga yang membawa hasil kepada firma manakla tiga elemen membawa kos kepada firma.
Menurut Kotler (2008) harga ialah umlah wang yang dikenakan untuk pemilikan atau penggunaan sesuatu produk atau nilai wang yang dibayar oleh pelanggan untuk mendapatkan sesuatu produk .
Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan penentuan harga.
Faktor dalaman (objektif pemasaran,  strategi campuran pemasaran, Kos, Pertimbangan organisasi)
Faktor Luaran(Pasaran dan permintaan,Persaingan,Persekitaran)
Penentuan harga umum(Penentuan harga berdasarkan kos, nilai pembeli, pesaing)
Penentuan harga produk baru (penentuan harga penarahan pasaran,Harga penembusan pasaran)

PROMOSI (definisi, tujuan, penetapan belanjawan, jenis)
Menurut Kotler (2008) promosi merupakan komunikasi pemasaran yg dilakukan oleh pemasar untuk berkomunikasi dengan sasaran pengguna untuk memaklumkan dan mempengaruhi mereka untuk membeli produk pemasar..
Tujuan promosi
Penetapan belanjawan promosi ( mengikut kemampuan, peratusan jualan,bersaing,objektif dan tugas)
Campuran promosi (pengiklanan, promosi jualan, publisiti  dan jualan bersemuka)

Latar belakang syarikat  (meliputi nama, lokasi, sejarah, anugerah, produk utama, perkhidmatan, kejayaan dll)


Gunakan pelbagai rujukan untuk menulis latar belakang kajian yang baik. Tulis semula ikut pemahaman anda dan jangan lupa nyatakan sunber maklumat


BAHAGIAN 4

       KAEDAH KAJIAN: pelajar perlu menghuraikan kaedah kajian yang digunakan  untuk mengumpul data samada data primer (temubual, pemerhatian atau soal-selidik)  atau data sekunder(laporan tahunan, laman web syarikat , jurnal penyelidikan, buku,, majalah surat khabar,televisyen) serta menyatakan rasional memilih kaedah.

     CONTOH
      Menurut Izham Ibrahim(2004) dan Chua Yan Piaw (2006) penyelidikan atau kajian merupakan sebarang aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan pengetahuan seseorang. Penyelidikan dilaksanakan untuk mengembangkan ilmu, menguji teori atau mendapatkan maklumat baru tentang sesuatu topik. Penyelidikan juga dijalankan bagi menilai atau membangukan sesuatu dasar. Hal tersebut, merupakan suatu penelitian atau siasatan secara sistematik mengenai sesuatu masalah, isu ataupun persoalan. Kaedah kajian yang sesuai amat diperlukan agar dapatan kajian dapat menjawab objektif kajian yang hendak dicapai. Menurut Sabitha Marican (2005), data ialah pengiraan ke atas ciri-ciri, kejadian, fakta atau ukuran ke atas sesuatu peristiwa yang boleh dikira dan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu data primer dan data sekunder. Data sekunder  pada awalnya (masa lalu) dikumpul untuk tujuan lain, tetapi sesuai digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan oleh pengkaji masa kini. Ia merupakan Maklumat @ bahan terbitan yang dikumpul oleh individu @ penyelidik lain, bukannya penyelidik yang sedang melakukan kajian itu kini. Contoh data sekunder ialah dokumen awam, arkib, dokumen pentadbiran, laporan formal dll.

Pengkaji akan menggunakan data sekunder sepenuhnya kerana pengkaji yakin bahawa data sekunder yang dikumpulkan mampu menjawab semua objektif kajian.


BAHAGIAN 5

      Dapatan kajian dan perbincangan merupakan bahagian yang paling penting. Bahagian ini menunjukkan kebolehan anda mengaplikasikan ilmu pengetahuan tentang sukatan pelajaran yang telah dipelajari dengan data yang dikutip tentang organisasi yang dikaji.Pelajar perlu bijak menggunakan  serta menganalisis maklumat yang diperoleh untuk menjawab objektif kajian.


CIKGU TAK NAK BAGI CONTOH. BUATLAH YANG TERBAIK. YAKIN DIRI. ANDA BOLEH LAKUKANNYA.


 BAHAGIAN 6



          
     Rumusan
     Pengkaji memberi kesimpulan ttg dapatan kajian dengan tumpuan kpd empat komponen campuran pemasaran yg dikaji. Pengkaji boleh memberi cadangan penambaikan jika ada. Jika pengkaji berpendapat  kaedah sedia ada sesuai maka beri cadangan agar ia dikekalkan

CONTOH
RUMUSAN
Kajian ini tertumpu kepada strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Syarikat  XYZ Automobile. Pengkaji mendapati sejak penubuhannya, Syarikat  XYZ Automobile  telah mengeluarkan pelbagai model kereta untuk pengguna tempatan dan antarabangsa. Syarikat  XYZ Automobile juga menyediakan produk perkhidmatan iaitu servis kereta melalui cawangan sendiri dan juga melalui kaedah francais. Syarikat  XYZ Automobile  telah berjaya meningkatkan kualiti produk fizikal dan perkhidmatan.  Dari segi harga, penentuan harga mengikut pesaing terdekat iaitu Pertiga Berhad. Harga juga berbeza mengikut kedudukan geografi pasaran.Pengedaran produk dibuat melalui anak syarikat iaitu XYZ Edar dan juga francaisi yang dilantik. Syarikat  XYZ Automobile menggunakan liputan  pengedaran intensif. Dari segi promosi pula Syarikat  XYZ Automobilemenggunakan pelbagai media termasuk media cetak, elektonik serta media social. Syarikat  XYZ Automobile juga berjaya menggunakan IMC secara berkesan.  Pengkaji berpendapat, disebabkan persaingan sengit dalam industri otomobil, kualiti, ciri-ciri  dan rekabentuk produk perlu diberi perhatian serius. Sekiranya isu ini diselesaikan pengkaji berpendapat, Syarikat  XYZ Automobile  boleh menguasai pasaran tempatan seperti dahulu.

Lampiran
1.        Soal selidik jika ada
2.        Maklumat seperti risalah, gambar berkaitan 4P syarikat yang dikaji.

Rujukan
1.        Harian Mega (2017) kereta Champs  baru lebih sporty, dimuatrurun daripada  https://www.hmega.com.my/mutakhir/2017/05/232061
2.        Kotler, P. (2008). Marketing Management. New York: Prentice Hall.
3.        Laman web rasmi  XYZ Edar Sdn Bhd (www.xyzedar.com.my )
4.        Laman web rasmi  XYZ Automobile  Berhad  (www.xyzauto.com )
5.        Laporan tahunan XYZ Automobile  Berhad 2016
6.        Champs auto  Interactive.(2017). Super car Champs with greater Handling. Dimuat turun daripada https://www.youtube.com/watch?v=CVW hnju
8.        XYZ Car Official (2017) Go XYZ. Dimuat turun daripada https://www.facebook.com/XYZ car official /Facebook
9.        Sabitha Marican (2005). “Kaedah Penyelidikan Sains Sosial.‖ Petaling Jaya, Selangor : Prentice Hall.
10.     Sabri Hj. Hussin  (2005), Pengurusan perniagaan : Jilid 1., Singapura: Thomson
11.     Sabri Hj. Hussin  (2005), Pengurusan perniagaan : Jilid 2., Singapura: Thomson





Apa yang disediakan oleh cikgu di sini ialah panduan sahaja untuk membantu anda menghasilkan tugasan yang terbaik. Perancangan yang baik akan membantu anda menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Oleh itu pengurusan masa adalah aspek yang amat penting


SELAMAT MAJU JAYA