Wednesday, January 14, 2015

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 2015

Tema Kerja kursus Pengajian Am 2015

Pilih satu daripada tema di bawah ini dan sediakan kerja kursus (kerja projek) yang panjangnya tidak melebihi 5000 patah perkataan.

Tema 1:  Sosial dan Budaya: Adat Resam
Tema 2:  Sains dan Teknologi: Makanan



Laman web yang boleh membantu anda untuk tema 1

www.motac.gov.my

www.heritage.gov.my/

www.jkkn.gov.m

zanas.wordpress.com










pmr.penerangan.gov.my

Artikel surat khabar

Resam Melayu wajar diutamakan
Tiada
Berita Harian
14.11.1986
Resam Hidup
Zakaria Hitam
Berita Minggu
01.06.1979
Adat resam dan protokol dalam ucapan
Adibah Amin
Utusan Malaysia
18.11.1988
Adat resam, etika Melayu dibukukan
Nor Afzan Mohamad Yusof
Berita Harian
31.12.2005
Berbagai adat resam Nusantara
Rusli Hj. Yusuf
Mingguan Rakyat
17.07.1976
Memahami adat resam orang Jawa
Salbiah Ani
Berita Harian
12.03.2001
Menyelongkar adat resam perkahwinan Melayu
Akhbar:  
Berita Harian (Sastera dan Budaya)
20.06.2002
Memahami adat resam Malaysia
Rajmah Hasan Shirat
Utusan Malaysia
19.09.2000
Kurangnya penggunaan adat resam dan istiadat Melayu dikesali
Tiada
Utusan Malaysia
22.10.1985
Antara Islam dan adat resam
S. Othman Kelantan
Berita Harian
02.08.1980


Artikel majalah

Resam Orang Persinggahan
Nimoiz T.Y
Dewan Siswa
1 May 2004
Adat resam menyambut anak
Muhamad Hatim Zakaria
Mastika
1 December 1981
Adat resam suku kaum Bisaya di Sarawak
Saong, Charles
Dewan Budaya
1 July 1979
Adat resam chuma lekat dikalangan jenerasi tua
Wee May Keun, Donald
Mastika
1 July 1971
Memahami adat resam
A. Aziz Deraman
Dewan Budaya
1 April 2009
Kesenian, adat resam dan tradisi
Mohd. Taib Osman
Dewan Budaya
1 November 1994
Menemui kembali adat resam bangsa
Tiada
Dewan Budaya
1 January 1981



Laman web yang boleh membantu anda untuk tema 2

www.mardi.gov.my

www.teknologimakanan.com


www.utusan.com.my

www.lpp.gov.my/web/.../food-processing-technology

www.mardi.gov.my

www.moa.gov.my

maribelajarsains.files.wordpress.com

cmslib.uum.edu.my

ir.unimas.my

www.bnm.gov.my

www.kkmm.gov.my









Tarikh penting untuk tindakan calon

19 Disember 2014

Memuat turun:  Manual Pelaksanaan  dan tema Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4), Penggal 2 Tahun 2015


Dari 12  Januari 2015 hingga 10 April 2015

• Memahami aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus
• Memahami skop tugasan kerja kursus
• Membincangkan tema, isu, tajuk dan skop kerja kursus yang telah dipilih, dikenal pasti,  
  dan  ditetapkan bersama dengan guru
• Merancang jadual kerja
• Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik daripada
   pelbagai sumber
• Menyusun dapatan (data dan maklumat)
• Memproses data dan maklumat – mentafsir, menganalisis dan membuat hubung
• Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lainlain
   yang bersesuaian
• Membincangkan dapatan kajian dan menghubungkaitkannya dengan teori yang bersesuaian
• Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan
• Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan kerja kursus
• Menyerahkan kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru
• Membentangkankerja kursus dan menjawab secara lisan soalan yang dikemukakan oleh
  guru dalam masa masa 10 hingga 15 minit pada tarikh dan waktu yang ditetapkan




GOOD LUCK CHILDREN

i-THINK dalam proses pembelajaran dan pengajaran pengajian perniagaan


















FORMAT LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH

  1. Nama Program
  2. Tarikh
  3. Tempat
  4. Anjuran
  5. Sasaran
  6. Objektif
  7. Impak
  8. Kos
  9. Kaedah
  10. Personalia
  11. Cenderamata
  12. Tentatif program
  13. Kekuatan
  14. Kelemahan
  15. Penambahbaikan
  16. Catatan
  17. Lampiran: Gambar dan kertas Edaran

FORMAT KERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAH

Penyediaan kertas kerja untuk program sekolah 

perlu mengandungi aspek berikut:




  • Nama Program
  • Tarikh
  • Masa
  • Tempat
  • Sasaran
  • Objektif
  • Kos
  • Kaedah
  • Personalia
  • Cenderamata
  • Tentatif program
  • Hal-Hal Lain

Pembelajaran ababd ke 21



Tuesday, January 13, 2015

Kecekapan dan Keberkesanan

Soalan 1: Dengan contoh yang sesuai jelaskan maksud kecekapan dan keberkesanan

Kecekapan bermaksud buat sesuatu dengan betul. Kecekapan mengutamakan penjimatan kos iaitu menggunakan sumber yang minimum untuk mencapai sesuaut matlamat.

Keberkesanan bermaksud buat sesuatu yang betul. Keberkesanan mengutamakan pencapaian matlamat.

Misalnya dua orang pengurus cawangan bank mempunyai matlamat yang sama iaitu mencapai target pembiayaan sebanyak RM600  juta seminggu. Pengurus cawangan A berjaya mencapai matlamat dengan menggunakan 10 pegawai pemasaran dalam masa seminggu. Pengurus cawangan B berjaya mencapai matlamat dalam masa dua minggu dengan menggunakan 5 orang pegawai pemasaran. Pengurus cawangan B lebih cekap kerana dapat meminimumkan kos berbanding dengan pengurus cawangan A.

Soalan 2: Bandingkan konsep kecekapan dan keberkesanan

Persamaannya
Kedua-duanya berusaha mencapai matlamat organisasi

Perbezaannya

-    Kecekapan ialah buat sesuatu dengan betul manakala keberkesanan ialah buat sesuatu yang betul.

-    Kecekapan mengumakan pencapaian kos minimum dan penjimatan sumber manakala keberkesanan mengutamakan pencapaian matlamat


Soalan 3: Adakah seorang pengurus yang cekap merupakan seorang pengurus yang berkesan?

Kecekapan bermaksud buat sesuatu dengan betul. Kecekapan mengutamakan penjimatan kos iaitu menggunakan sumber yang minimum untuk mencapai sesuaut matlamat.

Keberkesanan bermaksud buat sesuatu yang betul. Keberkesanan mengutamakan pencapaian matlamat.

Seorang pengurus yang cekap tidak semestinya seorang pengurus yang berkesan kerana
pengurus yang cekap mengutamakan penjimatan sumber berbanding dengan pengurus yang berkesan yang mengutamakan pencapaian matlamat

Pengurus yang cekap mengutamakan penghasilan output dengan kos yang minimum manakala pengurus yang berkesan mengutamakan jumlah output yang dihasilkan.




Monday, January 12, 2015

Kajian kes Pengajian Perniagaan - pengurusan

DILEMA GAYA PENGURUSAN

Viswa merupakan pengurus pengeluaran sebuah kilang elektronik di Bangi, Selangor dan Suzana pula merupakan seorang pengurus operasi  di sebuah kilang berteknologi tinggi yang menghasilkan jentera helikopter  di Nilai, Negeri Sembilan. Mereka bertemu semasa menghadiri kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) . Semasa waktu makan tengahari, mereka berbincang tentang gaya kepimpinan yang diamalkan dalam syarikat masing-masing 
Menurut Viswa, beliau merupakan seorang yang peramah dan  berkeyakinan dapat menyesuaikan diri dengan pekerja di kilangnya dengan mudah. Kilang ini mempunyai 80 orang pekerja dan hampir 50 orang bekerja dikilang ini mempunyai pengalaman lebih  20 tahun.  Selebihnya merupakan pekerja muda yang tidak berpengalaman dan hanya ingin mendapatkan pengalaman sebelum berpindah ke kilang lain  dan Viswa berpendapat pekerja ini memang sukar untuk diberi motivasi. Peraturan baru yang akan dilaksanakan oleh syarikat ini berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja memerlukan tahap disiplin yang tinggi di kalangan pekerja. Viswa berpendapat beliau perlu menggunakan gaya kepimpinan autokratik untuk memastikan peraturan baru ini akan diikuti oleh semua pekerja. Viswa juga memberitahu Suzana,  networking baik dengan pengurus pengeluaran organisasi lain akan membantu beliau dalam pengurusan kilangnya.

Suzana memberitahu Viswa bahawa beliau merupakan pengurus operasi  yang baru dilantik dan kurang berpengalaman sebagai pengurus pengeluaran. Kilang ini mempunyai pekerja berkemahiran tinggi yang dibahagi kepada tiga pasukan projek dan setiap pasukan mempunyai 16 orang pekerja. Pengurus sebelum ini mengamalkan gaya kepimpinan autokratik menyebabkan rasa tidak puashati di kalangan pekerja dan produktiviti pekerja  terjejas dengan teruk. Masalah menjadi begitu rumit sehingga pihak jabatan buruh terpaksa dipanggil untuk menjadi penimbangtara dalam rundingan antara pihak pengurusan dengan kesatuan sekerja.  Menurut Suzana, isu ini mendorong beliau untuk mengamalakan gaya kepimpinan demokratik dalam pengurusannya.

Soalan perbincangan
a.       Huraikan fungsi utama Viswa dan Suzana sebagai seorang pengurus
b.      Adakah anda bersetuju dengan gaya kepimpinan yang bakal digunakan oleh kedua-dua pengurus tersebut? Beri pendapat anda
c.       Bagaimanakah Viswa dan Suzana boleh memotivasikan pekerjanya?

d.      Adakah anda bersetuju dengan  cadangan Viswa agar Suzana perlu mempunyai networking  yang 
      baik dengan pengurus syarikat lain? Beri pendapat anda.
e.   Adakah kemahiran teknikal penting untuk Viswa dan Suzana dalam menguruskan kilang       
      tersebut? Beri pendapat anda
f.   Menurut Mintzberg, pengurus memainkan tiga peranan utama iaitu  bermaklumat , membuat 
     keputusan dan antara perorangan. Mengapakah Viswa dan Suzana perlu memainkan peranan ini?
g. Bagaimanakah Suzana boleh mengaplikasikan teori Maslow dan Herzberg dalam proses 
    pengurusan pekerja beliau?