Mydina Food Berhad
Syarikat Mydina Food Berhad (MFB)
merupakan pengeluar pelbagai jenis makanan ringan di Malaysia. Minuman ringan
jenama Zetty dan Pitty merupakan dua
produk utama yang menguasai pasaran minuman ringan di Malaysia. Produk ini juga
mencatat kadar pertumbuhan yang tinggi. Minuman isotonic jenama Tinnaga pula
kurang mendapat sambutan selepas dilancarkan 4 tahun yang lalu. MFB bercadang
untuk mengeluarkan produk ini dari pasaran.
Biskut jenama Sidap pula menguasai pasaran biskut dengan syer pasaran sebanyak 60% walaupun mengalami kadar pertumbuhan yang
rendah . Pesaing utama Sidap ialah jenama Ennak yang dikeluarkan oleh MM Berhad.
MFB juga melancarkan biksut jenama Kupahit khusus untuk pesakit
diabetes. Pasaran untuk jenama ini mengalami kadar pertumbuhan yang tinggi
tetapi Kupahit gagal menguasai pasaran tersebut.
Kejayaan MFB dalam industri makanan
negara disumbangkan oleh pasukan pengurusan mantap yang membuat perancangan
teliti dalam aspek pengeluaran dan pemasaran. MFB juga mempunyai tenaga buruh
yang mahir dan berpengalaman. Encik Mahathir yang merupakan pengurus pemasaran
MFB memastikan aktiviti pemasaran MFB mampu menjana pendapatan yang tinggi
untuk MFB. Jabatan ini sering membuat penyelidikan pemasaran untuk mengetahui kehendak dan citarasa
pengguna. Misalnya pemansuhan GST memberi peluang kepada MFB untuk menjual
produk dengan harga yang rendah. Jabatan pengeluaran menggunakan teknologi
terkini untuk memastikan pengeluaran produk berkualiti dan inovatif. Penambahbaikan
berterusan ke atas produk MFB berjaya mengekalkan syer pasaran yang tinggi untuk
produk MFB. Jabatan pengeluaran menggunakan bahan mentah berbentuk organik
dalam proses pengeluaran makanan untuk memastikan kesihatan pengguna tidak
terjejas. Pembungkusan produk MFB juga menggunakan plastik kitar semula.
Unit jualan MFB yang mempunyai jurujual
seramai 40 orang eksekutif jualan mengadakan mesyuarat mingguan untuk menilai
keberkesanan program promosi yang telah dirancang. Beberapa program promosi
berkesan telah dilancarkan oleh MFB. Di antaranya ialah lantikan Ella Roy dan
Anlina Nasir sebagai duta produk
berjaya menarik minat pengguna produk MFB dan juga meningkatkan syer
pasarannya. Pengiklanan secara agresif dalam media bercetak dan media sosial
juga berjaya memperkenalkan jenama MFB ke pasaran umum. Penyediaan helpdesk
untuk pemborong dan peruncit pula membantu saluran agihan mendapatkan maklumat
tambahan dan terkini tentang produk dan insentif promosi terkni MFB.
MFB memberi tumpuan kepada pasaran
domestik dan menyasarkan golongan remaja dan kanak – kanak sebagai sasaran
utama produknya. Sesuai dengan tagline bersih dan suci, produk MFB mendapat
sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia khususnya pengguna beragama Islam. Harga
produk MFB adalah berpatutan dan mampu beli oleh setiap lapisan masyarakat.
Pembungkusan dan jenama yang menarik juga memberi kelebihan daya saing kepada
MFB. Produk MFB juga mudah didapati di kedai runcit, pasar mini dan juga pasar
raya. MFB bergantung kepada pemborong dan peruncit untuk memastikan pengedaran
produk yang sistematik agar memberi kepuasan kepada pelanggan produk MFB. Selaras
dengan visi MFB “kami mengutamakan
kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk bermutu , bersih dan suci” ,
MFB dijangka terus menguasai pasaran makanan negara ini.
(kes
ditulis oleh Mr Karthik, Pusat T6 High School Setapak)
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan
berikut:
a.
Jelaskan
empat pendekatan pemasaran yang
digunakan oleh syarikat MFB
b.
Lakarkan
matriks BCG untuk produk MFB
c.
Jelaskan
proses pemasaran yang telah dijalankan oleh syarikat MFB
Cara menjawab
Fakta- kenalpasti fakta yang berkaitan
Huraian- beri definisi atau maksud fakta berkenaan
Kaitan kes- cari kaitan kes berkaitan dengan fakta yang
telah dikenalpasti. Anda boleh beri banyak kaitan kes
|
SKEMA PEMARKAHAN
a.
Tiga pendekatan pemasaran yang digunakan
oleh syarikat MFB ialah
Fakta
|
Huraian
|
Kaitan kes
|
Pendekatan pemasaran produk
|
syarikat menumpukan kepada pembetulan
dan penambahbaikan keluaran secara berterusan agar keluarkan produk bermutu
|
-
Jabatan
pengeluaran menggunakan teknologi terkini untuk memastikan pengeluaran produk
berkualiti dan inovatif
-
Penambahbaikan
berterusan ke atas produk MFB berjaya mengekalkan syer pasaran yang tinggi
untuk produk MFB
|
Pendekatan pemasaran penjualan
|
Tumpuan kepada
program promosi dan usaha jualan yang aggresif untuk menggalakkan pengguna
beli produk.
|
-
lantikan
Ella Roy dan Anlina Nasir sebagai
duta produk berjaya menarik minat pengguna produk MFB dan juga meningkatkan
syer pasarannya.
-
Pengiklanan
secara agresif dalam media bercetak dan media sosial juga berjaya memperkenalkan
jenama MFB ke pasaran umum
-
Unit
jualan MFB yang mempunyai jurujual seramai 40 orang eksekutif jualan
mengadakan mesyuarat mingguan untuk menilai keberkesanan program promosi yang
telah dirancang
-
Penyediaan
helpdesk untuk pemborong dan peruncit pula membantu saluran agihan
mendapatkan maklumat tambahan dan terkini tentang produk dan insentif promosi
terkni MFB.
-
Harga
produk MFB adalah berpatutan dan mampu beli oleh setiap lapisan masyarakat.
-
Pembungkusan
dan jenama yang menarik juga memberi kelebihan daya saing kepada MFB.
-
Produk
MFB juga mudah didapati di kedai runcit, pasar mini dan juga pasar raya.
-
MFB
bergantung kepada pemborong dan peruncit untuk memastikan pengedaran produk
yang sistematik agar memberi kepuasan kepada pelanggan produk MFB
|
Pendekatan pemasaran moden
|
Penekanan
kepada keperluan, citarasa dan kepuasan hati pembeli.
|
-
Jabatan
ini sering membuat penyelidikan pemasaran
untuk mengetahui kehendak dan citarasa pengguna
-
MFB
bergantung kepada pemborong dan peruncit untuk memastikan pengedaran produk
yang sistematik agar memberi kepuasan kepada pelanggan produk MFB.
-
Selaras
dengan visi MFB “kami mengutamakan
kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk bermutu , bersih dan suci” ,
MFB dijangka terus menguasai pasaran makanan di
-
|
Pendekatan pemasaran kemasyarakatan
|
pemasar
mengambil berat tentang hal ehwal dan kebajikan pengguna dan masyarakat.
|
-
Jabatan
pengeluaran menggunakan bahan mentah berbentuk organik dalam proses
pengeluaran makanan untuk memastikan kesihatan pengguna tidak terjejas.
-
Pembungkusan
produk MFB juga menggunakan plastik kitar semula.
|
b.
Matriks BCG untuk syarikat MFB
c. Proses
pemasaran yang telah dilaksanakan oleh MFB ialah
Langkah pertama ialah menilai peluang –peluang pemasaran
Pemasar buat kajian pasaran dan kenal
pasti pasaran dan peluang-peluang pasaran untuk mencari
peluang dan
menjangkakan ancaman.
Kaitan kes
-
Jabatan ini sering membuat penyelidikan pemasaran untuk mengetahui kehendak dan citarasa
pengguna.
-
pemansuhan GST memberi peluang kepada MFB untuk menjual
produk dengan harga yang rendah
Langkah kedua ialah memilih Sasaran pasaran
Beri fokus kpd aktiviti segmentasi
pasaran, penyasaran pasaran dan perletakan pasaran.
Kaitan kes
-
MFB memberi tumpuan kepada pasaran domestik
-
menyasarkan golongan remaja dan kanak – kanak sebagai sasaran
utama produknya.
-
Sesuai dengan tagline bersih dan suci, produk MFB mendapat
sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia khususnya pengguna beragama Islam
Langkah ketiga ialah membina Campuran Pemasaran
Organisasi akan bangunkan produk, tentukan harga, jalankan promosi dan agihan
secara cekap dan berkesan.
Kaitan kes
-
lantikan Elfira Loy dan Anzalna Nasir sebagai duta produk berjaya menarik minat
pengguna produk MFB dan juga meningkatkan syer pasarannya.
-
Pengiklanan secara agresif dalam media bercetak dan media
sosial juga berjaya memperkenalkan jenama MFB ke pasaran umum.
-
Penyediaan helpdesk untuk pemborong dan peruncit pula membantu
saluran agihan mendapatkan maklumat tambahan dan terkini tentang produk dan
insentif promosi terkni MFB
-
Harga produk MFB adalah berpatutan dan mampu beli oleh setiap
lapisan masyarakat.
-
Pembungkusan dan jenama yang menarik juga memberi kelebihan
daya saing kepada MFB.
-
Produk MFB juga mudah didapati di kedai runcit, pasar mini
dan juga pasar raya.
-
MFB bergantung kepada pemborong dan peruncit untuk memastikan
pengedaran produk yang sistematik agar memberi kepuasan kepada pelanggan produk
MFB
-
Jabatan
pengeluaran menggunakan bahan mentah berbentuk organik dalam proses pengeluaran
makanan untuk memastikan kesihatan pengguna tidak terjejas.
-
Pembungkusan
produk MFB juga menggunakan plastik kitar semula.
Langkah keempat ialah mengurus Usaha Pemasaran
organisasi akan melakukan aktiviti
analisis, rancang, laksana dan kawal proses-proses pemasaran.
Kaitan kes
-
Unit jualan MFB yang mempunyai jurujual seramai 40 orang
eksekutif jualan mengadakan mesyuarat mingguan untuk menilai keberkesanan
program promosi yang telah dirancang
-
Penyediaan helpdesk untuk pemborong dan peruncit pula membantu
saluran agihan mendapatkan maklumat tambahan dan terkini tentang produk dan
insentif promosi terkni MFB