Setiap calon yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2017 wajib menyiaplkan satu tugasan pada Penggal 3 (bermula Mei 2017). Sekiranya anda gagal menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan , anda dianggap gagal dalam mata pelajaran ini dalam STPM 2017 , Disamping menyediakan tugasan anda juga perlu membuat pembentangan lisan.
Dalam sesi ini cikgu akan membantu anda memahami tugasan yang perlu disiapkan dan menjelaskan prosedur yang perlu diikuti untuk menghasilkan tugasan yang baik dan bermutu. Apa yang cikgu berikan di sini ialah satu panduam umum sahaja. ANDA PERLU SENTIASA MERUJUK KEPADA GURU PEMBIMBING ANDA YANG MERUPAKAN PENILAI TUGASAN ANDA DAN PERLU MEMATUHI ARAHAN YANG DIBERIKAN OLEH BELIAU.
Panduan umum
1. Guna saiz kertas: A4 putih
2. Margin bawah dan atas : 1 inci,
kiri dan kanan 1.25 inci
3. Guna Times New Roman (fon 12)
4. Berbentuk Langkau
5. Sspacing) 1.5 kecuali abstrak dibenarkan spacing: 1.0
6. Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan seragam dan konsisten
7. Panjang tugasan 3,500 hingga i 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
8. Gnaa ilustrasi / gambar rajah bila perlu
9. Susunan penulisan
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna biru muda
(b) Borang Perakuan Calon (BPC)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC)
(d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
10. Laporan kerja kursus berbentuk bercetak dan berjilid.
11. Tugasan perlu disiapkan selewat-lewatnya 20 Oktober atau seperti yang ditetapkan oleh guru anda.
Panduan khusus
1. Kerja kursus boleh dibuat secara individu atau kumpulan (3 hingga 4 orang). Kumpulan digalakkan untuk memudahkan kerja dan jimat masa.
Dalam sesi ini cikgu akan membantu anda memahami tugasan yang perlu disiapkan dan menjelaskan prosedur yang perlu diikuti untuk menghasilkan tugasan yang baik dan bermutu. Apa yang cikgu berikan di sini ialah satu panduam umum sahaja. ANDA PERLU SENTIASA MERUJUK KEPADA GURU PEMBIMBING ANDA YANG MERUPAKAN PENILAI TUGASAN ANDA DAN PERLU MEMATUHI ARAHAN YANG DIBERIKAN OLEH BELIAU.
Panduan umum
1. Guna saiz kertas: A4 putih
2. Margin bawah dan atas : 1 inci,
kiri dan kanan 1.25 inci
3. Guna Times New Roman (fon 12)
4. Berbentuk Langkau
5. Sspacing) 1.5 kecuali abstrak dibenarkan spacing: 1.0
6. Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan seragam dan konsisten
7. Panjang tugasan 3,500 hingga i 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
8. Gnaa ilustrasi / gambar rajah bila perlu
9. Susunan penulisan
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna biru muda
(b) Borang Perakuan Calon (BPC)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC)
(d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
10. Laporan kerja kursus berbentuk bercetak dan berjilid.
11. Tugasan perlu disiapkan selewat-lewatnya 20 Oktober atau seperti yang ditetapkan oleh guru anda.
Panduan khusus
1. Kerja kursus boleh dibuat secara individu atau kumpulan (3 hingga 4 orang). Kumpulan digalakkan untuk memudahkan kerja dan jimat masa.
2. Pilih satu
syarikat tempatan. Cari syarikat yang popular
maksudnya ada banyak data sekunder serta maklumat dari internet seperti Laporan Tahunan, rencana akhbar, laman web rasmi serta kajian lepas , rich data serta senang
kumpul maklumat . Boleh pilih syarikat kecil tapi maklumat lebih kpd primer so susah
nak cari, kena guna soal selidik, temubual atau pemehatian.
Anda boleh memilih
a.
Syarikat yang mengeluarkan produk fizakal seperti
proton, perodua, gardenia, mamee
b.
Syarikat yang menyediaka perkhidmatan seperti Universiti Lim Kok Wing, SUNWAY LAGOON, HOTEL Seri Malaysia, RESTOREN Secret Receipe
c.
Syarikat kecil
tempatan seperti Mali’s corner, pusat servis kereta, pusat perabot Maju
3. Agihkan tugas kpd
ahli masing-masing. Contohnya
a.
Aflah-
latarbelakang syarikat
b.
Izzat- kaedah
kajian
c.
Akmal-
campuran pemasaran
d.
Alif- objktif
kajian
e. Laporan akhir yang dibuat mestilah secara individu terutamanya dapatan kajian dan rumusan perlu dibuat ikut cara masing masing
f. buka folder/file berasingan dalam komputer untuk setiap komponen.
4. 4. komponen dalam kerja kursus
Bahagian 1
CONTOH TAJUK
Bahagian 1
TAJUK: Perlu ada perkataan “campuran pmasaran” dan “nama syarikat” yg dikaji
ABSTRAK: Perlu
ada masalah yg dikaji, kaedah kajian, dapatan kajian dan rumusan
PENGENALAN:Perlu
ada definisi dan empat unsur penting dalam campuran pemasaran (4P) serta
sedikit latar belakang syarikat (seperti nama, alamat/ peta lokasi, pemilik,
keuntungan, ringkasan aktiviti syarikat
|
KAJIAN TENTANG
CAMPURAN PEMASARAN XYZ AUTOMOBIL HOLDINGS
BERHAD
CONTOH ABSTRAK
Kajian
ini berkaitan dengan strategi campuran pemasaran iaitu strategi produk, harga, agihan dan
promosi yang digunakan oleh syarikat otomobil tempatan iaitu XYZ Automobil Holdings
Berhad. XYZ telah ditubuhkan pada 10 Jun 1973 dan mengeluarkan model kereta
pertama iaitu Champs pada 12 Jun 1978. Pengkaji telah menggunakan data
sekunder daripada pelbagai sumber seperti laporan tahunan syarikat, maklumat
daripada laman web rasmi syarikat, jurnal, laporan akhbar dan majalah untuk
mengkaji campuran pemasaran syarikat XYZ. Hasil kajian menunjukkan dari aspek
strategi produk, syarikat ini telah berjaya menghasilkan pelbagai jenis model kereta
sesuai dengan pelbagai lapisan pengguna. Agihan kereta XYZ dikendalikan oleh syarikat XYZ Edar iaitu
anak syarikat XYZ. Disebakan persaingan sengit daripada pengeluar otomobil
tempatan dan juga syarikat asing, Syarikat XYZ terpaksa menggunakan strategi harga
mengikut pesaing. Program promosi pula dijalankan secara agresif menggunakan
media elektronik, media cetak dan juga media social.Pengkaji mencadankan agar Syarikat XYZ perlu memberi tumpuan kepada aspek jaminan kualiti produk kerana kajian
menunjukkan pengguna kereta keluaran syarikat ini masih mempunyai persepsi negatif tentang
produk XYZ
Bahagian 2
Objektif kajian merupakan tujuan sesuatu kajian dijalankan. Olrh kerana kajian anda memberi tumpuan kepada campuran pemasaran, objektif kajian anda perlu memberi tumpuan kepada aspek tersebut.
OBJEKTIF KAJIAN: Anda boleh menggumakan kata kerja mengenalpasti
|
CONTOH
1.
Mengenalpasti
strategi produk yang digunakan oleh Syarikat XYZ Automobile
2.
Mengenalpasti
strategi penetapan harga yang digunakan oleh Syarikat
XYZ Automobile
3.
Mengenalpasti
strategi pengedaran yang digunakan oleh Syarikat
XYZ Automobile
4.
Mengenalpasti
strategi promosi yang digunakan oleh Syarikat
XYZ Automobile
Bahagian 3
LATAR BELAKANG
KAJIAN:
Pelajar perlu menjelaskan secara terperinci
tentang campuran pemasaran termasuklah definisi dan komponen penting iaitu
produk, pengedaran , penetapan harga dan promosi. Pelajar juga perlu
menghuraikan syarikat yang dipilih dan tumpuan kepada 4P. perlu tunjukkan
bukti maklumat seperti buku, laman web, laporan tahunan, keratan akhbar atau
jurnal . Masukkan rajah / jadual yg
sesuai
|
CONTOH
Sesebuah
organisasi perlu memberi tumpuan kepada empat aspek pemsaran iaitu produk ,
harga, promosi dan agihan untuk mencapai objektif pemasarannya, ia dikenali
sebagai campuran pemasaran. Menurut Kotler (2008) campuran pemasaran ialah satu
set alat-alat pemasaran yang digunakan oleh pemsar yang ditujukan kepada
sasaran pelanggan untuk mencapai matlamat pemasarannya. Menurut McCarthy (1992)
campuran pemasaran ialah rangka kerja pemasaran untuk organisasi membuat keptusan tentang aspek harga, agihan, proosi dan produk.
contoh rajah:
sumber: https://www.xero.com/blog/2012/03/small-business-marketing-introducing-the-four-ps/
Produk (Berikan definisi produk, Ciri produk,
Klasifikasi produk Atribut produk : penjenamaan, pembungkusan, pelabelan dan
khidmat sokongan, Lini Produk : kedalaman atau kelebaran)
CONTOH
Elemen utama dalam campuran pemasaran ialah
produk. Menurut Kotler (2008) produk ialah tawaran firma kepada pasaran
termasuklah kualiti produk, ciri-ciri produk, pembungkusan , jenama dan label.
Produk mungkin dibeli, dimiliki atau digunakan untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna.produk mungkin berbentuk fizikal seperti kereta, perkhidmatan
seperti penjagaan binatang pemeliharaan, individu seperti chef wan , organisasi
seperti persatuan kanser Malaysia (MAKNA) ataupun idea seperti pengurusan
kewangan peribadi.Sesuatu produk mempunyai tiga ciri utama iaitu produk teras,
ketara dan sampingan. [rajah]
ciri-ciri produk
sumber: https://www.slideshare.net/DSPM/three-levels-of-products-8513670
kedalaman dan kelebaran produk
sumber: http://blog.upgrad.com
rajah di atas ialash contoh dari internet dan anda perlu bina sendiri mengikut kreativiti, kebolehan dan pemhaman anda.
Pengedaran (definisi,
rekabentuk saluran agihan, tahap liputan)
PeNgedaran merupakan aktiviti yang dijalankan
oleh firma untuk memastikan pengguna dapat akses kpd produknya (kotler, 2008).
Firma perlu memahami jenis saluran agihan yang ada dan memastikan , penggunaan
saluran yg terbaik untuk mengagihkan produk mereka. Menurut Kotler
(2008) hubungan baik firma dengan saluran agihan amat penting agar objektif
pemasaran tercapai.
Rekabentuk saluran agihan
jenis :Saluran agihan berdimensi menegak,saluran
agihan berdimensi mendatar
Tahap liputan :Pengedaran intensif, selektif,
eksklusif
Penetapan Harga
(definisi, cara penentuan, factor)
Antara empat campuran pemasaran , hanya harga
yang membawa hasil kepada firma manakla tiga elemen membawa kos kepada firma.
Menurut Kotler (2008) harga ialah umlah wang
yang dikenakan untuk pemilikan atau penggunaan sesuatu produk atau nilai wang
yang dibayar oleh pelanggan untuk mendapatkan sesuatu produk .
Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan
penentuan harga.
Faktor dalaman (objektif pemasaran, strategi campuran pemasaran, Kos, Pertimbangan
organisasi)
Faktor Luaran(Pasaran dan permintaan,Persaingan,Persekitaran)
Penentuan harga umum(Penentuan harga
berdasarkan kos, nilai pembeli, pesaing)
Penentuan harga produk baru (penentuan harga
penarahan pasaran,Harga penembusan pasaran)
PROMOSI (definisi, tujuan, penetapan
belanjawan, jenis)
Menurut Kotler (2008) promosi merupakan
komunikasi pemasaran yg dilakukan oleh pemasar untuk berkomunikasi dengan
sasaran pengguna untuk memaklumkan dan mempengaruhi mereka untuk membeli produk
pemasar..
Tujuan promosi
Penetapan belanjawan promosi ( mengikut
kemampuan, peratusan jualan,bersaing,objektif dan tugas)
Campuran promosi (pengiklanan, promosi jualan,
publisiti dan jualan bersemuka)
Latar belakang
syarikat (meliputi nama, lokasi, sejarah, anugerah,
produk utama, perkhidmatan, kejayaan dll)
Gunakan pelbagai rujukan untuk menulis latar belakang kajian yang baik. Tulis semula ikut pemahaman anda dan jangan lupa nyatakan sunber maklumat
BAHAGIAN 4
KAEDAH KAJIAN: pelajar perlu menghuraikan kaedah kajian
yang digunakan untuk mengumpul data
samada data primer (temubual, pemerhatian atau soal-selidik) atau data sekunder(laporan tahunan, laman
web syarikat , jurnal penyelidikan, buku,, majalah surat khabar,televisyen) serta menyatakan rasional memilih kaedah.
|
CONTOH
Menurut Izham
Ibrahim(2004) dan Chua Yan Piaw (2006) penyelidikan atau
kajian merupakan sebarang aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan
pengetahuan seseorang. Penyelidikan dilaksanakan untuk mengembangkan ilmu,
menguji teori atau mendapatkan maklumat baru tentang sesuatu topik.
Penyelidikan juga dijalankan bagi menilai atau membangukan sesuatu dasar. Hal
tersebut, merupakan suatu penelitian atau siasatan secara sistematik mengenai
sesuatu masalah, isu ataupun persoalan. Kaedah kajian yang sesuai amat
diperlukan agar dapatan kajian dapat menjawab objektif kajian yang hendak
dicapai. Menurut Sabitha Marican (2005),
data ialah pengiraan ke atas ciri-ciri, kejadian, fakta atau ukuran ke atas
sesuatu peristiwa yang boleh dikira dan boleh dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu data primer dan data sekunder. Data sekunder pada awalnya (masa lalu) dikumpul untuk
tujuan lain, tetapi sesuai digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang
dijalankan oleh pengkaji masa kini. Ia merupakan Maklumat @ bahan terbitan yang
dikumpul oleh individu @ penyelidik lain, bukannya penyelidik yang sedang
melakukan kajian itu kini. Contoh data sekunder ialah dokumen awam, arkib,
dokumen pentadbiran, laporan formal dll.
Pengkaji akan menggunakan data sekunder sepenuhnya kerana pengkaji
yakin bahawa data sekunder yang dikumpulkan mampu menjawab semua objektif
kajian.
BAHAGIAN 5
Dapatan kajian dan perbincangan merupakan bahagian yang paling penting. Bahagian ini menunjukkan kebolehan anda mengaplikasikan ilmu pengetahuan tentang sukatan pelajaran yang telah dipelajari dengan data yang dikutip tentang organisasi yang dikaji.Pelajar perlu bijak menggunakan serta menganalisis maklumat yang diperoleh untuk menjawab objektif kajian.
CIKGU TAK NAK BAGI CONTOH. BUATLAH YANG TERBAIK. YAKIN DIRI. ANDA BOLEH LAKUKANNYA.
BAHAGIAN 6
Rumusan
Pengkaji memberi kesimpulan ttg dapatan kajian dengan tumpuan
kpd empat komponen campuran pemasaran yg dikaji. Pengkaji boleh memberi
cadangan penambaikan jika ada. Jika pengkaji berpendapat kaedah sedia ada sesuai maka beri cadangan
agar ia dikekalkan
|
CONTOH
RUMUSAN
Kajian
ini tertumpu kepada strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Syarikat XYZ Automobile.
Pengkaji mendapati sejak penubuhannya, Syarikat XYZ Automobile telah mengeluarkan pelbagai model
kereta untuk pengguna tempatan dan antarabangsa. Syarikat XYZ Automobile juga menyediakan produk
perkhidmatan iaitu servis kereta melalui cawangan sendiri dan juga melalui
kaedah francais. Syarikat XYZ Automobile telah berjaya
meningkatkan kualiti produk fizikal dan perkhidmatan. Dari segi harga, penentuan harga mengikut
pesaing terdekat iaitu Pertiga Berhad. Harga juga berbeza mengikut kedudukan geografi
pasaran.Pengedaran produk dibuat melalui anak syarikat iaitu XYZ Edar dan
juga francaisi yang dilantik. Syarikat XYZ Automobile menggunakan liputan pengedaran intensif. Dari segi promosi pula Syarikat XYZ Automobilemenggunakan pelbagai media termasuk media cetak, elektonik serta media
social. Syarikat XYZ Automobile juga berjaya menggunakan IMC secara berkesan. Pengkaji berpendapat, disebabkan persaingan
sengit dalam industri otomobil, kualiti, ciri-ciri dan rekabentuk produk perlu diberi perhatian
serius. Sekiranya isu ini diselesaikan pengkaji berpendapat, Syarikat XYZ Automobile boleh menguasai pasaran tempatan seperti
dahulu.
Lampiran
1.
Soal
selidik jika ada
2.
Maklumat
seperti risalah, gambar berkaitan 4P syarikat yang dikaji.
Rujukan
1.
Harian
Mega (2017) kereta Champs baru lebih sporty, dimuatrurun daripada https://www.hmega.com.my/mutakhir/2017/05/232061
2.
Kotler, P. (2008). Marketing Management. New York: Prentice
Hall.
5.
Laporan tahunan XYZ Automobile Berhad 2016
6. Champs auto Interactive.(2017). Super car Champs with greater Handling. Dimuat
turun daripada https://www.youtube.com/watch?v=CVW hnju
8. XYZ Car Official (2017) Go XYZ. Dimuat turun daripada https://www.facebook.com/XYZ car official /Facebook
9.
Sabitha Marican (2005). “Kaedah Penyelidikan Sains Sosial.‖
Petaling Jaya, Selangor : Prentice Hall.
10. Sabri
Hj. Hussin (2005), Pengurusan perniagaan
: Jilid 1., Singapura: Thomson
11. Sabri
Hj. Hussin (2005), Pengurusan perniagaan
: Jilid 2., Singapura: Thomson
Apa yang disediakan oleh cikgu di sini ialah panduan sahaja untuk membantu anda menghasilkan tugasan yang terbaik. Perancangan yang baik akan membantu anda menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Oleh itu pengurusan masa adalah aspek yang amat penting
SELAMAT MAJU JAYA