RANCANGAN PERNIAGAAN
Kedai
Haiwan Peliharaan Zulaikha Pets Shop
Tujuan
Permohonan
Pembiayaan Perniagaan
Kepada
MAJLIS
AMANAH RAKYAT
Aras 1-4, Wisma Koperasi No. 1,
Lorong Medan Tuanku 1, 50300 Kuala Lumpur
Disediakan
oleh
Cik
Zulaikha Binti Zulkifli
(941231-12-3456)
|
Isi kandungan
Tajuk
|
Muka surat
|
1.
Rumusan eksekutif
|
|
2.
Pengenalan
|
|
3.
Objektif
|
|
4.
Latar belakang
syarikat
|
|
5.
Latar belakang
pemilik
|
|
6.
Latar belakang projek
|
|
7.
Rancangan organisasi
|
|
8.
Rancangan pemasaran
|
|
9.
Rancangan operasi
|
|
10. Rancangan kewangan
|
|
11. Kesimpulan
|
|
12. Lampiran
|
Rumusan
Eksekutif
Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bagi
mendapatkan pembiayaan kewangan dari MARA di bawah Skim Pembiayaan perniagaan bagi
projek saya iaitu Zulaikha Pets Shop di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Zulaikha
Pets Shop akan menyediakan empat perkhidmatan utama iaitu menjual pelbagai binatang
peliharaan kesukaan masyarakat Malaysia seperti kucing dan arnab , kemudahan
penginapan lima binatang untuk binatang peliharaan, dandanan dan kebersihan
diri serta penjualan produk binatangpeliharaan. Perniagaan saya dianggap
berbeza kerana kemudahan penginapan yang disediakan adalah sangat tinggi
mutunya untuk memberikan keseronakan yang tidak terhingga kepada binatang
kesayangan pelanggan saya. Pengetahuan yang saya peroleh melalui kursus perniagaan
binatang peliharaan anjuran House of Groomers , Kuala Lumpur selama dua minggu
dan juga pengalaman bekerja sebagai penyelia di Cuty Pets Shop di Kelana Jaya
Selangor selama 3 tahun mendorong saya
untuk memulakan perniagaan binatang
peliharaan saya sendiri.Kos perniagaan ini dianggarkan RM120 000. Saya
akan menggunakan simpanan peribadi sebanyak RM70 000. Saya bercadang untuk
mendapatkan bantuan pembiayaan melalui skim pembiayaan perniagaan MARA sebanyak
RM50 000. Modal sumbangan saya akan digunakan untuk kos permulaan seperti sewa
bangunan, stok permulaan dan promosi serta perbelanjaan operasi yang lain.
Pinjaman MARA akan digunakan untuk pembelian stok tambahan, kelengkapan serta
peralatan dan juga sebagai modal pusingan. Bukit Antarabangsa dipilih kerana
tiada pusat perniagaan binatang peliharaan di sini. Di samping itu kawasan ini
juga mempunyai penduduk yang ramai iaitu hampir 300 000 orang yang mempunyai saiz pendapatan yang agak
tinggi serta pelbagai kaum. Ia juga mudah diakses melalui jalan raya dan juga
lebuh raya lingkaran tengah dan lebuhraya DUKE. Lokasi kedai juga terletak
bersebelahan pasar raya Giant yang mungkin menjadi daya tarikan kepada
perniagaan saya. Selaras dengan misi perniagaan saya iaitu menyediakan
perkhidmatan bermutu tinggi, konsisten dan inovatif, mesra pelanggan serta mampu
bayar menyebabkan binatang peliharaan anda lebih mencintakan kedai Zulaikha
Pets Shop, saya percaya , perniagaan saya akan mendapat sambutan yang tinggi
serta mampu mendapat pulangan dalam masa tiga bulan beroperasi. Berdasarkan
kajian pemasaran yang dijalankan, perniagaan saya dijangka mencatat pertumbuhan
sebanyak 16% setahun berbanding dnegan pertumbuhan industri sebanyak 7%. Saya
juga bercadang untuk menyediakan kemudahan veternari pada masa akan datang
serta membuka tiga lagi cawangan baharu dalam masa lima tahun akan datang.
Program pemasaran yang kompeten iaitu penawaran produk dan perkhidmatan yang
sesuai dengan citarasa dan kehendak pelanggan, harga berpatutan, akses maklumat
melalui laman web, khidmat lepas jualan yang menarik serta strategi menggunakan
artis tempatan sebagai duta produk dijangka membawa peningkatan jualan
berterusan kepada perniagaan saya. Prospek perniagaan ini adalah sangat cerah
dan mempunyai potensi besar untuk berkembang kerana gaya hidup warga kota yang
suka melancong dan budaya balik kampung untuk perayaan untuk pelbagai kaum
memberi peluang besar kepada perniagaan binatang peliharaan khususnya kemudahan
penginapan.
Pengenalan
Zulaikha Pets Shop (Zupies) akan mula beroperasi pada 7 Januari 2017 di
no 27, Jalan Wangsa 2, Bukit Antarabangsa yang letak bersebalahan dengan
stesyen minyak Petronas, McDonald dan Pasar raya Giant. Perniagaan yang
berstatus milik tunggal milik bumiputra. Zupies terlibat dalam perniagaan
binatang peliharaan iaitu jualan binatang peliharaan, khidmat dandanan dan
kebersihan diri, pusat penginapan serta penjualan produk untuk makanan
peliharaan rumah. Kedai Zupies akan beroperasi tujuh sehari seminggu dan waktu
operasi ialah 10 panggi hingga 10 malam. Pelanggan yang memerlukan perkhidmatan
penginapan secara kecemasan juga boleh menghubungi pemilik bila-bila masa dan
perkhidmatan menerima binatang dari rumah juga disediakan.
Pemilik Zupies telah menjalankan kajian pemasaran di Bukit
Antarabangsa melalui soalselidik yang diedarkan di pasar raya Giant, Bukit
Antarabangsa dan juga soalselidik atas talian menunjukkan penduduk Bukit
Antarabangsa amat memerlukan perkhidmatan binatang peliharaan khususnya kemudahan
pemginapan , dandanan serta kebersihan diri. Kawasan Bukit Antarabangsa tidak
mempunyai sebarang pusat binatang peliharaan dan ini memberi peluang besar
kepada Zupies untuk berkembang pesat.
Industri perkhidmatan binatang peliharaan semakin berkembang khusunya di kawasan bandar
kerana lebih ramai memiliki binatang peliharaan. Kempen kesedaran yang dibuat
oleh Persatuan kebajikan haiwan seperti Paws Animal Welfare Society, Persatuan
Kebajikan Haiwan Pulau Pinang, Tempat Perlindungan Haiwan Masyarakat Pulau
Pinang, dan SPCA Selangor menyebarkan kesedaran melalui media sosial dengan
menyiarkan video dan imej kucing sesat dan anjing untuk menggalakkan
pemeliharaan haiwan di rumah. Permintaan bagi produk makanan haiwan peliharaan
dan haiwan kesayangan juga semakin meningkat. Akses mudah dan lokasi stretagik
kedai haiwan peliharaan, juga meningkatkan jualan produk makanan haiwan
peliharaan dan haiwan kesayangan. Penjualan produk jenama antarabangsa seperti
Whiskas, Pedigree, Purina Friskies dan
Heart Smart yang mempunyai portfolio produk yang pelbagai memudahkan strategi
promosi serta mencatat pertumbuhan nilai
jualan runcit yang kukuh dalam penjagaan haiwan kesayangan.
Zupies dijangka akan mendapat keuntungan bersih dalam masa
tiga bulan pertama beroperasi dan jualan
dijangka meningkat pada kadar 15% setahun. Berdasarkan pengalaman yang dimiliki
oleh pemiliknya, Zupies akan menggunakan pelbagai strategi untuk mencapai
sasaran yang ditetapkan serta menjadi penyedia perkhidmatan perniagaan binatang
peliharaan terunggul di Lembah Kelang dalam masa lima tahun akan datang.
Objektif
perniagaan Zupies
Visi
Menjadi peneraju perniagaan binatang peliharaan dengan
sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan melangkaui jangkaan pelanggan
Misi
Menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi, konsisten dan
inovatif, mesra pelanggan serta mampu bayar menyebabkan binatang peliharaan
anda lebih mencintakan kedai Zulaikha Pets Shop
Objektif
1. Berurusan dengan lebih
efisien dan professional terhadap para pelanggan dengan menyediakan
perkhidmatan berkualiti dan mesra pelanggan.
2. Pengendalian segala
urusan perniagaan dengan mematuhi etika
kerja dan penerapan nilai murni di antara syarikat dengan pelanggan.
3. Menerapkan pelbagai jenis
teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang
maksimum serta mencapai matlamat organisasi jangka pendek dan jangka panjang.
4. Sentiasa peka dan
bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku dalam industri agar mutu
perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan sesuai dengan kehendak
pelanggan.
5. Konsisten dalam menangani
masalah pelanggan agar perkhidmatan yang disediakan memberi kepuasan maksimum
kepada pelanggan.
Rancangan perniagaan ini juga disediakan untuk mendapatkan pembiayaan melalui skim pembiayaan perniagaan MARA sebanyak RM40 000 yang akan digunakan untuk pembelian stok tambahan, kelengkapan serta peralatan dan juga sebagai modal pusingan.
Latar
belakang syarikat
Jenis
perniagaan
|
:
Perkhidmatan binatang peliharaan
|
Nama
syarikat
|
: Zulaikha
Pets Shop
|
Nombor
pendaftaran
|
: A12345678
|
Nombor
telefon
|
: 012-2776699
|
Alamat
syarikat
|
: 123,
Jalan Lingkaran Hadapan, Taman Merbau jaya, 53100
|
Tagline
syarikat
|
: Zupies
the Saviour
|
Keluasan
premis perniagaan
|
: 3 000
kaki persegi
|
Jenis
milikan perniagaan
|
: Milikan
Tunggal
|
Pelan
lokasi
|
Latitute:
3.19218101.770252
|
Nama bank
|
Maybank
Berhad Taman Melawati
|
Nombor bank
|
112233445566
|
Tarikh mula
perniagaan
|
7 Januari
2017
|
Latar
belakang pemilik
Nama
pemilik
|
: Zulaikha
binti Zulkifli
|
Nombor kad
pengenalan
|
:
941231-12-3456
|
Alamat
surat menyurat
|
: 123,
Jalan Lingkaran Hadapan, Taman Merbau jaya, 53100
Kuala Lumpur
|
Nombor
telefon
|
:
012-2776699
|
e-mail
|
|
Laman web
|
|
Bentuk
perniagaan
|
: Milikan
tunggal
|
Kegiatan
utama
|
: Penjagaan
dan jualan binatang peliharaan
|
Tarikh
pendaftaran
|
: 1 Julai
2016
|
Modal
permulaan
|
: RM90 000
|
Kelayakan
akademik
|
: Diploma
Pengurusan Perniagaan, OUM Malaysia
Executive Diploma in Pet Grooming
Management, House of
Groomers Malaysia
|
Kursus
dihadiri
|
: General
Practitioner Groomer Course, House of
Groomers Malaysia
|
Pengalaman
|
1. Penyelia di Cuty Pets
Shop di Kelana Jaya Selangor selama 3 tahun
2. Professional Groomer di
Cuty Pet Shop, Kelana Jaya
|
Latar belakang projek
Perniagaan binatang peliharaan berkembang pesat di
Malaysia khususnya di Lembah Klang. Perkembangan ini didorongi oleh kesedaran
pengguna tentang adaptasi binatang peliharaan disebabkan kempen kesedaran yang
dijalankan oleh NGO seperti SPCA. Di samping itu peningkatan taraf hidup dan
keperluan keluarga menggalakkan permintaan terhadap binatang peliharaan. Ia
juga mewujudkan permintaan untuk perkhidmatan penjagaan, penginapan, dandanan
dan kebersihan diri serta keperluan lain seperti makanan binatang peliharaan.
Berikut ialah analisis SWOT untuk Zupies
Kekuatan
·
lokasi perniagaan
strategik
·
pemilik mempunyai kemahiran dan pengalaman
·
pekerja mencukupi
·
kemudahan mencukupi
·
modal mencukupi
|
Kelemahan
·
pekerja kurang pengalaman
·
perniagaan baharu
·
kesukaran mendapat kemudahan kredit pembekal
·
bangunan lama
·
kekurangan tempat letak kereta
|
Peluang
·
kurang persaingan
·
industri mencatat pertumbuhan pesat
·
kuasa beli dan taraf hidup penduduk yang tinggi
·
galakan kerajaan
|
Ancaman
·
potensi peningkatan persaingan
·
kadar lantik henti pekerja yang tinggi dalam industri
·
isu kesihatan dan penyakit baharu
·
keadaan ekonomi tidak stabil
|
Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki oleh pemilik mendorong penubuhan perniagaan
ini. Saya telah lama bercadang untuk memulakan perniagaan sendiri. Saya berasa
ada banyak idea baharu yang boleh dilaksanakan dalam perniagaan ini untuk
menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Di samping itu kursus yang
dihadiri di House of Groomers juga memberi peluang kepada saya untuk mengetahui
strategi perniagaan yang sesuai dan berkesan untuk menjalankan perniagaan
binatang peliharaan dengan cekap dan berkesan. Saya juga mempunyai simpanan
peribadi yang cukup sebagai modal asas permulaan perniagaan kerana saiz
permulaan perniagaan saya ialah berskala kecil.
Berdasarkan dapatan kajian pemasaran yang dibuat oleh
pemilik dan juga berdasarkan laporan kajian pihak luar, perniagaan binatang
peliharaan mempunyai prospek yang sangat baik khususnya di Lembah Klang.
Perniagaan ini juga kurang menghadapi masalah dan tidak terlalu bergantung
kepada keadaan ekonomi berbanding dengan industri lain. Industri ini juga
mengalami pertumbuhan yang baik pada masa ini dan pemilik ingin menggunakan
peluang ini untuk mendapatkan pulangan maksimum daripada pelaburan yang
dilakukan serta mencapai kemajuan dalam perniagaan yang diceburi seperti
mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan baharu dan juga memperkenalkan
produk dan perkhidmatan baharu berkaitan dengan binatag peliharaan mengikut
tren dan keperluan semasa.
Walaupun memulakan perniagaan dengan sendiri adalah
sesuatu yang sukar dan mencabar, saya percaya pengalaman dan kemahiran yang
saya miliki akan membantu saya mengatasi halangan dan cabaran yang mungkin
dihadapi. Sifat keazaman yang tinggi , bijak merebut peluang, kreatif dan
inovatif yang saya miliki akan membantu
saya mengusahakan perniagaan ini dengan cemerlang. Budaya kerja cemerlang yang
saya amalkan semasa bekerja akan diteruskan dan digunakan untuk membimbing
pekerja Zupies agar pelanggan mendapat perkhidmatan cemerlang dan yang terbaik.
Rancangan
organisasi
Rancangan organisasi merupakan aspek utama dalam pengurusan sesebuah perniagaan. Perancangan yang berkesan bermula dengan
penetapan visi , misi dan objektif perniagaan. Berikut ialah visi, misi dan
objektif perniagaan Zupies.
Visi
Menjadi peneraju perniagaan binatang peliharaan dengan
sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan melangkaui jangkaan pelanggan
Misi
Menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi, konsisten dan
inovatif, mesra pelanggan serta mampu bayar menyebabkan binatang peliharaan
anda lebih mencintakan kedai Zulaikha Pets Shop
Objektif
1. Berurusan dengan lebih
efisien dan professional terhadap para pelanggan dengan menyediakan
perkhidmatan berkualiti dan mesra pelanggan.
2. Pengendalian segala
urusan perniagaan dengan mematuhi etika
kerja dan penerapan nilai murni di antara syarikat dengan pelanggan.
3. Menerapkan pelbagai jenis
teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang
maksimum serta mencapai matlamat organisasi jangka pendek dan jangka panjang.
4. Sentiasa peka dan
bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku dalam industri agar mutu
perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan sesuai dengan kehendak
pelanggan.
5. Konsisten dalam menangani
masalah pelanggan agar perkhidmatan yang disediakan memberi kepuasan maksimum
kepada pelanggan.
Perniagaan Zupies mempunyai lima orang pekerja termasuk
pemilik. Zupies akan menggaji dua orang Groomers,
seorang
juruwang yang juga bertindak sebagai kerani kaunter dan seorang pembantu yang
akan menguruskan aktiviti penginapan binatang peliharaan. Rajah di bawah
menunjukkan carta organisasi Zupies.
Carta Organisasi Zupies
Memandangkan saiz perniagaan yang kecil serta
mengurangkan kos operasi, tugas pengarah urusan, pengurusan kewangan, operasi
dan pemasaran dan sumber manusia akan diuruskan oleh pemilik sendiri. Ini merupakan strategi sementara dan pengambilan
pekerja baru yang berkemahiran dan berpengalaman akan dilaksanakan apabila kedudukan kewangan perniagaan yang
kukuh dan juga saiz perniagaan berkembang. Saya percaya dengan pengalaman yang
dimiliki sebagai penyelia dan groomer akan membantu saya menguruskan perniagaan ini dengan cekpa dan berkesan.
Saya juga dapat meguruskan dan membimbing pekerja saya agar mereka dapat
memberi perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan.
Jadual di bawah menunjukkan senarai jawatan, senarai tugas untuk setiap
pekerja dalam perniagaan Zupies.
Senarai jawatan dan tugas
Senarai
Jawatan
|
Senarai
Tugas
|
Pengarah Urusan
|
·
Melaksanakan polisi perniagaan dengan merujuk kepada
visi , misi dan objektif yang telah ditetapkan
·
Membangunkan
dan melaksanakan plan strategic
·
Mempengerusikan
mesyuarat
·
Mengawal hal
ehwal kewangan
·
Mewujudkan
hubungan baik antara pekerja dan pihak pengurusan
|
Pengurus kewangan dan sumber manusia
|
·
Memastikan pengurusan kewangan yang telus dan cekap
·
Menyediakan penyata pendapatan, penyata kewangan dan
aliran tunai
·
Memastikan aliran tunai perniagaan cukup
·
Memastikan rekod kewangan dibuat dengan teratur
·
Menguruskan pengambilan dan pekerja dan
·
Menyediakan program latihan
·
Menguruskan prestasi, pembayaran ganjaran dan kebajikan
pekerja
|
Pengurus operasi dan pemasaran
|
·
Memastikan pengurusan operasi harian berjalan lancar
·
Menetapkan saran kerja dan memastikan sasaran kerja
tercapai
·
Menyediakan jadual tugas dan mengatur pekerja ganti
·
Mengadakan program promosi seperti yang telah dirancang
·
Menguruskan dan mengemaskini laman web perniagaan
|
Groomer
|
·
Memastikan perkhidmatan yang disediakan menepati
kehendak pelanggan
·
Memastikan kualiti perkhidmatan mencapai standard yang
telah ditetapkan
·
Menggunakan kreativiti dan inovasi dalam perkhidmatan
·
Memujuk pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan
tambahan dan produk yang dijual
|
Juruwang
|
·
Merekodkan pesanan pelanggan
·
Menguruskan pelanggan walk in
·
Mengutip dan merekod bayaran
·
Menyalurkan pertanyaan dan kemusyikilan pelanggan
kepada unit yang berkaitan
|
Pembantu am
|
·
Memastikan kawasan operasi bersih dan kemas
·
Memastikan kawasan penginapan binatang peliharaan dalam
keadaan kondusif
·
Menguruskan aktiviti pemberian makanan binatang
mengikut jadual yang ditetapkan
·
Menghubungi pengurus jika ada binatang yang sakit atau
bermasalah
|
Imbuhan (bulanan)
Jawatan
|
Bilangan
|
Gaji bulanan
|
Caruman KWSP
|
Caruman Perkeso
|
Jumlah
|
Pengurus
|
1
|
2 000
|
260
|
34.15
|
2294.15
|
Groomer
|
2
|
1 200 (x2)
|
312
|
40.30
|
2752.30
|
Juruwang
|
1
|
1 200
|
156
|
20.15
|
1376.15
|
Pembantu am
|
1
|
1 200
|
156
|
20.15
|
1376.15
|
Jumlah
|
7799.00
|
Insentif
Jenis elaun
|
Kadar
|
Elaun lebih masa
|
RM10.50 sejam
|
Elaun kehadiran penuh
|
RM100 sebulan
|
Belanjawan pentadbiran
Butiran
|
Aset tetap
|
Bulanan
|
Lain-lain
|
Jumlah (RM)
|
Keperluan aset tetap
|
||||
Komputer
|
1 500
|
1 500
|
||
pencetak
|
400
|
400
|
||
Cash register
|
1 200
|
1 200
|
||
Kabinet besi
|
1 400
|
1 400
|
||
sangkar
|
10 000
|
10 000
|
||
Keperluan modal kerja
|
||||
Gaji,KWSP dan PERKESO
|
7 799
|
7 799
|
||
Sewa kedai
|
9 000
|
9 000
|
||
Utiliti
|
600
|
|||
Deposit utiliti
|
1 000
|
|||
Deposit bangunan
|
18 000
|
18 000
|
||
Pendaftaran & lesen
|
600
|
600
|
||
Insurans kebakaran
|
1 000
|
1 000
|
||
Ubahsuai bangunan
|
26 000
|
26 000
|
||
Pelbagai belanja
|
1 000
|
1 000
|
||
Jumlah
(RM)
|
15 500
|
17 399
|
47 600
|
80 499
|
Strategi
pengurusan
Zupies
akan menggunakan beberapa strategi pengurusan untuk memastikan pengurusan
sumber manusia yang cekap dan berkesan. Antara strategi pengurusan yang akan
dilaksanakan adalah seperti berikut:
·
Penerapan semangat kerja berpasukan di antara para pekerja
·
Mengadakan perjumpaan harian sebelum mula bekerja dan perbincangan
tumpu kepada masalah yang dihadapi, pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan
·
Pembayaran imbuhan dan insentif selaras dengan amalan
industri dan juga selaras dengan mutu kerja
·
Menyediakan program latihan atau kursus yang berkaitan untuk
mempertingkatkan kamahiran dan kepakaran pekerja
·
Memberi nasihat , bimbingan dan motivasi berterusan kepada
semua pekerja
·
Menerapkan budaya dan etika kerja yang cemerlang.
Rancangan pemasaran
Lokasi perniagaan
Zulaikha Pets Shop (Zupies) akan mula beroperasi di no 27, Jalan Wangsa
2, Bukit Antarabangsa yang letak bersebalahan dengan stesyen minyak Petronas,
McDonald dan Pasar raya Giant. Ia merupakan lokasi yang strategik kerana
terdapat klinik, dua buah restoren, stesyen minyak, pasar raya Giant,
cybercafe, kedai komputer dan juga kedai dobi. Oleh itu ia merupakan pusat
bandar bagi penduduk yang tinggal di Bukit Antarabangsa. Kawasan ini merupakan
kawasan yang sibuk dengan orang ramai dari pukul 8 pagi hingga 11 malam.
Sasaran pasaran
Zupies menyasarkan penduduk yang tinggal di Bukit
Antarabangsa yang mempunyai binatang peliharaan dan juga mereka yang ingin
memiliki binatang peliharaan sebagai sasaran utama perkhidmatan perniagaan.
Penduduk Bukit Antarabangsa merupakan golongan berpendapatan sederhana dan
tinggi , terdiri daripada penduduk berbilang kaum tetapi majorinya orang
Melayu. Sebahagian kecil penduduk juga terdiri daripada golongan expatriate. Pelanggan utama Zupies ialah
mereka yang memiliki binatang peliharaan seperti anjing, kucing dan arnab.
Pelanggan ini memerlukan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk binatang
peliharaan mereka seperti tempat penginapan, kebersihan diri dan produk
keperluan binatang. Zupies juga menyasarkan kumpulan bakal pelanggan yang
ingin memiliki binatang peliharaan dan juga mencuba perkhidmatan untuk binatang peliharaan mereka.
Saiz pasaran
Penduduk Bukit Antarabangsa dianggarkan meningkat pada 5%
setahun disebabkan pembukaan lebih banyak kawasan perumahan baharu. Di samping
itu akses mudah melalui lebuhraya DUKE dan
lebuhraya lingkaran tengah menyebabkan peningkatan penduduk dan aktiviti
perniagaan di Bukit Antarabangsa. Disebabkan belum ada kedai binatang
peliharaan di Bukit Antarabangsa, Zupies
akan mempunyai saiz pasaran yang besar pada permulaan perniagaan. Disebabkan
akses mudah ke lokasi Zupies , perniagaan saya juga juga menyasarkan pengguna
dari kawasan persekitaran seperti Ukay
Perdana, Keramat, Ampang , Melawati, Wangsa Melawati dan Wangsa Maju.
Persaingan
Perniagaan binatang peliharaan semakin berkembang di
Malaysia. Permintaan untuk perkhidmatan dan produk berkaitan binatang
peliharaan juga semakin meningkat khususnya di Kuala Lumpur. Ini merupakan
antara sebab utama saya memilih untuk menceburi bidang perniagaan ini. Zupies
ingin mengambil peluang perniagaan ini dengan
memperkenalkan produk baharu dan juga perkhidmatan yang cekap, inovatif,
efisien dengan bayaran yang berpatutan untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Pada masa kini tidak terdapat sebarang pusat perkhidmatan untuk binatang
peliharaan di Bukit Antarabangsa. Terdapat tiga penyedia perkhidmatan di Taman
Melawati yang terletak hampir 6 kilometer daripada lokasi yang dicadangkan oleh
Zupies. Di samping itu, berdasarkan pemerhatian saya, sebahagaian besar
pengguna yang mengunjungi kedai-kedai tersebut terpaksa menunggu lama untuk
mendapatkan perkhidmatan serta masalah tempat letak kereta. Ini merupakan
peluang bagi perniagaan Zupies kerana
lokasi yang dipilih mempunyai banyak ruang letak kereta. Zupies akan
menggunakan pekerja yang berkemahiran untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti
dengan masa menunggu yang paling minimum untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.
Rajah di bawah
menunjukkan
lokasi pesaing – pesaing utama.
Plan
lokasi pesaing utama
Campuran pemasaran
Zupies akan menggunakan campuran pemasaran yang efektif
untuk meningkatkan jualan dan juga kepuasan pelanggan. Strategi campuran
pemasaran terdiri daripada strategi produk, harga, agihan dan promosi.
Strategi produk
Zupies
menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan dengan binatang
peliharaan.
Antara produk yang dicadankan untuk jualan ialah pelbagai
barang makanan untuk binatang peliharaan, penyembur anti kutu, penyembur
rambut, cat Tree, sangkar, bekas
tidur, voyaguer, bekas tandas, dan
sebagainya. Senarai lengkap akan dipaparkan dalam laman web Zupies. Zupies akan
memastikan pelanggan mempunyai banyak pilihan produk , bermutu dan dijual
dengan harga yang berpatutan. Zupies juga akan membantu pelanggan untuk
mendapatkan produk tertentu melalui pesanan atas talian.
Untuk pelanggan yang ingin meninggalkan binatang
kesayangan mereka semasa bercuti, tujuan kecemasan atau tujuan lain, Zupies
menyediakan perkhidmatan penginapan ‘pet
hotel’ bertaraf lima bintang. Setiap binatang peliharaan akan disediakan sangkar
penginapan berasingan . Dengan bayaran tambahan minimum , pelanggan boleh
menggunakan kemudahan webcam yang membolehkan pelanggan memerhatikan gerak geri binatang kesayangan mereka. Saiz
sangkar bergantung kepada saiz binatang dengan bayaran yang berbeza. Binatang
peliharaan juga diberi makanan berkala , dimandikan serta menyediakan keperluan
lain.
Di samping itu, Zupies juga menyediakan perkhidmatan grooming iaitu grooming asas meliputi kuku, telinga, cukur, pembersihan anal gland, mandi, dan blow drying. Grooming lengkap pula
meliputi pengguntingan, klip, kuku, telinga, cukur, pembersihan anal gland, mandi, dan blow drying. Perkhidmatan ini akan
disediakan oleh pekerja profosional mengikut keperluan pelanggan. Zupies akan
menyediakan tempat grooming yang
bersih dan disanitasi dan boleh dilawati oleh pelanggan. Sangkar dan alatan
yang digunakan juga akan diinfekatasi untuk memastikan tiada penyebaran
penyakit atau kutu. Pemilihan produk pembersihan juga bergantung kepada keadaan
kulit dan rambut binatang peliharaan. Semua perkhidmatan ini akan disediakan
dengan harga yang sangat berpatututan dan kompetitif.
Untuk peringkat permulaan Zupies akan menumpukan kepada
dua perkhidmatan utama sahaja iaitu grooming
dan perkhidmatan penginapan.
Perkhidmatan jualan produk akan bermula selepas enam bulan perniagaan
beroperasi ataupun sekiranya modal operasi yang cukup.
Strategi
harga
Zupies akan menetapkan harga berdasarkan harga pesaing dan
disamping itu dapat menampung kos pengeluaran. Jadual di bawah menunjukkan
harga untuk produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Zupies
Harga grooming
Anjing
|
Kucing
|
|||
Saiz
|
Bayaran
(RM)
|
Saiz
|
Bayaran
(RM)
|
|
25-29
cm
|
25
|
20-22
cm
|
15
|
|
30-34
cm
|
29
|
23-25
cm
|
19
|
|
35-39
cm
|
33
|
26-28
cm
|
23
|
|
40-44
cm
|
37
|
29-31
cm
|
27
|
|
45-49
cm
|
41
|
32-34
cm
|
31
|
|
50-54
cm
|
45
|
35-37
cm
|
35
|
|
25-29
cm
|
49
|
38-40
cm
|
39
|
|
30-34
cm
|
53
|
41-45
cm
|
43
|
|
35-39
cm
|
57
|
46-50
cm
|
47
|
|
40-44
cm
|
61
|
51-55
cm
|
51
|
|
45-49
cm
|
65
|
56-65
cm
|
55
|
|
50-54
cm
|
69
|
66-76
cm
|
59
|
|
55-59
cm
|
73
|
|||
60-64
cm
|
77
|
|||
65-69
cm
|
81
|
|||
70-74
cm
|
85
|
|||
75-79
cm
|
89
|
|||
> 80
cm
|
100
|
Harga
penginapan
Anjing
|
Superior suite (kecil dan sederhana): RM30 sehari
Royal
suite (berpasangan / saiz besar): RM40 sehari
|
Kucing
|
Superior suite (kecil dan sederhana): RM30 sehari
Royal
suite (berpasangan / saiz besar): RM40 sehari
|
Bayaran tambahan akan dikenakan untuk perkhidmatan
tambahan seperti penggunaan webcam, pengambilan binatang dari rumah dan
perkhidmatan lain. Bayaran ini bergantung kepada budibicara pihak pengurusan
dan juga atas persetujuan pihak pelanggan. Semua bayaran berbentuk tunai atau
kad kredit.
Strategi promosi
Disebabkan perniagaan ini baru dimulakan dan mempunyai
modal yang terhad, Zupies akan menggunakan kaedah promosi kos efektif seperti
laman web dan juga pengedaran risalah. Zupies juga akan menggunakan papan tanda
yang menarik. Zupies akan menyediakan risalah menarik berkaitan perkhidmatan
Zupies yang akan disisip dalam surat
khabar untuk edaran di Bukit Antarabangsa dan juga dikawasan sekitar. Risalah
ini akan diedarkan sebanyak 3 kali untuk 3 bulan berturut-turut.
Zupies juga akan menyediakan laman web menarik yang
memngandungi pelbagai maklumat produk dan perkhidmatan perniagaan dan juga
forum pelanggan, sudut pertanyaan serta pesanan produk dan perkhidmatan.
Papan tanda yang menarik juga akan disediakan untuk
paparan pengguna dan akan dipasang dua minggu sebelum operasi perniagaan
bermula. Zupies juga akan memasang banner di beberapa lokasi strategic untuk
menyampaikan maklumat tentang perniagaan Zupies.
Belanjawan
Pemasaran
Butir-butir
|
Aset tetap
|
Bulanan
|
Lain-lain
|
jumlah
|
Keperluan aset tetap
|
||||
Papan tanda
|
1 200
|
1 200
|
||
Keperluan modal kerja
|
||||
Banner
|
240
|
|||
Risalah
|
500
|
|||
Pembinaan laman web
|
800
|
|||
Jumlah
|
1 540
|
2 740
|
Ramalan
jualan
Jadual di bawah menunjukkan ramalan jualan untuk 12 bulan
pertama beroperasi. Dijangkakan jualan Zupies akan meningkat kadar 15% pada
tahun pertama beroprasi
Bulan
|
Grooming
|
Penginapan
|
Produk
|
Jumlah
|
Januari
|
5 000
|
5 000
|
-
|
10 000
|
Februari
|
5 750
|
5 750
|
-
|
11 500
|
Mac
|
6 613
|
6 613
|
-
|
13 226
|
April
|
7 603
|
7 603
|
-
|
15 206
|
Mei
|
8 745
|
8 745
|
-
|
17 490
|
Jun
|
10 057
|
10 057
|
3 000
|
23 114
|
Julai
|
11 565
|
11 565
|
3 450
|
26 580
|
Ogos
|
13 300
|
13 300
|
3 968
|
30 568
|
September
|
15 295
|
15 295
|
4 563
|
35 153
|
Oktober
|
17 589
|
17 589
|
5 248
|
40 426
|
November
|
20 228
|
20 228
|
6 035
|
46 491
|
Disember
|
23 362
|
23 362
|
6 940
|
5 3664
|
Jumlah
|
195 107
|
195 107
|
33 204
|
42 3418
|
Ramalan jualan untuk lima tahun pertama beroperasi
Tahun
|
Grooming
|
Penginapan
|
Produk
|
Jumlah
|
2017
|
195 107
|
195 107
|
33 204
|
423 418
|
2018
|
224 373
|
224 373
|
38 185
|
486 937
|
2019
|
258 029
|
258 029
|
43 912
|
559 970
|
2020
|
296 733
|
296 733
|
50 499
|
643 965
|
2021
|
341 243
|
341 243
|
58 074
|
740 560
|
Strategi
Pemasaran
Untuk memastikan program pemsaran berjalan dengan cekap
dan berkesan, Zupies akan mengambil tindakan berikut:
i.
Memastikan segala program pemasaran yang dirancang
dilaksanakan mengikut perancangan.
ii.
Membuat penilaian dan mengambil tindakan ke atas program
pemasaran yang telah dilaksanakan
iii.
Memastikan strategi pemsasaran yang dirancang dilaksanakan
berdasarkan belanjawan yang telah ditetapkan.
Rancangan
organisasi
Perkhidmatan yang dihasilkan
Zupies menyediakan tiga perkhidmatan utama iaitu jualan produk
berkaitan binatang peliharaan, khidmat dandanan dan kebersihan diri dan pusat
penginapan
Proses
pengeluaran
Proses pengeluaran untuk perkhidmatan grooming bermula
dengan mengenalpasti alatan yang diperlukan serta jenis binatang yang
memerlukan grroming. Groomer akan mengenalpasti keperluan alatan dan bahan
setelah memeriksa binatang yang memerlukan grooming.
Selepas proses mengenalpati keperluan alatan dan
penyediaan bahan, proses pengeluaran iaitu pembersihan , guntingan dan kerja
lain akan dilaksanakan. Groomer akan mematuhi standard kualiti yang telah
ditetapkan seperti penggunaan sumber yang optimum, mematuhi prosedur kerja dan
masa yang telah ditetapkan.
Proses terakhir ialah penyerahan binatang setelah kerja
–kerja grooming selesai. Pelanggan diberi peluang untuk memeriksa binatang dan
memastikan perkhidmatan yang disediakan berkualiti dan memenuhi citarasa
pelanggan
Kapasiti
pengeluaran
Perkhidmatan
Grooming
Jenis
perkhidmatan
|
Masa
|
Bilangan
sesi maksimum sehari
|
Grooming
asas
|
10-15 minit
|
30 sesi
seorang pekerja
|
Grooming
lengkap
|
30-40 minit
|
15 sesi
seorang pekerja
|
Perkhidmatan
penginapan
Jenis
binatang
|
Superior
suite
|
Royal suite
|
Anjing
|
30
|
20
|
Kucing
|
60
|
40
|
Keperluan
bahan dan alatan
Keperluan
bahan
Jenis
bahan
|
Kuantiti
diperlukan
|
Kos (RM)
|
Syampu
|
10 ml –
30 ml untuk setiap cucian ikut saiz binatang
|
30 sen
setiap cucian
|
Penyembur
anti kutu
|
1
penyembur untuk setiap 8 binatang
|
RM8
sebotol
|
Air
|
10-30
liter unutk setiap cucian ikut saiz binatang
|
10 sen
setiap cucian
|
Putik
kapas
|
6 unit
untuk setiap binatang
|
10 sen setiap
binatang
|
Sabun
cuci
|
1 botol
sehari
|
RM12
|
Makanan
binatang
|
100-300 gram sehari mengikut saiz binatang
|
RM5 untuk
setiap binatang
|
Alatan
Jenis alatan
|
Kuantiti (set)
|
Kos (RM)
|
Mesin
pemotong rambut
|
2
|
80
|
gunting
|
10
|
60
|
Pemotong
kukuk
|
4
|
40
|
Kabinet kayu
|
2
|
200
|
Sangkar
binatang kecil
|
50
|
1500
|
Sangkar
binatang besar
|
100
|
5 000
|
Bekas air
|
150
|
150
|
Bekas
makanan
|
150
|
300
|
Pili air
|
2
|
100
|
Lain-lain
|
500
|
Anggaran
kos
Perkhidmatan
Grooming
Anjing
|
|
Grroming biasa
|
RM5 hingga RM30 mengikut saiz
bnatang
|
Grroming istimewa
|
RM10 hingga RM60 ikut saiz
binatang
|
Kucing
|
|
Grroming biasa
|
RM3 hingga RM20 mengikut saiz
bnatang
|
Grroming istimewa
|
RM15 hingga RM80 ikut saiz
binatang
|
Perkhidmatan
penginapan
Anjing
|
Kos
|
Superior suite
|
RM10
|
Royal
suite
|
RM15
|
Kucing
|
|
Superior suite
|
RM5
|
Royal
suite
|
RM10
|
Tenaga kerja
Operasi perniagaan dikendalikan oleh , seorang pengurus
kewangan, operasi dan serta seorang pengurus pemasaran dan sumber manusia yang diuruskan
oleh pemilik sendiri. Doi samping itu 2
orang groomer, seorang pembantu am dan seorang juruwang akan terlibat secara
langsung dalam operasi harian perniagaan
Zupies.
1.
Penyediaan
perkhidmatan mematuhi standard kualiti dan prosedur yang telah ditetapkan
2.
Pemantauan
melalui CCTV ,penyeliaan pengurus serta maklumbalas pelanggan digunakan untuk
penambahbaikan kualiti perkhidmatan
3.
Latihan
dan bimbingan berterusan kepada pekerja
serta perjumpaan harian untuk membincang masalah dan isu , cadangan dan
penambahbaikan.
Rancangan kewangan
Kos projek
Di bahagian
ini akan dibincang tentang kos projek termasuk aset, liabiliti perniagaan dan
anggaran
modal kerja
yang diperlukan untuk memastikan perniagaan ini berjalan lancar.
Jumlah Harta (Kos Projek)
Perkara
|
RM
|
Ubahsuai
bangunan
|
26 000
|
Peralatan
|
14 500
|
Deposit
sewa bangunan
|
18 000
|
Deposit utiliti
|
1 000
|
Jumlah
|
59 500
|
Jumlah tanggungan (sumber pembiayaan)
Perkara
|
RM
|
Modal pemilik
|
70 000
|
Pinjaman Mara
|
50 000
|
Jumlah
|
120 000
|
Keperluan modal kerja (anggaran untuk tiga bulan pertama
beroperasi)
Perkara
|
RM
|
Bekalan barangan
Sewa bangunan
utiliti
Imbuhan pekerja
Bayaran ansuran pinjaman
|
1 500
27 000
1 800
23397
3 000
|
Jumlah
|
56 697
|
Penyata kewangan proforma
Di bahagian
ini saya telah menyediakan unjuran penyata aliran tunai dan juga penyata pendapatan
proforma
untuk memberi gambaran kedudukan kewangan perniagaan untuk lima tahun akan
datang.
Unjuran Penyata Aliran Tunai
Kedai
Haiwan Peliharaan Zulaikha Pets Shop
Unjuran
penyata aliran tunai bagi tempoh Januari –Julai 2017
Perkara
|
Januari
|
Februari
|
Mac
|
April
|
Mei
|
Jun
|
Julai
|
Aliran tunai masuk
Baki
tunai awal
Pinjaman
Jualan
Tunai
|
10 000
50 000
10 000
|
51 101
-
11 500
|
43 592
-
13 226
|
37 719
15 206
|
33 726
17 490
|
31 917
23 114
|
34 632
26 580
|
Jumlah aliran tunai masuk
|
70 000
|
62601
|
56 818
|
52 925
|
51 216
|
55 031
|
61 212
|
Aliran tunai keluar
Imbuhan
Belian
Sewa
Utiliti
Ansuran pinjaman
|
7 799
500
9 000
600
1 000
|
7 799
550
9 000
660
1 000
|
7 799
600
9 000
700
1 000
|
7 799
650
9 000
750
1 000
|
7 799
700
9 000
800
1 000
|
7 799
1 750
9 000
850
1 000
|
7 799
2 050
9 000
900
1 000
|
Jumlah aliran tunaI keluar
|
18 899
|
19 009
|
19 099
|
19 199
|
19 299
|
20 399
|
20 749
|
Baki tunai
|
51 101
|
43 592
|
37 719
|
33726
|
31 917
|
34 632
|
40 463
|
Kedai
Haiwan Peliharaan Zulaikha Pets Shop
Penyata
Pendapatan Proforma 2017- 2021
Perkara
|
2017
|
2018
|
2019
|
2020
|
2021
|
Jualan
|
423 418
|
486 937
|
559 970
|
643 965
|
740 560
|
Pendapatan kasar
|
423 418
|
486 937
|
559 970
|
643 965
|
740 560
|
Belanja operasi
|
320 988
|
353 090
|
388 390
|
427 235
|
469 960
|
Pendapatan sebelum belanja dan
faedah
|
102 430
|
133 847
|
171 040
|
216 730
|
270 600
|
Belanja faedah
|
2 000
|
1 800
|
1 500
|
1 000
|
500
|
Pendapatan sebelum cukai
|
100 430
|
132 047
|
169 540
|
215 730
|
270 100
|
Cukai
|
10 000
|
12 000
|
14 000
|
16 000
|
18 000
|
Pendapatan bersih
|
90 430
|
120 047
|
154 540
|
199 730
|
252 100
|
Jadual susut nilai aset tetap
Aset tetap
|
2017
|
2018
|
2019
|
2020
|
2021
|
Komputer
|
150
|
150
|
150
|
150
|
150
|
Pencetak
|
40
|
40
|
40
|
40
|
40
|
Cash register
|
120
|
120
|
120
|
120
|
120
|
Kabinet besi
|
140
|
140
|
140
|
140
|
140
|
sangkar
|
1 000
|
1 000
|
1 000
|
1 000
|
1 000
|
jumlah
|
1 450
|
1 450
|
1 450
|
1 450
|
1 450
|
Kawalan sistem kewangan perniagaan
Untuk memastikan pengurusan kewangan yang teratur dan
telus, pihak pengurusan akan memastikan segala rekod kewangan dalam keadaan
yang teratur dan terkini. Semua bayaran akan dibuat melalui bank dan penyata
bulanan bank akan digunakan sebagai rekod untuk menentukan aliran tunai
perniagaan. Pengurus kewangan akan menyediakan laporan bulanan untuk dibincang
dalam mesyuarat pengurusan bulanan. Tindakan pembetulan akan diambil jika ada
sebarang penyimpangan dalam pengurusan akaun. Akaun perniagaan juga akan
dihantar kepada akauntan bertauliah untuk diaudit.Semua bayaran keluar juga
perlu ditandatangani oleh pengurus kewangan . Juruwang hanya dibenarkan memegang
tunai sebanyak RM100 pada setiap masa. Juruwang juga perlu merekodkan urusan
penerimaan tunai harian dalam buku panjar dan akan disemak oleh pengurus
kewangan sebelum operasi perniagaan tamat pada setiap hari. Penerimaan tunai
akan dimasukkan dalam bank setiap hari. Pegangan tunai minimum akan dibuat
untuk memastikan tiada penyelewengan dan salahguna wang oleh kakitangan
perniagaan.
Kesimpulan
Perniagaan binatang peliharaan mempunyai potensi yang
besar dan mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi. Berdasarkan kajian pemasaran
yang dibuat, Zupies berpendapat perniagaan ini bakal mendapat kejayaan besar.
Ini disebabkan keunikan produk berpusatkan pelanggan seperti kemudahan
penginapan berkualiti dan mewah, perkhidmatan grooming bertaraf antarabangsa dan penyediaan perkhidmatan rumah ke
rumah akan memberi impak besar kepada perniagaan Zupies. Selaras dengan visi Zupies iaitu menjadi
peneraju perniagaan binatang peliharaan dengan sentiasa berusaha menyediakan
perkhidmatan melangkaui jangkaan pelanggan dan misi iaitu menyediakan
perkhidmatan bermutu tinggi, konsisten dan inovatif, mesra pelanggan serta
mampu bayar menyebabkan binatang peliharaan anda lebih mencintakan kedai
Zulaikha Pets Shop, saya berharap perniagaan ini mempunyai potensi yang baik
dan mampu berkembang pada masa akan datang. Dengan kaedah pengurusan modal insan yang
cemerlang, saya berharap tenaga manusia ini akan mmepunyai komitmen yang tinggi
serta bermotivasi dan sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan cemerlang
kepada pelanggan yang merupakan aset utama Zupies. Berdasarkan penyata profroma
yang disediakan berdasarkan unjuran yang tepat dan konsisten , saya berharap
Zupies tidak menghadapi masalah untuk menjelaskan pinjaman MARA.
Lampiran
Cadangan :Tempat penginapan