KERJA KURSUS
PENGAJIAN PERNIAGAAN
STPM 2015
Pengenalan
Kerja kursus Pengajian Perniagaan
(PP) merupakan kertas ke 4 iaitu 946/4 yang wajib dijawab oleh semua calon STPM
2015 yang mengambil mata pelajaran PP.
Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan panjangnya 3 500 patah
perkataan hingga 6 000 patah perkataan berkaitan dengan tajuk yang diberi
berdasarkan format yang telah ditetapkan.
Untuk STPM 2015, pelajar perlu
menjalankan kajian berkaitan dengan campuran pemasaran untuk sebuah
perniagaan.
Proses penyediaan kerja kursus PP STPM 2015
1.
Jadual kerja.
Tarikh
|
Tindakan
pelajar
|
22 Jun hingga
3 Julai 2015
|
Bincang dengan guru PP tentang tajuk kajian, kenalpati perniagaan yang
hendak dikaji, mengenalpasti keperluan seperti penyediaan peralatan, mengenalpasti instrumen kajian, sumber
rujukan serta mendapatkan surat kebenaran sekolah untuk menjalankan kajian
|
6 Julai hingga
21 Sept. 2015
|
Mengumpul maklumat (data primer atau data sekunder) dan menulis laporan mengikut format yang
disediakan. Sentiasa berjumpa dengan guru PP untuk memperbaiki hasil
penulisan. Pelajar juga perlu berlatih untuk membuat pembentangan
|
22 Sept hingga
13 Okt. 2015
|
Pelajar perlu bersedia untuk sesi pembentangan. Pelajar diberi masa 10
hingga 15 minit untuk pembentangan.
|
2.
Kaedah pelaksanaan
Pelajar boleh menghasilkan tugasan
secara individu atau kumpulan. Jika anda memilih kaedah kumpulan, hasil
penulisan mestilah berbeza antara satu sama lain walapun bahan yang digunakan
adalah sama.
3.
Isi kandungan penulisan
Perkara berikut perlu ada dalam penulisan
anda mengikut turutan yang betul.
a. Tajuk, abstrak, dan pengenalan
i.
Tajuk kajian ialah pernyataan
tentang apa yang dikaji. Dalam tajuk kajian , pastikan anda sebut apa yang
dikaji dan perniagaan yang dikaji. Misalnya “Kajian tentang Strategi Campuran
Pemasaran Air Asia Berhad”
ii. Dibahagian pengenalan pula,
pelajar sebut semula apa yang dikaji.
Misalnya Kajian ini bertujuan untuk
mendapatkan maklumat dan pemahaman mengenai strategi campuran pemasaran yang
digunakan oleh Air Asia Berhad.
iii.
Abstrak ialah ringkasan
tentang kajian yang dibuat oleh pelajar. Contohnya "Kajian ini
adalah untuk mendapatkan informasi dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai
strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh ………………………………………………… Pelbagai jenis
kaedah kajian seperti temu bual, soal selidik, pemerhatian, kajian perpustakaan
dan bahan sumber internet digunakan untuk menjawab objektif kajian yang
dijalankan ini. Hasil kajian yang didapati menunjukkan …………………………………………………………………………."
b. Objektif kajian.
i.
Objektif kajian ialah apa yang
ingin dikaji oleh pelajar. Oleh itu objektif kajian mesti dinyatakan secara
spesifik dan jelas. Guna kata tugas
seperti mengenalpasti, menjelaskan, menyatakan. Boleh juga dibuat dalam bentuk
soalan: Apakah strategi harga yang digunakan dalam pemasaran Air Asia Berhad?
ii.
Elak penggunaan kata tugas
seperti memahami dan melihat.
iii.
Misalnya, bagi Tajuk kajian di
atas objektif kajian ialah “mengenalpasti strategi produk yang digunakan dalam
pemasaran Air Asia Berhad”. Objektif yang kurang jelas seperti “ menjelaskan
produk Air Asia Berhad” perlu dielakkan.
c. Latar belakang atau lokasi
kajian
i. Pelajar perlu menjelaskan
latar belakang tentang perniagaan yang dikaji. Misalnya kajian tentang Air Asia
Berhad boleh perlu merangkumi maklumat seperti
latar belakang syarikat, lokasi , kedudukan kewangan, sejarah penubuhan,
dan pengiktirafan. Elak bincang perkara
yang tidak berkaitan dengan pokok kajian. Contohnya perkara berkaitan kapal terbang Air Asia terhempas.
d. Kaedah kajian
d. Kaedah kajian
i. Kaedah kajian merupakan langkah atau prosedur bagi mencapai
segala objektif kajian yang telah ditetapkan.
ii.. Kaedah kajian yang sesuai sangat penting untuk mengumpul
data. Pemilihan kaedah kajian bergantung kepada jenis data. Secara amnya,
terdapat dua kategori data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer
merupakan data-data yang diperolehi secara langsung daripada situasi
yang sebenar. Antara teknik yang selalu digunakan untuk mendapatkan data
primer adalah seperti menggunakan kaedah soal selidik, temubual, dan
pemerhatian.
iii. Data sekunder pula merupakan maklumat-maklumat daripada bahan
sedia ada dan boleh diperolehi melalui rujukan perpustakaan. Data sekunder
melibatkan kajian-kajian teks, dokumen, kertas kerja, media massa, dan
sebagainya.
Data Primer
|
Data sekunder
|
Soalselidik
Temubual
Pemerhatian
|
Kajian
perpustakaan
Bahan
sumber internet
Laporan
tahunan
|
iv. Pelajar juga perlu memberi justifikasi mengapa sesuatu kaedah
dipilih. Contohnya, data seknnder seperti laporan tahunan Air Asia digunakan kerana data yang dipeorleh ialah sahih dan juga mudah didapati.
e. Dapatan kajian dan perbincangan
e. Dapatan kajian dan perbincangan
i. Pelajar perlu memastikan
bahawa dapatan kajian dapat menjawab objektif kajian. Sentiasa ingat tentang
obhektif kajian semasa menulis dapatan kajian.
ii. Pelajar hanya boleh memilih
satu jenis perniagaan sahaja.
iii. Pelajar perlu memastikan, dapatan kajian merangkumi semua campuran pemasaran iaitu 4P atau produk, harga, agihan dan promosi.
iii. Pelajar perlu memastikan, dapatan kajian merangkumi semua campuran pemasaran iaitu 4P atau produk, harga, agihan dan promosi.
iv. Dapatan kajian yang baik ialah kajian yang menunjukkan pelajar dapat
menganalsis setiap isu kajian secara terperinci, beri justifikasi tentang pemilihan campuran
pemasaran, menjelaskan impak kepada perniagaan, keberkesanan strategi campuran
pemasaran yang digunakan.
v. Sekiranya pelajar sekadar bincang campuran pemasaran yang digunakan ia dianggap sebagai hasil penulisan yang lemah. Cuba melihat secara mendalam strategi campuran pemasaran yang digunakan. Analisis data yang diperoleh secara kritikal agar anda dapat menganalsis setiap isu kajian secara terperinci, beri justifikasi tentang pemilihan campuran pemasaran, menjelaskan impak kepada perniagaan, keberkesanan strategi campuran pemasaran yang digunakan.
vi. Pelajar juga perlu mempersembahkan hasil kajian dalam bentuk grafik yang menarik seperti rajah , jadual atau graf Objektif penggunaan carta dan jadual ialah memudahkan pembaca memahami hasil kjaian anda.
f.
Penutup
i. Dibahagian ini , pelajar perlu
mmberi kesimpulan tentang kajian yang telah dijalankan.
ii. Pelajar juga perlu menyatakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan kajian yang dijalankan.
iii. Contohnya
“
Setelah menjayakan kajian ini dengan keseluruhannya, saya mendapati bahawa………………………………….
(hasil kajian secara ringkas). Jika diberi peluang, kajian saya seterusnya ialah membuat perbandingan antara
strategi harga Ais Asia Berhad dengan syarikat penerbangan lain seperti
Malaysian Airlines. Saya juga ingin mengkaji kesan strategi campuran pemasaran
yang digunakan oleh syarikat ini ke atas budaya kerja di Air Asia Berhad.”
g.
Senarai rujukan
Pelajar perlu memastikan , setiap rujukan yang dinyatakan
dalam hasil penulisan perlu dinyatakan
di dalam senarai rujukan. Gunakan kaedah yang betul untuk menulis
rujukan.
Contohnya:
Abu Bakar Hamed, 1998. Asas
Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia,
Sintok Malaysia
Air Asia Berhad, Laporan Tahunan 2013. Diperolehi
pada 20 Julai 2015 daripada Laman Web: www.airasia.com/docs/common- docs/.../annual-report-2013.pdf
|
Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah Penyelidikan , McGraw-Hill Shah Alam
Izham Ibrahim, 2004. Konsep Asas Penyelidikan dan Statistik dalam Praktis Kesihatan.
Universiti Sains Malaysia- Pulau Pinang.
Kotler, P. , & Keller K., L., 2009. marketing Management. Upper Saddle River. N.J. Pearson Prentice Hall. |
Sabri Hj. Hussin, 2005. Pengurusan Perniagaan, Cengage Learning Asia Pte Ltd:
Singapore
|
h. Lampiran
Pelajar perlu memasukkan lampiran yang releven sahaj yang disusun dengan kemas dan teratur.
|
4. Persembahan
- Pelajar digalakkan menggunakan computer untuk menghasilkan penulisan yang lebih kemas dan teratur. Proses pengeditan juga dapat dibuat dengan cepat dan mudah.
- Gunakan saiz kertas: A4 putih
- Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
- Tulisan yang dibenarkan ialah Times New Roman (font 12)
- Langkau (spacing): 1.5
- Pelajar juga perlu menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan tekal.
|
Sentiasa berbincang dengan guru PP
anda untuk menghasilkan penulisan yang baik. Dengan bimbinhgan guru dan usaha
anda, tidak mustahil untuk menghasilkan satu hasil penulisan yang cemerlang untuk mendapatkan
markah yang tinggi.
Dalam penulisan berikutnya, cikgu
akan bincang setiap aspek dengan lebih detail.
GOOD LUCK