KFC Malaysia
KFC Malaysia
diuruskan oleh QSR Brands Berhad , sebuah syarikat milik Jcorps. Restoren KFC
yang pertama di buka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan sehingga
tahun 2013 terdapat 579 cawangan KFC di
seluruh Malaysia. Restoren KFC menyediakan pelbagai jenis makanan segera
seperti ayam goreng, nugget, burger dan mencatat prestasi yang membanggakan
dalam indsutri restoren makanan segera di Malaysia. Cawangan KFC meliputi tiga
jenis iaitu restoran pandu lalu, restoren di pusat membeli belah dan restoren
sahaja.
Walaupun
produk KFC ditujukan kepada masyarakat umum, ia berjaya membahagikan pasaran
mengikut segmen tertentu. Produk KFC ditujukan kepada kanak-kanak, remaja
dan keluarga. Contohnya, menu chicky
meal disediakan istimewa untuk kanak-kanak. iklan KFC di media massa sering memaparkan
restoran KFC sebagai restoran makanan segera-untuk-keluarga, dengan konsep
ceria dan menyeronokkan. Semua restoren KFC letak di pinggir bandar dan juga
pusat bandar. Sebahagian besar pelanggan KFC terdiri daripada kelas menengah
dan atasan yang mementingkan kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.
Untuk
memastikan kedudukannya sebagai pemimpin pasaran makanan segera, KFC Malaysia
sentiasa memperkenalkan produk baru seperti Pokkits, ayam goreng sos istimewa
korea dan ayam golden wrap. Di samping membuka restoren di seluruh Malaysia,
KFC juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah yang diperkenalkan
sejak tahun 2013 sebagai strategi untuk menarik lebih ramai pelanggan. Harga
produk KFC adalah sangat kompetitif dan produknya mampu dibeli oleh semua
lapisan masyarakat.Harga berbeza mengikut lokasi restoren. KFC Malaysia memperuntukkan
hampir RM100 juta untuk perbelanjaan promosi seperti pengiklanan dalam media
cetak dan media elektronik, promosi melalui laman web iaitu kfc.com.my ,
penajaan program televisyen untuk kanak-kanak dan juga pemberian baucer
Sebagai
peneraju industri makanan segera di Malaysia, restoren KFC Malaysia sememangnya
menghadapi persaingan sengit daripada firma lain seperti Marry Brown, Kenny
Rogers dan sebagainya. Memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama
Islam, setiap aspek proses pembuatan makanan restoren KFC mengikut kawalan
ketat dan menerima sijil halal hanya diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) dan dengan tegas mematuhi MS1500: 2009. Peningkatan pendapatan isirumah
di Malaysia khususnya di luar bandar telah mendorong KFC Malaysia membuka lebih
banyak cawangan dan kini terdapat 40 restoren KFC di Sarawak dan 40 restoren
KFC di Sabah.Di samping itu kenaikan
harga bahan api serta kenaikan tarif elektrik ekoran program rasionalisasi
subsidi kerajaan memberi kesan kepada kenaikan kos operasi yang memang dirasai
khususnya kesan rantaian.
(disesuaikan daripada rencana di akhbar Sinar Harian, Utusan Malaysia dan lamanweb www.kfc.com.my)
Berdasarkan
kes di atas, jawab soalan berikut:
1.
Jelaskan asas segmentasi pasaran yang digunakan oleh restoren KFC
Malaysia. (12)
a.
Demografi. Membahagikan
pasaran berdasarkan ciri-ciri
penduduk seperti umur, jantina,
pendapatan, pekerjaan, pendidikan, bangsa, dan warga negara. Contoh daripada kes: Produk KFC ditujukan kepada kanak-kanak, remaja
dan keluarga. Contohnya, menu chicky
meal disediakan istimewa untuk kanak-
b.
Psikografi. Membahagikan pasaran mengikut ciri-ciri pengguna berdasarkan
kelas sosial, personaliti, minat dan gaya hidup.Contoh daripada kes: Sebahagian besar pelanggan KFC terdiri daripada
kelas menengah dan atasan yang mementingkan kebersihan, keselesaan dan kualiti
produk.
c.
Geografi. Membahagikan pasaran berdasarkan lokasi seperti Negara,
negeri, daerah dan bandar. Contoh daripada kes: Semua restoren KFC letak di pinggir bandar dan juga
pusat bandar
2.
Huraikan faktor persekitaran umum yang mempengaruhi aktiviti perniagaan
restoren KFC di Malaysia (16)
a.
Persekitaran ekonomi iaitu merujuk kepada sistem ekonomi, keadaan
ekonomi dan kuasa beli pengguna dalam sesebuah negara di mana perniagaan
dijalankan.Kaitan dengan kes: Peningkatan pendapatan isirumah di Malaysia khususnya
di luar bandar telah mendorong KFC Malaysia membuka lebih banyak cawangan dan
kini terdapat 40 restoren KFC di Sarawak dan 40 restoren KFC di Sabah
b.
Persekitaran sosiobudaya iaitu merujuk kepada kepercayaan agama, budaya,
adapt resam dan cita rasa penduduk sesebuah negara.Kaitan dengan kes: Memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama
Islam, setiap aspek proses pembuatan makanan restoren KFC mengikut kawalan
ketat dan menerima sijil halal hanya diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim)
c.
Persekitaran politik dan perundangan iaitu merujuk kefahaman politik,
peraturan, undang-undang dan dasar yang digunakan oleh sesebuah negara.Kaitan dengan kes: kenaikan harga bahan api serta kenaikan tarif
elektrik ekoran program rasionalisasi subsidi kerajaan memberi kesan kepada
kenaikan kos operasi yang memang dirasai khususnya kesan rantaian.
d.
Persekitaran persaingan dan jaringan iaitu keadaan industri diman a firma
lain yang menyediakan perkhidmatan atau keluarkan produk yang sama serta struktur
pasaran yang wujud. Kaitan dengan kes: Restoren KFC Malaysia sememangnya menghadapi persaingan
sengit daripada firma lain seperti Marry Brown, Kenny Rogers dan sebagainya
3.
Huraikan campuran pemasaran yang telah digunakan oleh restoren KFC
Malaysia (12)
a.
Produk iaitu barang, perkhidmatan , idea yang ditawarkan oleh penjual
kepada bakal pembeli untuk perhatian, milikan atau kegunaan untuk memuaskan
kehendak dan keperluan pembeli.Kaitan dengan kes: KFC Malaysia sentiasa memperkenalkan produk baru
seperti Pokkits, ayam goreng sos istimewa korea dan ayam golden wrap
b.
Agihan: Proses memindahkan dari pusat pengeluaran kepada pengguna di
lokasi dan masa yang dikehendaki mereka.Kaitan dengan kes: Di samping membuka restoren di seluruh Malaysia, KFC
juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah yang diperkenalkan
sejak tahun 2013 sebagai strategi untuk menarik lebih ramai pelanggan
c.
Harga iaitu jumlah wang yang dikenakan untuk pemilikan atau penggunaan
sesuatu produk atau nilai wang yang dibayar oleh pelanggan untuk mendapatkan
sesuatu produk.Kaitan dengan kes: Harga produk KFC adalah sangat kompetitif dan produknya
mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.Harga berbeza mengikut lokasi
restoren.
d.
Promosi iaitu komunikasi pemasaran yg dilakukan oleh pemasar untuk
berkomunkasi dengan sasaran pengguna untuk memaklumkan dan mempengaruhi mereka
untuk membeli produk pemasar Kaitan dengan kes: KFC Malaysia memperuntukkan hampir
RM100 juta untuk perbelanjaan promosi seperti pengiklanan dalam media cetak dan
media elektronik, promosi melalui laman web iaitu kfc.com.my , penajaan program
televisyen untuk kanak-kanak dan juga
pemberian baucer