Monday, September 26, 2016

Pahatan Minda Pengajian Perniagaan Penggal 1: Bab 1: Perniagaan dan persekitaran

PAHATAN MINDA 2016 PENGGAL 1
BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

1.    Untuk PP penggal satu, penghafalan fakta merupakan perkara penting yang perlu dibuat oleh semua pelajar.
2.    Sebelum menghafal fakta untuk topik tertentu,  baca dan memahami huraian untuk setiap fakta.  
3.    Jangan menghafal huraian. Huraian yang akan ditulis oleh anda berdasarkan pemahaman anda tentang fakta atau konsep yang telah dipelajari. Huraian juga bergantung kepada situasi atau kes atau contoh yang berkaitan dengan soalan.           
4.    Pelajar yang telah menghafal fakta akan mempunyai keyakinan yang tinggi dan mampu menjawab soalan PP khususnya esei pendek dan esei panjang  dengan lebih baik.

 Bahagian 1

Hafal konsep di bawah. Setelah menhfal uji diri anda dengan bantuan rakan sebelah atau secara perseorangan. Jika berjaya menghafal tandakan (/) di U1 dan ulang kali kedua di U2.

Setelah berjaya menghafal semua fakta, kini cuba jawab soalan di bawah. Soalan di bawah berkaitan dengan fakta dalam jadual di bawah.

Good luck dan semoga berjaya.

Konsep
U1
U2
1.     Perniagaan ialah
·         jual beli barang dan perkhidmatan
·         memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
·         mendapatkan keuntungan


2.     Empat aspek perbezaan perniagaan dan bukan perniagaan
·         Sumber kewangan
·         Motif
·         Perundangan
·         Aktiviti


3.     Lima peranan untung ialah
·         Modal
·         Ganjaran kpd usahawan
·         Prestasi perniagaan
·         Imej perniagaan
·         Keyakinan pelabur


4.     Lima peranan perniagaan kepada pengguna ialah
·         keperluan +kehendak
·         pilihan
·         taraf hidup
·         barangan cukup .
·         harga berpatutan


5.     Lima peranan perniagaan kepada ekonomi ialah
·         mengurangkan kadar pengangguran.
·         Meningkatkan pendapatan kerajaan
·         Membangungkan industri huluan dan hiliran.
·         Meningkatkan kemudahan awam.
·         Mewujudkan penempatan baru.


6.     Lima peranan perniagaan kepada negara ialah
·         Meningkatkan pendapatan negara
·         Mengurangkan kadar pengangguran.
·         Mewujudkan peluang perniagaan
·         Mengurangkan aliran wang keluar negara
·         Membangunkan modal insan


7.     Lima peranan perniagaan kepada masyarakat  ialah
·         keperluan + kehendak
·         peluang pekerjaan
·         peluang perniagaan
·         tanggungjawab sosial
·         produk berkualiti harga berpatutan


8.     lima factor pengeluaran ialah
·         bahan mentah
·         modal
·         modal insan
·         teknologi
·         keusahawanan


9.     Lima elemen proses perniagaan ialah
·         input,
·         proses tambah nilai
·         output
·         pemasaran
·         untung/rugi


10.   Lima cabaran perniagaan ialah
·         Globalisasi/Dunia tanpa sempadan
·         Peningkatan Kemajuan Teknologi
·         Peningkatan tanggungjawab social: 
·         Peningkatan sistem perniagaan islam
·         Kewujudan blok-blok perdagangan
·         Sumber semakin berkurangan
·         Perubahan struktur demografi


Soalan
Klinik Mata Wong dan Zalina

Persatuan 1 Malaysia Wangsa Maju
1.        Jelaskan empat perbezaan antara kedua-dua entiti di atas. (8)
2.        Jelaskan empat kepentingan untung kepada sebuah pasar raya. [4]
3.        Terangkan tiga peranan sebuah perniagaan kepada pengguna[6]
4.        Terangkan tiga kepentingan perniagaan perabot kepada masyarakat [6]
5.        Terangkan tiga peranan perniagaan otomobil kepada ekonomi negara [6]
6.        Jelaskan lima factor pengeluaran yang terlibat dalam industri makanan. [5 ]
7.        Jelaskan lima tahap dalam proses perniagaan basikal. [5]
8.        Jelaskan lima cabaran untuk perniagaan pakaian. [5]
9.        Soalan kajian kes
Lazatlah Beverage Berhad (LBB)

LBB merupakan pengeluar pelbagai jenis minuman ringan untuk pasaran Malaysia. Pemiliknya ialah Tan Sri Aflah dan Datuk Azeem. Antara jenama popular ialah Popsila, Cokla, Manla dan Ladyla. Produk LBB dijual melalui saluran peruncit di seluruh negara. Syarikat Dalila Berhad telah dilantik sebagai wakil pengedar produk LBB di seluruh negara. Minuman Ladyla merupakan minuman jambu merah yang menggunakan jambu merah tempatan yang diperoleh daripada petani –petani di Hulu Terengganu. Kesemua produk syarikat ini dihasilkan di kilang LBB di Setiu, Terengganu melibatkan 3 000 orang pekerja. Untung bersih LBB pada tahun 2015 ialah RM600 juta setelah ditolak cukai pendapatan sebanyak RM300 juta. LBB akan membelanjakan dana sebanyak RM600 juta untuk membina sebuah kilang baru LBB akan mula beroperasi di Bandar Baru Setapak di  Jerantut, Pahang. Kilang baru ini menggunakan kaedah pengluaran mesra alam dengan menggunakan mesin yang diimport dari negara Taiwan. Kilang ini juga dijangka menggaji 2 000 orang pekerja  tempatan. Disebabkan impak besar syarikat ini kepada ekonomi negeri Pahang, kerajaan negeri telah bersetuju untuk membina jalanraya baru dari Bandar Baru Setapak ke bandar Jerantut dan juga laluan khas ke Stesyen keretapi Jerantut. Kawasan ini juga dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi serta bekalan air bersih yang merupakan keperluan utama LBB.

LBB menghadapi persaingan sengit daripada produk syarikat MNC yang beroperasi di Malaysia. Bekalan buah jambu yang tidak menenrtu disebabkan factor cuaca juga memberi kesan kepada pengeluaran LBB. Syarikat telah berjaya menandatangani kontrak bekalan buah jambu daripada  India kerana harganya lebih murah berbanding negara jiran seperti Thailand dan Vietnam. Kerajaan mengenakan cukai tinggi kepada import buah jambu kerana negara India bukan merupakan anggota kesatuan ASEAN. LBB juga merupakan wakil pengedar untuk minuman ringan Lembulah dari Australia tetapi menghadapi masalah untuk menguasai pasaran tempatan disebabkan kegagalan syarikat mendapat pengiktirafan sijil Halal dari JAKIM.

a.        Jelaskan peranan LBB kepada ekonomi negara
b.        Jelaskan factor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran LBB
c.        Jelaskan cabaran perniagaan LBB





Tuesday, September 20, 2016

Ramalan esei panjang Pengajian Perniagaan STPM Penggal 1

- Semua soalan di bawah memerlukan fakta , huraian dan contoh.
- Jika ada situasi, kaitkan dengan situasi yang diberikan

Bab 1: Perniagaan dan persekitaran

1.     Huraikan peranan perniagaan kepada
            a.     Pengguna
           b.    Masyarakat
           c.     Negara
2.     Huraikan lima cabaran yang dihadapi oleh industri makanan Malaysia pada masa kini.
3.     Huraikan proses perniagaan sebuah kilang televisyen
4.     Huraikan lima persekitaran umum yang mempengaruhi industry perabot Malaysia
5.     Huraikan kepentingan persekitaran tugas kepada sebuah kolej swasta.
6.     Huraikan tanggungjawab sebuah hospital swasta kepada persekitaran tugasnya.
7.     Huraikan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran di Malaysia
8.     Huraikan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan di Malaysia
9.     Huraikan proses penubuhan sebuah koperasi
10.  Huraikan peranan sector swasta dan sector awam dalam perkembangan perniagaan
11.  Loya Bakeri  merupakan sebuah perniagaan yang sedang berkembang pesat. Pn Loya sedang menghadapi masalah untuk mengekalkan perniagaannya sebagai milikan tunggal. Dia bercadang untuk membuka beberapa cawangannya. Beliau sedang memikirkan untuk menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad tetapi tidak pasti akan keberkesananya.
Anda dikehandaki
  1. Jelaskan kelemehan-kelemahan milikan tunggal yang mungkin dihadapi oleh Pn Loya
b.    Berikan nasihat anda kepada Pn Loya tentang cadangan beliau untuk menubuhkan syarikat sendirian berhad bagi mengendalikan bakerinya.

Bab 2: Pengeluaran

1.     Huraikan lima cabaran yang dihadapi oleh seorang pengurus pengeluaran kilang buku.
2.     Huraikan empat jenis pengeluaran 
3. Huraikan jenus susun atur pengeluaran
3.     Huraikan lima jenis alat kawalan kualiti yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat penerbitan buku.
4.     Huraikan pendekatan kawalan kualiti yang boleh digunakan oleh sebuah perniagaan pengeluaran minuman ringan
5.     Huraikan lima factor yang mempengaruhi pemilihan lokasi sebuah hotel

Bab 3: Pemasaran
1.     Huraikan proses pembelian barang pengguna. 
2.   Huraikan lima pendekatan pemasaran
2.     Huraikan pembelian barang industri
3.     Huraikan proses pembelian barang baru oleh pengguna
4.     Huraikan proses pemasaran
5.     Huraikan empat strategi pertumbuhan pasaran
6.     Huraikan lima factor yang mmepengaruhi gelagat pengguna
7.     Huraikan empat asas pemetakan pasaran yang boleh digunakan oleh pemasar
8.     Huraikan empat jenis pendekatan pemasaran
9.     Huraikan strategi perletakan harga yang boleh digunakan oleh sebuah perniagaan makanan ringan
10.  Huraikan kitaran hayat produk
11.  Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga
12.  Huraikan tiga pendekatan penentuan harga secara umum
13.    Huraikan penentuan harga produk baru
14.    Huraikan enam strategi penyelarasan harga
15.  Huraikan campuran promosi yang boleh digunakan oleh pemasar
16. Huraikan empat strategi penyasaran pasaran
17. Huraikan lima strategi perletakan pasaran


Bab 4: Kewangan
1.     Pentafsiran penyata kewangan sesebuah syarikat, perbandingan dengan industri
2.     Penyediaan bajet dan cara menguruskan lebihan/ kurangan tunai
3.     Huraikan lima pihak berkepntingan terhadap penyata kewangan sesebuah perniagaan
4.     Huraikan jenis sumber dana mengikut jangka masa panjang
5.     Huraikan jenis sumber dana mengikut jangka masa pendek
6.     Huraikan empat prinsip takaful
7.     Huraikan empat prinsip insurans

  
Bab 5: sumber manusia
1.     Huraikan proses pengambilan sumber manusia oleh sesebuah syarikat.
2.     Huraikan bentuk ganjaran yang boleh dibayar oleh sesebuah syarikat.
3.     Terangkan cabaran pengurusan sumber manusia
4.     Huraikan proses perancangan sumber manusia
5.     Huraikan kaedah menentukan keperluan sumber manusia
6.     Huraikan faktor-faktor penentuan keperluan sumber manusia
7.     Huraikan proses pengambilan
8.     Bincangkan tiga jenis program latihan  yang boleh dilaksanakan oleh sebuah bank.
9.     Jelaskan
            a.     maksud penilaian prestasi 
            b.    kepentingan penilaian prestasi kepada sesebuah organisasi
10. Huraikan kaedah-kaedah penilaian prestasi
11. Terangkan  ciri-ciri penilaian prestasi yang berkesan
12. Terangkan  masalah dalam penilaian prestasi
13. Huraikan penentu pampasan sesebuah organisasi
14. Huraikan proses tindakan disiplin yang boleh digunakan oleh sesebuah organisasi
15. Huraikan masalah dalam tindakan disiplin
16. Huraikan proses tindakan disiplin disiplin.
17. Huraikan skim kemudahan penamatan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh sesebuah organisasi.