Sunday, April 24, 2016

Teknik menjawab Pengajian Perniagaan Penggal Dua Pengurusan

Teknik menjawab soalan esei panjang

  • Soalan ini membawa 20 markah. 
  • Jawapan anda perlu ada 1 fakta, 2 huraian dan 1 contoh


Contoh

Huraikan proses pembentukan pasukan (20)

Proses pembentukan pasukan adalah:

(l) Pembentukan (F)
Peringkat ini merupakan pengenalan dan kemasukan individu dalam kumpulan. (H1) Ia bermula dengan proses orientasi dan berusaha untuk menyesuaikan diri. (H2)Contohnya, ahli-ahli dalam pasukan jualan minuman ringan tidak kenal antara satu sama lain dan  kurang jelas tentang matlamat pasukan jualan. (C)

(ii) Peributan(F)
Di peringkat ini timbul konflik untuk menentukan ketua pasukan dan  peranan ahli pasukan. (H1) Ia melibatkan percanggahan pendapat dan ada ahli bersifat emosional. (H2 ) Contohnya, ahli-ahli  dalam pasukan jualan membuat kempen untuk menjadi ketua dan berusaha meunjukkan diri mereka lebih baik daripada yang lain. (C)

(iii) Penyesuaian(F)
Diperingkat hubungan lebih erat antara ahli kerana mereka kenal antara satu sama lain. (H1) Wujud kerjasama erat antara ahli dan memahmi peranan dan tanggungjawab masing-masing. (H2) Contohnya ahli-ahli dalam pasukan jualan minuman ringan telah memahami tugas masing-masing dalam mencapai matlamat bagi meningkatkan jualan minuman ringan. (C)

(iv) Pelaksanaan(F)
Di peringkat ini pasukan mula bertindak sebagai satu unit dan saling menyokong antara satu sama lain. (H1). Setiap ahli tahu peranan mereka dan fokus kepada tugas yang diberikan.(H2)Contohnya, ahli-ahli pasukan jualan buku menjalankan tugas masing –masing seperti mendapatkan maklumat pembeli, memberi penerangan produk serta menyusun strategi untuk jualan produk (C)

(v) Pembubaran(F)

Pembubaran berlaku apabila sesuatu tugas telah diselesaikan iaitu pasukan mencapai matlamat yang telah ditetapkan (H1) Walaupun penubuhan pasukan bersifat sementara, ada ahli yang mungkin berasa sedih dan emosional kerana terpaksan berpisah.(H2) Contohnya pasukan jualan minuman ringan dibubarkan apabila matlamat untuk meningkatkan jualan minuman ringan tercapai. (C)

Monday, April 18, 2016

Teknik Menjawab Kajian Kes dalam Pengajian Perniagaan Penggal Dua

 kes merupakan soalan wajib dijawab dalam kertas Pengajian Perniagan dan lazimnya pelajar menghadapi masalah untuk menjawab soalan ini. Cikgu ingin membincang beberapa kaedah yang mungkin membantu anda untuk menjawab soalan ini dengan lebih baik.

Kajian kes merupakan satu kaedah pembelajaran di mana menggunakan senario yang melibatkan seseorang individu atau sesebuah organisasi yang mengampilkasikan prinsip , konsep dan teori yang dipelajari dalam sukatan pelajaran. Ia melibatkan aras pemikiran yang tinggi di mana pelajar perlu berupaya menghubungkaitkan apa yang dipelajari dalam kelas dengan apa yang dinyatakan dalam kes.

Di samping itu, ia juga memerlukan pelajar  mengenalpasti strategi, kaedah atau cara yang digunakan oleh pelaku atau organisasi untuk menangani isu atau masalah yang dihadapi. 

Jawapan pelajar perlu mengambilkira satu isu penting iaitu adakah ia melibatkan 
a. Fakta khusus 
b. Fakta kes 

Fakta khusus 
apa yang ada dalam sukatan pelajaran


Contohnya
Bab 6: Pengurusan
  1. fungsi pengurusan merangkumi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan;
  2. peranan pengurus dalam sesebuah organisasi mengikut Teori Mintzberg, iaitu antara-perorangan (interpersonal), peranan bermaklumat (informational), dan pembuatan keputusan (decision making);
  3. tiga peringkat pengurusan iaitu peringkat bawahan, peringkat pertengahan, dan peringkat atasan
  4. jenis kemahiran pengurusan iaitu  konseptual, antara-perorangan/ kemanusiaan, teknikal,  pengurusan masa, dan pembuatan keputusan
  5. proses perancangan yang meliputi menentukan matlamat dan objektif, menganalisis persekitaran perniagaan, membentuk alternatif tindakan, menilai alternatif, dan memilih alternatif tindakan
  6. jenis-jenis kuasa pemimpin iaitu  kuasa sah, kuasa ganjaran, kuasa desakan, kuasa rujukan, dan kuasa kepakaran
  7. jenis-jenis kepimpinan iaitu  transactional, transformational, karismatik, dan berwawasan (visionary);
  8. gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire, dan kontingensi 

Sekiranya kes melibatkan fakta khusus pelajar perlu berhati-hati kerana kegagalan anda memberikan fakta yang betul dengan ejaan yang tepat akan menjejaskan markah anda.


Fakta kes
  1. Masalah /isu yang dihadapi oleh pelaku/ organisasi 
  2. Langkah/ tindakan/ kaedah/strategi/ cara yang digunakan oleh pelaku/organisasi untuk menangani sesuatu isu / masalah
Fakta kes ada dinyatakan dalam kes secara tersurat atau tersirat dan pelajar perlu mengenalpasti fakta tersebut. kegagalan mengenalpasti fakta kes akan menjejaskan  markah anda.

Contoh di bawah dapat membantu anda memahami dua aspek tersebut.

Contoh kes

Syarikat Speed Bhd (SSB) merupakan sebuah syarikat yang menyediakan pengangkutan kontena di Pelabuhan Kuantan yang ditubuhkan pada tahun 1998. Syarikat ini telah mencatat kemerosotan dalam keuntungan lima tahun berturut turut sejak tahun 2009. Pada tahun 2010, pihak Lembaga Pengarah SSB telah merlantik Puan Munira sebagai Ketua Pegawai Ekeskutif yag baru. Selepas dua tahun, syarikat ini mencatat pencapaian yang memberangsangkan dengan mencatat keuntungan yang mendadak. Pencapaian Puan Munirah disebabkan jenis kepimpinan yang digunakan serta rancangan strategik yang idgunakan untuk memulih syarikat ini.

Puan Munirah adalah seorang pemimpin yang mudah didekati. Beliau boleh dijumpa bila-bila masa tanpa protokol.Puan Munirah amat menitikberatkan kebajikan pekerja dan sering memberi dorongan kepada semua subordinatnya. Ciri-ciri ini telah memudahkan Puan Munirah untuk menerapkan halatuju syarikat kepada pekerja dan mendorong pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Puan Munirah telah melaksanakan beberapa langkah strategic untuk meningkatkan prestasi SSB.Tindakan pertama ialah  meningkatkan keupayaan pengeluaran.  Puan Munirah telah membeli 50 buah lori yang mampu mengambil 60 tan kontena berbanding dengan lori  sedia ada yang hanya mampu mengambil 20 tan sahaja. Ini telah menjimatkan kos operasi sebanyak 40%. Di samping itu pemandu telah diberi insentif agar mereka mampu bekerja syif dan mennggunakan lori yang sama untuk mengangkut barang dua kali sehari. Pemandu yang menggunakan lori dengan penyelenggaraan minimum diberi ganjaran 5% daripada gajinya. Tindakan ini menyebabkan kos penyelenggaraan berkurang sebanyak 25%. Puan Munira juga telah memperluaskan lapangan pelanggan yang sedia ada. SSB telah memperluaskan skopnya untuk aktiviti baru seperti pemindahan barang dari kilang ke pusat edaran dan kilang ke gudang. Beliau berjaya mendapatkan kontrak pengantaran untuk dua buah syarikat pengeluaran perabot terbesar di Malaysia iaitu syarikat 3K dan 5W. Perluasan pelanggan ini telah meningkatkan hasil jualan sebanyak 60%.

a. Huraikan jenis kepimpinan  Puan Munira [7 markah]



Jawapan 
pelajar  1
Jawapan 
pelajar  2
Jawapan 
pelajar  3
Jawapan 
pelajar 4
Puan Munirah merupakan pemimpin berkarisma . ia bermaksud pemimpin ini mampu mempengaruhi dan mendorong pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Ini  kerana beliau ialah pemimpin yang mudah didekati. Beliau juga boleh dijumpa bila-bila masa tanpa protokol.Sebagai pemimpin, Puan Munirah amat menitikberatkan kebajikan pekerja.Beliau juga sering memberi dorongan kepada semua subordinatnya. Puan Munirah dapat menerapkan halatuju syarikat kepada pekerja. Beliau juga mendorong pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
Puan Munirah merupakan pemimpin tidak formal.
Ini  kerana
·         beliau ialah pemimpin yang mudah didekati.
·         Beliau juga boleh dijumpa bila-bila masa tanpa protokol.
·         Sebagai pemimpin, Puan Munirah amat menitikberatkan kebajikan pekerja 
·         Sering memberi dorongan kepada semua subordinatnya.
·         Puan Munirah dapat menerapkan halatuju syarikat kepada pekerja.
·         Beliau juga mendorong pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
Jenis kepimpinan karismatik. Kepimpinan karismatik bermaksud pemimpin ini mampu mempengaruhi dan mendorong pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Ini kerana
·         beliau ialah pemimpin yang mudah didekati.
·         Beliau juga boleh dijumpa bila-bila masa tanpa protokol.
·         Sebagai pemimpin, Puan Munirah amat menitikberatkan kebajikan pekerja 
·         Sering memberi dorongan kepada semua subordinatnya.
·         Puan Munirah dapat menerapkan halatuju syarikat kepada pekerja.
·         Beliau juga mendorong pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
Jenis kepimpinan karismatik
Puan Munirah adalah seorang pemimpin yang mudah didekati. Beliau boleh dijumpa bila-bila masa tanpa protokol.Puan Munirah amat menitikberatkan kebajikan pekerja dan sering memberi dorongan kepada semua subordinatnya. Ciri-ciri ini telah memudahkan Puan Munirah untuk menerapkan halatuju syarikat kepada pekerja dan mendorong pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.


Soalan ini memerlukan fakta khusus kerana melibatkan jenis kepimpinan. Dalam sukatan pelajaran 
jenis kepimpinan terdiri daripada transactional, transformational, karismatikdan berwawasan

Maklumat dalam perengggan kedua menunjukkan Puan merupakan pemimpin karismatik.

Antara empat jawapan di atas, jawapan pelajar 3 dianggap jawapan terbaik kerana pelajar ini 
dapat memberi fakta khusus yang tepat, ada maksud dan berjaya menyenaraikan semua kaitan kes 
dengan betul. 

Pelajar 1 dan 2 kemungkinan gagal mendapat markah kerana memberi fakta khusus yang salah.

Pelajar 4 kemungkinan hilang markah kerana hanya salin bulat-bulat daripada kes.


 Huraikan rancangan strategic yang telah diperkenalkan oleh Puan Munira (10)
Jawapan 
pelajar  1
Jawapan 
pelajar 2
Jawapan 
pelajar 3
Puan Munirah telah melaksanakan beberapa langkah strategic untuk meningkatkan prestasi SSB.Tindakan pertama ialah  meningkatkan keupayaan pengeluaran.  Puan Munirah telah membeli 50 buah lori yang mampu mengambil 60 tan kontena berbanding dengan lori  sedia ada yang hanya mampu mengambil 20 tan sahaja. Ini telah menjimatkan kos operasi sebanyak 40%. Di samping itu pemandu telah diberi insentif agar mereka mampu bekerja syif dan mennggunakan lori yang sama untuk mengangkut barang dua kali sehari. Pemandu yang menggunakan lori dengan penyelenggaraan minimum diberi ganjaran 5% daripada gajinya. Tindakan ini menyebabkan kos penyelenggaraan berkurang sebanyak 25%. Puan Munira juga telah memperluaskan pasaran pelanggan yang sedia ada. SSB telah memperluaskan skopnya untuk aktiviti baru seperti pemindahan barang dari kilang ke pusat edaran dan kilang ke gudang. Beliau berjaya mendapatkan kontrak pengantaran untuk dua buah syarikat pengeluaran perabot terbesar di Malaysia iaitu syarikat 3K dan 5W. Perluasan pelanggan ini telah meningkatkan hasil jualan sebanyak 60%.
Tindakan pertama ialah  meningkatkan keupayaan pengeluaran.  Untuk mencapai strategi ini Puan Munirah telah membeli 50 buah lori yang mampu mengambil 60 tan kontena berbanding dengan lori  sedia ada yang hanya mampu mengambil 20 tan sahaja. Tindakan ini telah menjimatkan kos operasi sebanyak 40%. Pemandu syarikat diberi insentif agar mereka mampu bekerja syif dan mennggunakan lori yang sama untuk mengangkut barang dua kali sehari. Di samping itu pemandu yang menggunakan lori dengan penyelenggaraan minimum diberi ganjaran 5% daripada gajinya. Hasilnya, kos penyelenggaraan berkurang sebanyak 25%. Puan Munira juga telah memperluaskan pasaran pelanggan yang sedia ada. SSB telah memperluaskan skopnya untuk aktiviti baru seperti pemindahan barang dari kilang ke pusat edaran dan kilang ke gudang. Beliau berjaya mendapatkan kontrak pengantaran untuk dua buah syarikat pengeluaran perabot terbesar di Malaysia iaitu syarikat 3K dan 5W. Perluasan pelanggan ini telah meningkatkan hasil jualan sebanyak 60%.
1.      Meningkatkan keupayaan pengeluaran. 
Untuk mencapai strategi ini Puan Munirah telah
·         Membeli 50 buah lori yang mampu mengambil 60 tan kontena berbanding dengan lori  sedia ada yang hanya mampu mengambil 20 tan sahaja.
·         Tindakan ini telah menjimatkan kos operasi sebanyak 40%.
·         Pemandu diberi insentif agar mereka mampu bekerja syif dan mennggunakan lori yang sama untuk mengangkut barang dua kali sehari.
·         Pemandu yang menggunakan lori dengan penyelenggaraan minimum diberi ganjaran 5% daripada gajinya.
·         Hasilnya, kos penyelenggaraan berkurang sebanyak 25%.
2.      Memperluaskan pasaran pelanggan yang sedia ada.
Untuk mencapai strategi ini Puan Munirah telah
·         Memperluaskan skopnya untuk aktiviti baru seperti pemindahan barang dari kilang ke pusat edaran dan kilang ke gudang.
·         Mendapat kontrak penghantaran untuk dua buah syarikat pengeluaran perabot terbesar di Malaysia iaitu syarikat 3K dan 5W.
·         Meningkatkan hasil jualan sebanyak 60%.

Soalan ini memerlukan fakta kes  kerana melibatkan  jenis rancangan strategik yang telah digunakan 
oleh Puan Munira. Tindakan berkaitan dengan rancangan strategik melibtakan hala tuju organisasi 
dan menyeluruh.Sukatan pelajaran hanya menyatakan jenis rancangan tetapi tidak menyatakan 
bentuk tindakan yang berkaitan. Pelajar sendiri yang perlu mencarinya. Kebijaksanaan anda diuji 
untuk menjawab jenis soalan ini 

Antara empat jawapan di atas, jawapan pelajar 3 dianggap jawapan terbaik kerana pelajar ini 
dapat memberi fakta kes  yang tepat  dan berjaya menyenaraikan semua kaitan kes 
dengan betul. 

Pelajar 1 dan 2 kemungkinan gagal mendapat markah kerana  gagal  mengenalpasti fakta kes yang 
betul dan juga salin bulat-bulat daripada kes..


Cikgu berharap apa yang cikgu sampaikan di sini dapat membantu pelajar untuk menjawab kes 
dengan lebih baik.

Good luck!!