Friday, October 30, 2015

Soalan Target STPM Penggal 3: Pengajian Perniagaan -Keusahawanan

Bab 1: Keusahawanan

1.     Takrifkan konsep keusahawanan dan usahawan.  [4]
2.     Jelaskan tiga perbezaan antara usahawan dengan peniaga  [6]
3.     Jelaskan tiga perbezaan antara usahawan dengan pengurus  [6]
4.     Jelaskan tiga sumbangan usahawan yang memulakan industri perabot kepada negara [6]
5.     Jelaskan perbezaan antara teori keusahawanan berikut:
a.     Pendekatan ekonomi dengan pendekatan psikologi              [4]
b.    Pendekatan ekonomi dengan pendekatan sosiologi              [4]
c.     Pendekatan psikologi dengan pendekatan sosiologi             [4]
6.     Jelaskan sifat kreatif dan inovatif yang perlu dimiliki oleh seorang uasahawan yang memulakan perniagaan bakeri                                                   [6]
7.     Jelaskan sifat berinitiatif dan berani mengambil risiko yang perlu dimiliki oleh seorang usahawan yang memulakan perniagaan bakeri. [6]
8.     Jelaskan keperluan ciri berikut kepada seorang usahawan
a.     Bersinergi                                                                           [2]
b.    Menang-menang                                                                  [2]
c.     Lakukan perakar yang utama dahulu                         [2]

9.     Jelaskan keperluan ciri berikut kepada seorang usahawan
a.     proaktif                                                                               [2]
b.    memulakan sesuatu dengan mengingati matlamat                 [2]                                                             
10.  Jelaskan keperluan ciri berikut kepada seorang usahawan
a.     Cuba untuk memahami sebelum difahami                             [2]
b.    Tajamkan gergaji                                                                 [2]

11.  Selain faktor jasmani dan emosi, jelaskan dua lagi faktor
kejayaan seimbang yang perlu dimiliki oleh seorang usahawan.   [6]
12.  Jelaskan kepentingan faktor jasmani dan emosi kepada
seorang usahawan yang ingin berjaya dalam usaha terokanya.    [6]
13.  Bagaimanakah saluran pengedaran dan syarikat sedia ada menjadi pencetus idea kepada seseorang usahawan? [6]
14.  Bagaimanakah pelanggan dan produk sedia ada menjadi pencetus idea kepada seseorang usahawan? [6]
15.  Nyatakan empat kaedah menjana idea [4]
16.  Bezakan kaedah menjana idea kumpulan fokus dengan sumbangsaran  [4]
17.  Jelaskan peringkat menapis idea dan membina konsep dalam proses merealisasikan idea perniagaan. [4]
18.  Jelaskan peringkat menguji konsep dan membina fizikal(prototaip) dalam proses merealisasikan idea perniagaan. [4]
19.  Jelaskan dua kelebihan dan dua kekurangan memulakan perniagaan sendiri [4]
20.  Mengapakah seseorang usahawan memilih kaedah francais sebagai strategi memulakan perniagaan? [4]
21.  Mengapakah seseorang usahawan memilih kaedah mengambilalih perniagaan sebagai strategi memulakan perniagaan? [4]
22.  Mengapakah seorang pemilik restoren makanan segera ingin mengembangkan perniagaannya menggunakan kaedah francais? [4]
23.  Jelaskan tiga jenis pakatan strategik [6]
24.  Jelaskan perbezaan antara modal hutang dengan modal ekuiti [6]
25.  Mengapakah seseorang usahawan mengutamakan modal ekuiti berbanding dengan modal hutang untuk mengembangkan perniagaannya? [4]
26.  Jelaskan tiga jenis modal formal [6]
27.  Jelaskan tiga jenis modal tidak formal [6]
28.  Jelaskan tiga pihak yang menyediakan bantuan tapak kilang kepada usahawan [6]
29.  Jelaskan tiga pihak yang menyediakan bantuan khidmat nasihat kepada usahawan [6]
30.  Jelaskan tiga jenis program pembangunan francais [6]


Soalan Target STPM Penggal 1 Pengajian Perniagaan : Pemasaran


Bab 3: Pemasaran - Soalan  Target

Cikgu senaraikan soalan -soalan target mengikut topik. Pastikan anda buat dan bincang dengan rakan atau cikgu anda. GOOD LUCK.


Bahagian 1: Pendekatan pemasaran

Soalan pendek
1.     Mengapakah pemasaran penting kepada sebuah perniagaan perabot? [4]
2.     Mengapakah pendekatan pemasaran dikatakan lebih baik berbanding dengan pendekatan pengeluaran dalam memasarkan sesuatu produk? [4]
3.     Dengan contoh yang sesuai, jelaskan pendekatan pemasaran yang berikut:
           a.                 Pendekatan pengeluaran [2]
           b.                 Pendekatan penjualan  [2]
           c.                Pendekatan keluaran [2]
4.     Dengan contoh yang sesuai, jelaskan pendekatan pemasaran kemasyarakatan. [4]
5.     Senaraikan empat langkah dalam proses pemasaran. [4]
6.     Huraikan strategi penembusan pasaran dan pembangunan pasaran yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat pengeluaran makanan ringan. [6]
7.     Huraikan strategi pembangunan produk dan pempelbagaian yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat pengeluaran a\utomobile. [6]

Soalan panjang
1.     Huraikan lima pendekatan pemasaran. [20]
2.     Syarikat WinWin Berhad bercadang untuk mengeluarkan basikal sukan lasak. Huraikan proses pemasaran yang perlu dilakukan oleh syarikat tersebut. [20]
3.     Huraikan empat strategi pemasaran yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat pengeluaran makanan dingin beku. [20]

Bahagian 2: Gelagat pengguna

1.     Lukiskan dan terangkan model gelagat pengguna [6]
2.     Jelaskan bagaimana factor budaya dan social mempengaruhi gelagat pengguna untuk perniagaan kasut? [6]
3.     Jelaskan bagaimana factor individu dan psikologi mempengaruhi gelagat pengguna untuk perniagaan telefon bimbit? [6]

Soalan panjang
1.     Syarikat Melati telah menghasilkan sebuah syampu baru jenama Ayu Jelita. Jelaskan proses pembelian produk baharu yang akan dilalui oleh pengguna yang ingin membeli produk tersebut. [20]
2.     Puan Maimunah telah membeli sebuah computer riba pada minggu lepas. Huraikan proses pembelian yang dilalui oleh Puan Maimunah.

Kerosakan dua mesin pencetak telah menyebabkan penurunan pengeluaran sebanyak 26%  untuk syarikat Penerbian buku Selangi Berhad. Pengurus Besarnya Encik Johari bercadang untuk membeli dua mesin baru.

3.     Huraikan proses pembelian mesin tersebut. [20]

4.     Huraikan empat factor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam membuat keputusan pembelian sesuatu produk. [20]

Bahagian 3: Penyelidikan pemasaran

Soalan pendek
1.     Berikan maksud penyelidikan pemasaran dan empat kepentingannya [6]
2.     Nyatakan langkah-langkah penyelidikan pemasaran [4]

Bahagian 4: Segmentasi pasaran

Soalan pendek
1.     Berikan maksud segmentasi  pasaran dan empat asas segmentasi pasaran [6]
2.     Huraikan dua asas segmentasi pasaran yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat penerbitan buku..[6]
3.     Jelaskan bagaimana psikografi, demografi dan gelagat pengguna dijadikan asas segmentasi pasaran untuk sebuah syarikat pengeluaran alatulis. [6]
4.     Jelaskan maksud penyasaran pasaran dan nyatakan empat jenisnya [6]
5.     Jelaskan perbezaan antara pemasaran dibezakan dengan pemasaran tidak dibezakan [4]
6.     Jelaskan perbezaan antara pemasaran tertumpu dengan pemasaran dibezakan.

Syarikat Delima Berhad mengeluarkan minuman perisa buah-buahan dengan jenama Tasty yang boleh didapati dihampir semua kedai runcit di seluruh negara.  Syarikat ini juga memasarkan jus buah-buahan bermutu tinggi dengan jenama SuperQ yang hanya dijual di farmasi tertentu.

7.     Jelaskan dua strategi penyasaran pasaran yang digunakan oleh syarikat Delima Berhad. [6]
8.     Untuk setiap situasi berikut, kenalpasti dan terangkan strategi penyasaran pasaran yang digunakan.
            a.     Pemasaran pakaian sekolah [2]
            b.    Proton mengeluarkan tiga model kereta iaitu proton saga, proton preve dan proton perdana [2]          
            c.     Syarikat Penerbitan Selangi menerbitkan majalah  Pelabur Bijak  [2]
9.     Huraikan proses perletakan pasaran yang boleh digunakan sebuah syarikat pengeluaran alatulis. [6]
10.  Jelaskan strategi perletakan pasaran yang berikut untuk sebuah syarikat pengeluaran pakaian sukan.
            a.     Atribut produk                                       [2]
            b.    Manfaat                                                [2]
            c.     Kekerapan penggunaan                         [2]

Soalan panjang
      1.     Bezakan segmentasi pasaran dan sasaran pasaran dan perletakan pasaran [18]
      2.     Huraikan lima strategi perletakan pasaran yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat pengeluaran makanan      dingin beku. [18]

Bahagian 5: Campuran pemasaran

Soalan pendek
1.     Berikan maksud campuran pemasaran dan empat komponennya [6]
2.     Berikan maksud produk dan jelaskan dua perbezaan antara produk fizikal dan produk perkhidmatan. [6]
3.     Syarikat Dona Berhad mengeluarkan alat mengukur tekanan darah . Ia juga mempunyai makmat pemeriksaan darah di Rawang.
      Jelaskan perbezaan antara dua jenis produk yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. [6]
4.     Dengan contoh yang sesuai jelaskan bagaimana buah pisang boleh menjadi produk pengguna dan produk perindustrian. [4]
5.     Merujuk kepada produk basikal, jelaskan ciri-ciri produk tersebut. [6]
6.     Jelaskan tiga jenis produk pengguna [6]
7.     Jelaskan tiga jenis produk industri untuk sebuah syarikat pengeluaran perabot. [6]

Syarikat  Dingdong Berhad mengeluarkan pelbagai barang elektrik iaitu ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, peti sejuk dan  alat penghawa dingin . Terdapat tiga jenis mesin basuh iaitu semi automatic, automatic dan white magic. Syarikat ini juga mengeluarkan empat jenis peti sejuk iaitu direct cool, frost free, frost control  dan fusion premier

8.     Lakarkan kelebaran dan kedalaman produk untuk syarikat Dingdong Berhad. [6]
9.     Jelaskan dua jenis saluran agihan yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat pengeluaran pakaian sekolah [4]
10.  Jelaskan tiga peranan  sebuah syarikat pemborong makanan dingin beku. [6]
11.  Jelaskan bagaimana sebuah syarikat pemborong alatulis memainkan peranan berikut:
            a.     Memberi maklumat
            b.    Mengambil risiko
            c.     Mengadakan promosi
            d.    Pembiayaan
            e.     Pemadanan

Syarikat Cendana Berhad mengeluarkan minuman perisa buah-buahan dengan jenama Tasty yang boleh didapati dihampir semua kedai runcit di seluruh negara.  Syarikat ini juga memasarkan jus buah-buahan bermutu tinggi dengan jenama SuperQ yang hanya dijual di farmasi tertentu. Syarikat ini juga membekalkan perisa buah-buahan untuk pengeluar makanan ringan seperti gula-gula dan bakeri.

12.  Huraikan tiga rekabentuk pengagihan mendatar yang telah digunakan oleh syarikat Cendana Berhad. [6]
13.  Jelaskan dua jenis konflik yang mungkin berlaku dalam agihan produk. [6]
14.  Jelaskan proses pengurusan saluran agihan [6]\
15.  Huraikan tiga factor luaran yang mempengaruhi penetapan harga produk oleh sebuah syarikat pengeluaran perabot. [6]
16.  Selain objektif pemasaran, huraikan tiga factor dalaman yang mempengaruhi penetapan harga produk oleh sebuah syarikat pengeluaran pakaian sukan. [6]
17.  Huraikan tiga kedah penentuan harga umum yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat pengeluaran beg tangan wanita. [6]
18.  Jelaskan dua kaedah penentuan harga produk baru untuk pengeluaran kasut sukan. [6]
19.  Jelaskan tiga tujuan promosi untuk sebuah syarikat pengeluaran kereta. [6]
20.  Jelaskan empat kaedah promosi yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat pengeluaran ubat-ubatan. [6]

Soalan panjang
1.     Huraikan lima elemen yang perlu diberi perhatian semasa membuat keputusan produk individu  [20]
2.     Lukiskan dan huraikan kitaran hayat produk  [20]

3.     Lukiskan dan terangkan empat jenis saluran agihan produk pengguna.  [16]

Thursday, October 22, 2015

ANALISIS KERTAS PEPERIKSAAN STPM PENGGAL 3 DAN RAMALAN PENGGAL 3 STPM 2015 : PENGAJIAN PERNIAGAAN

ANALISIS KERTAS PEPERIKSAAN PENGGAL 3

bab 1: keusahawanan

1.     Skop  keusahawanan  
(a)   Takrif usahawan dan keusahawanan (15)
(b)   Beza  antara usahawan, peniaga, dan pengurus  (15)
(c)   peranan usahawan dalam masyarakat usahawan secara mikro dan makro.  (13,U13)

2.     Teori keusahawanan 
(a)   Pendekatan ekonomi(U13), pendekatan psikologi(13), dan pendekatan sosiologi(U13)
(b)   Kaitkan teori tersebut dengan pelopornya (U14)

3.     Ciri-ciri usahawan   berjaya 
(a)   inisiatif yang tinggi, berani mengambil risiko, kreatif, inovatif (KK13,KK14)
(b)   Kaitan sifat-sifat usahawan dengan tokoh- tokoh usahawan semasa
(c)   Tujuh Tabii Orang Berjaya(15)
(d)   faktor kejayaan seimbang. (15)

4.      Mencari,    mengembang dan   merealisasikan idea   perniagaan 
(a)    sumber idea(KK13,KK14) -pelanggan, produk sedia ada, syarikat sedia ada, saluran pengedaran, paten, penyelidikan dan pembangunan, profesional/jururunding, dasar kerajaan(14), (15)
(b)    kaedah menjana idea (15) -soal selidik, sumbang saran, pemerhatian(U14), kumpulan fokus
(c)    Proses merealisasikan idea - idea, menapis idea, membina konsep, menguji konsep, membuat rancangan perniagaan, membina fizikal (prototaip), dan mengkomersialkan.  (PU14)

5.     Memula dan menjalankan perniagaan                       
(a)   Kaedah    memulakan    perniagaan   (KK13, KKU13) , (15) memulakan sendiri, mengambil alih perniagaan sedia a da, francais, dan pakatan strategik (pelesenan, kontrak pengeluaran, dan usaha sama) (U13)
(b)   Pembiayaan    dan sumber    modal (KK13), (15) - bentuk modal   kewangan( modal teroka, ekuiti, dan hutang )  dan  Bukan kewangan (aset tetap),  sumber modal formal (pinjaman bank, bantuan kerajaan, pelabur) (14) dan sumber modal tidak formal (simpanan sendiri, pinjaman daripada saudara mara/rakan)
(c)   Kemudahan    dan bantuan(13)  - pihak ( agensi kerajaan, badan-badan berkanun(U14), dan pihak swasta),  kemudahan dan bantuan - kewangan, tapak kilang, khidmat nasihat dan perundingan, dan pembangunan usahawan. 

Bab 2: Rancangan Perniagaan

(a)   Maksud RP dan kepentingannya

(b)   kegunaan rancangan perniagaan kepada usahawan dan pihak berkepentingan (13, 14)

(c)   Menyediakan rancangan perniagaan berdasarkan format: 
(i)                  Rumusan Eksekutif  (15)
(ii)                 Pengenalan 
(iii)                Objektif 
(iv)                Latar Belakang Syarikat
(v)                 Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi 
(vi)                Latar Belakang Projek  (15)
(vii)               Rancangan Organisasi  (13, U13), (15)
(viii)              Rancangan Pemasaran  (U13) , (15)
(ix)                Rancangan Pengeluaran/Operasi  (15)
(x)                 Rancangan Kewangan  (15)
(xi)                Kesimpulan  
(xii)               Lampiran  

Bab 3: Perniagaan  Antarabangsa 
 
1.     Skop perniagaan   antarabangsa            
(a)   Peranan dan   kepentingan  -maksud, kepentingan (tukaran asing, pasaran luas, guna tenaga, pemindahan teknologi) (15)
(b)   Tahap perniagaan   antarabangsa  (domestik, antarabangsa, multinasional, dan global) (14)
(c)   Strategi   memasuki   perniagaan   antarabangsa (import, eksport, kontrak pengeluaran, pelesenan, francais, usaha sama, subsidiari, dan operasi serah kunci) (15)

2.     Konsep-konsep   penting(Dunia tanpa sempadan, pasaran menimbul (emerging market) (14), Selatan-Selatan(14),Globalisasi(15), Lokalisasi(15), Nasionalisasi, Penswastaan)

3.     Syarikat    multinasional 
(a)    maksud syarikat multinasional dan tujuan organisasi menjadi multinasional (15)
(b)    Cabaran(U14)  (Struktur organisasi, Kawalan pengurusan, Politik dan perundangan(13), Ekonomi,  Sosiobudaya(13))
(c)     Risiko (ekonomi, politik, kredit, pemilikan negara, penghantaran balik modal dan dividen, dan kadar pertukaran wang) (P13, U13,P14)

4.     Pembayaran    perdagangan dan   pertukaran mata   wang  asing  
(a)   Dokumen penghantaran (surat Pengesahan Penghantaran Laut (Bill of Lading), Surat Pengesahan Penghantaran Udara (Airway Bill), Sijil Pengesahan Tempat Asal (Certificate of Origin) (14)
(b)   Kaedah    pembayaran    dan     penyelesaian    perdagangan  (perdagangan barter (U13)dan perbankan koresponden (U14)
(c)   dokumen pembayaran perdagangan antarabangsa(Surat Kredit, Tuntutan Ikut Perintah(15)
(d)   Peranan    mata wang    asing  
(e)   kesan kadar pertukaran mata wang asing terhadap perniagaan antarabangsa.  (15)

5.     Galakan dan    perlindungan    perdagangan  
(a)   Peranan MATRADE  (13,P14), (15)
(b)   galakan perniagaan antarabangsa (14)
i)              Blok perdagangan termasuk AFTA  (U13), NAFTA, EU, ASEAN   
ii)             Perdagangan timbal balas(15)
iii)            Kempen Kerajaan (zon perdagangan bebas, Koridoraya Multimedia (MSC), galakan cukai, pengecualian cukai, pembiayaan eksport, taraf perintis, subsidi, dan kempen belilah barangan Malaysia) (15)
iv)            Promosi pelaburan       (15)
(c)   Fungsi, peranan, dan kesan pakatan perniagaan antarabangsa ( WTO, AFTA, NAFTA, EU, APEC, ASEAN (IMT-GT, IMS-GT, BIMP-EAGA)
(d)   Perlindungan   perdagangan ( objektif (U14) dan kaedah tarif dan bukan tarif (15))

Bab 4: Etika Perniagaan dan  Tanggungjawab Sosial 

1.     Etika perniagaan   
(a)   Pendekatan   tindakan   beretika –Takrif etika perniagaan dan etika kerja,  maksud ‘dilema etika’ (U14) dan tindakan beretika (utilitarian, individualisme, hak moral, dan keadilan)
(b)   Faktor   dalam   pilihan   pendekatan oleh pengurus (PU13) dan organisasi(U14)
(c)   Jenayah   kolar    putih  (15) - Takrif dan  jenis-jenis jenayah kolar putih (rasuah, penyelewengan(14) , pecah amanah, konflik kepentingan, dan penyalahgunaan kuasa (Contoh: Akta Pencegahan Rasuah 1997), hukuman

2.     Tanggungjawab  sosial 
(a)   maksud tanggungjawab sosial(15)
(b)   tanggungjawab sosial  ke atas pihak berkepentingan    (pemilik     taruh)   (15)
i)              primer (pekerja(14), pemegang saham, pembiaya, pembekal, pelanggan, peruncit, dan pemborong)
ii)             sekunder (kerajaan, media, masyarakat, dan kumpulan pendesak) (U14)
(c)   Kebaikan  (U13, 14) dan    kelemahan   organisasi yang menjalankan tanggungjawab sosial; (U14)   
(d)   Warga   korporat
i)      maksud korporat(15)
ii)     peranan warga korporat  (U14)
iii)    gelagat beretika dalam perniagaan( komited terhadap pihak berkepentingan termasuk masyarakat, pelanggan, pekerja, pelabur, dan pembekal(15)
iv)     komited terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang.   (13)

3. Kepenggunaan
(a)   Hak-hak pengguna(13,U14)
(b)   peranan agensi berkaitan
i)      Persatuan pengguna termasuklah FOMCA (U13)
ii)     Persatuan Pengguna Muslim (PPM)
iii)    Kementerian/Agensi yang berkenaan   (15)
iv)    Better Business Bureau    (15)
v)     Tribunal pengguna.   (15)