Search This Blog

Loading...

Tuesday, June 25, 2013

PBS Pengajian Perniagaan- Dapatan Kajian

Latar belakang Organisasi

- Kumpulkan maklumat tentang  organisasi seperti
a. sejarah organisasi seperti  tarikh penubuhan, pengasas
b. Lokasi
c. Produk / perkhidmatan yang ditawarkan
d. keunikan organisasi - seperti ISO, pengiktirafan tertentu
e. Pekerja
f. Pelanggan
g. waktu perniagaan
h. pasaran
i. dan lain-lain yang sesuai


Rekabentuk Organisasi

a. Carta organisasi

- Terangkan konsep carta organisasi berdasarkan bacaan anda seperti bentuk, maklumat yang boleh diperoleh.

- Kaitkan dengan carta organisasi yang anda kaji. Misalnya peringkat pengurusan, komunikasi formal, bilangan jabatan, ketua jabatan dan sebagainya.

b. Proses pengorganisasian

- Terangkan lima  unsur  dalam proses pengorganisasian secara detail.
- Kaitkan dengan organisasi yang anda kaji.

Contohnya: menetapkan matlamat

- Bincang tentang maksud , kepentingan, ciri, kesan berkaitan dengan matlamat. Selepas itu kaitkan dengan matlamat organisasi secara umum atau spesifik mengikut jabatan.

c. Konsep pengorganisasian

1.       Autoriti
2.       Tanggungjawab
3.       Akauntabiliti
4.       pemusatan dan pemencaran autoriti
5.       penugasan
6.       empowermen
7.       autoriti lini dan staf
8.       jangkauan kawalan

9.    rantaian arahan


Jelaskan setiap konsep pengorganisasian yang ada dalam organisasi anda.

Kalau nak bincang semua, ambil banyak masa. Oleh itu bincang yang berkaitan sahaja.

Cikgu rasa lima konsep sudah memadai.

Jelaskan konsep yang dipilih secara detail berdasarkan bacaan yang telah dibuat.

Kaitkan dengan organisasi yang dikaji.



Gunakan carta / graf  yang sesuai untuk menjadikan penulisan anda lebih menarik.


CONTOH: RAJAH GAYA KEPIMPINAN




CONTOH: PROSES






SETAKAT INI  BAGAIMANA MANA PERSEDIAAN KAMU??

KALAU DAH MULA BUAT, CIKGU UCAPKAN TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA.

KEPADA YANG BELUM MULA LAGI,

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA, NANTI LAMA-LAMA KERJA MENIMBUN MACAM BUKIT!!


Jumpa lagi!!!!

Thursday, June 20, 2013

PBS Pengajian Perniagaan- Kaedah kajian

Kaedah kajian merujuk kepada cara yang digunakan oleh pelajar untuk memahami situasi, menyelesaikan masalah dan juga mengenalpasti sesuatu isu.

Pelajar boleh menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif.

Pendekatan kuantitatif

Penyelidikan kuantitatif ialah penyelidikan yang sistematik berdasarkan nilai numerikal atau statistik. Tujuannya ialah untuk :
·           Menguji teori
·           Melihat hubungkait angkubah
·           Menerang fenomena dari segi “sebab penyebab”
·           Membuat ramalan
·           Membuat tinjauan


Pendekatan kualitatif

Satu usaha untuk memahami sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang tersendiri. Bagaimana individu itu bertindak, berinteraksi, menjalani kehidupan harian secara neutral, menunjukkan reaksi dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang ditempuhi, Input akhirnya ialah satu hasil kajian yang memberi kefahaman yang mendalam mengenai kehidupan sebenar responden yang dikaji. Tujuannya ialah:
·           Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya
·           Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji
·           Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih
·           Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam
·           Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian)



Untuk tujuan kajian Pengajian Perniagaan, pelajar boleh menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif.

Kaedah kuantittatif seperti soalselidik. Anda perlu memberi definisi, sebab menggunakan soal selidik serta ringkasan soalselidik yang digunakan. Bina soal selidik yang simple agar mudah dianalisis. masukkan contoh borang soalselidik dalam lampiran nanti

Contoh: Gaya kepimpinan

Arahan:
1.     Untuk setiap pernyataan berikut, bulatkan nombor yang anda setuju atau tidak bersetuju.
2.     Tiada jawapan betul atau salah untuk setiap pernyataan yang diberikan. Oleh itu tuan/puan diminta memberi respon yang spontan


Pernyataan
Sangat tidak bersetuju
Tidak bersetuju
Neutral
Bersetuju
Sangat bersetuju
1.     Subordinat perlu diselia sepanjang masa. Jika tidak, mereka mungkin tidak membuat kerja seperti yang diharapkan





2.     Subordinat ingin mengambil bahagian dalam proses pembuatan keputusan





3.     Dalam situasi yang kompleks, pemimpin perlu memberi peluang kepada subordinat untuk mencari jalan penyelesaian mereka sendiri







Kaedah kualitatif seperti temuduga dan pemerhatian. Berikan  definisi, sebab menggunakan  temuduga serta soalan yang dikemukakan dalam lampiran. Jangan buat banyak soalan sebab sukar untuk dianalisi nanti. Pemerhatian boleh dibuat dengan mengambil gambar dan menulis apa yang diperhatikan. Kajian kualitatif memberi gambaran yang lebih baik tentang perkara yang dikaji. Masukkan bahagian petikan perbualan temuduga yang anda rasa penting dalam analisis kajian nanti.

Semasa temuduga, tanya pihak yang ditemuduga, boleh tak rekod perbualan. Jika tidak dibenarkan, anda perlu mencatat isi penting dengan cermat.

kalau pihak yang ditemuduga terlalu sibuk, bagi dia soalan temuduga dan minta tuliskan  jawapannya. kaedah ini kurang sesuai kecuali kalau anda tiada pilihan

 Contoh soalan temuduga tentang gaya kepimpinan:

1. Dalam situasi manakah anda memberi peluang kepada subordinat untuk membuat keputusan?

Contoh soalan temuduga tentang kuasa pemimpin:

1. Sekiranya ada pekerja yang sering kali lewat, apa tindakan yang boleh diambil oleh anda? Adakah anda perlu merujuk kepada pihak atasan?


Meninjau dan Mengutip Bahan-bahan Dokumen
Tujuan meninjau dokumen adalah untuk mengutip data atau maklumat yang berguna dari dokumen-dokumen yang dikaji. Dokumen boleh membekalkan maklumat yang berkaitan dengan isu atau masalah yang diselidiki. Ia merupakan bahan yang penting untuk memahami tujuan, rational dan sejarah sesuatu program atau dasar. 
Dalam pelaksanaan analisis, kita dapat tahu tentang data yang sudah ada dan data yang mesti dikutip.

Contoh
  1.Laporan /buletin /katalog syarikat
  2.Buku rujukan.
 3. Bahan-bahan dokumen bergambar/foto
4. keratan akhbar
5. Majalah
6. rujukan internet ( INGAT!!! Bahan wikepedia tidak boleh digunakan)


Adalah memadai jika anda menggunakan tiga kaedah sahaj iaitu soalselidik, temuduga dan bahan dokumen


PBS Pengajian Perniagaan- Bahagian latar belakang

LATAR BELAKANG

Anda perlu menceritakan latar belakang organisasi seperti alamat, bilangan pekerja, produk atau perkhidmatan yang disediakan, pihak pengurusan, disokong dengan pelan  lokasi dan gambar, graf, jadual.

Untuk membuat penulisan yang menarik, anda perlu memasukkan grafik yang sesuai seperti bilangan pekerja dipersembahkan dalam bentuk jadual atau carta yang menarik. 

Boleh juga masukkan sejarah perkembangan organisasi dan peristiwa penting seperti penerimaan sijil ISO, pembukaan cawangan pertama, pengiktirafan kerajaan, penerimaan sijil Halal. Ini menunjukkan anda telah membuat kajian yang komprehensif tentang organisasi tersebut.

Thursday, June 13, 2013

PBS PENGAJIAN PERNIAGAAN - CONTOH

HAI PELAJAR YANG DIKASIHI

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya macam mana nak buat tugasan PBS Pengajian Perniagaan.

No worries. Anda mempunyai guru PP di sekolah anda yang for ever ready untuk  membantu anda mencapai kejayaan cemerlang . Tanyalah guru anda untuk membantu menyiapkan tugasan.

MULA AWAL!!!! Jangan buat kerja last minute. Mula taip apa-apa maklumat berkaitan dengan pengorganisasian dan kepimpinan. Nanti senang nak susun balik. 
Taip dalam document fail yang berasingan

Document 1: Latarbelakang
Document 2: Pengorganisasian
Document 3: Kepimpinan

Makse sure simpan satu copy di email anda. Itulah tempat yang paling selamat.

Jumpa cikgu setiap kali anda ada kemusyikilan. Buat perubahan segera. kalau tidak, anda mungkin lupa tentang perubahan yang dibincang. Buat catatan dalam kertas

TARGET FULL MARKS. BUAT YANG TERBAIK. INILAH PELUANG TERBAIK UNTUK MEMBAIKI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANDA.

Di sini cikgu akan kongsi beberapa info dan panduan penting tentang penulisan tugasan. Cikgu nak kongsi kegembiraan anda, jika maklumat ini membantu anda membuat tugasan yang baik. 

MOTTO CIKGU: ILMU UNTUK DIKONGSI BUKAN UNTUK DI SIMPAN DALAM PETI BESI


TAJUK KAJIAN 

Tajuk kajian mesti merangkumi tempat kajian dan apa yang dikaji

CONTOH

KAJIAN TENTANG PENGORGANISASIAN DAN GAYA KEPIMPINAN
DI ____________________________________________________________


ABSTRAK

- Abstrak ialah ringkasan kajian
- Buat dalam satu perenggan
- Mengandungi perkara seperti apa yang dikaji, kaedah kajian yang digunakan serta dapatan 
  penting.

CONTOH

Kajian  ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pemahaman mengenai reka bentuk pengorganisasi, proses pengorganisasian, konsep pengorganisasian serta gaya kepimpinan _________ di ________________________ kaedah kajian seperti  temubual, soalselidik dan bahan perpustakaan digunakan untuk  tujuan kajian. Hasil kajian didapati, ___________ sebagai sebuah organisasi awam menggunakan rekabentuk penjabatan berbentuk fungsian yang jelas memerincikan tugas setiap pekerja dalam _________________. Dari segi gaya kepimpinan pula,  kepimpinan ______________ lebih kepada kepimpinan demokratik

PENGHARGAAN
- Tidak diwajibkan
- Perlu menjelaskan pihak yang membantu kajian anda seperti guru, rakan, pihak yang dikaji

OBJEKTIF KAJIAN
- Boleh buat dalam bentuk pernyataan atau berbentuk soalan

CONTOH
1.       Mengenalpasti reka bentuk organisasi  Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur
2.       Mengenalpasti proses pengorganisasian  Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur
3.       Mengenalpasti konsep pengorganisasian yang digunakan dalam organisasi Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur
4.       Mengenalpasti gaya kepimpinan pengarah Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur


Kita jumpa lagi

Tuesday, June 11, 2013

Keusahawanan- Latihan

SOALAN PENDEK
1.     Huraikan tiga pendekatan dalam mengkaji teori dan model keusahawanan.     [6]       
        Berikan tiga pendekatan, definisi teori dan tokoh yang berkaitan
        Contoh: Pendekatan ekonomi, menekankan kekayaan dan keuntungan, Joseph Schumpeter-inovasi                                                                                     

2.     Huraikan tiga sumbangan usahawan kepada masyarakat.              [6]

3.     Huraikan empat sifat peribadi usahawan berjaya.                              [6]

4.     Terangkan peranan seorang usahawan sebagai model ikutan kepada
         masyarakat.                 [4]

5.     Huraikan perbezaan antara model motivasi keusahawanan David McClelland
dengan teori Joseph Schumpeter dan Israel Kirzner dalam menerangkan kejayaan seseorang usahawan.[6]

6.     Bagaimanakah seseorang usahawan yang inovatif dan kreatif dapat
mengurangkan pembaziran sumber?                                    [6]

7.     Kandungan racun yang tinggi, penggunaan bahan kiam berlebihan  dalam pengeluaran sayur-sayuran sering menjadi rungutan pengguna..
      Bincangkan bagaimana seorang pengusaha yang memiliki ciri inovatif boleh mengambil peluang perniagaan daripda isu ini.[6]
                                                                                                                 
8.     Puan Rozita, seorang usahawan muda telah menerima tawaran untuk
mengambil alih perniagaan barang-barang kosmetik daripada seorang pelabur asing. Bagi tujuan pengambilalihan itu, beliau bercadang untuk mendapatkan pinjaman bank sebagai tambahan modal.                 
Terangkan tiga ciri peribadi yang perlu ada pada  Puan Rozita mengikut pandangan             McClleland.                            [6]
9.     Jelaskan empat sifat peribadi yang perlu dimiliki oleh seseorang usahawan untuk memastikan perniagaannya berjaya   [6]

10.    Huraikan maksud konsep yang berikut
                i. usahawan
ii. peniaga
iii. Pengurus                                                                         (6)


b. Encik Vincent Wong bercadang  untuk membuka sebuah restoren nasi ayam di Seremban
    .
Jelaskan empat ciri usahawan berjaya yang perlu dimiliki oleh Encik  Vincent Wong(6)             



Kata tugas

Huraikan: Ada definisi konsep/ fakta , huraian konsep / fakta yang lengkap

Terangkan: 1 fakta + 1 huraian

Jelaskan: Berikan fakta/ konsep, definisi/huraian dengan contoh yang sesuai

Bagaimana: langkah/ turutan/cara, ada huraian lengkap dengan contoh yang sesuai





Keusahawanan- Pengenalan

a.     Maksud Usahawan
Orang yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk memperkenalkan sesuatu yang baru,mengenalpasti peluang-peluang perniagaan, menghasilkan idea-idea perniagaan, melakukan inovasi, dan  sanggup menghadapi risiko.
b.    Maksud keusahawanan
Proses menggabungkan sumber-sumber ekonomi untuk memperkenalkan sesuatu yang baru, keupayaaan untuk mengesan peluang-peluang perniagaan, menjana idea-idea perniagaan, dan membuat pembaharuan demi menjayakan sesuatu perniagaan.\





c.     Perbezaan antara usahawan, peniaga dengan pengurus
Perbezaan antara usahawan dengan pengurus
USAHAWAN
PENGURUS
Motif utama adalah kebebasan dan peluang untuk mencipta dan memperoleh wang.
Motif utama untuk kenaikan pangkat dan lain-lain ganjaran seperti kuasa dan lain- lain.
Tidak menitikberatkan status.
Menitikberatkan status.
Berkhidmat kepada diri sendiri dan pelanggan.
Berkhidmat kepada orang lain.
Pengambil risiko yang  sederahana.
Tidak gemar risiko.

Perbezaan antara usahawan dengan peniaga
USAHAWAN
PENIAGA
Mementingkan keuntungan disamping sunbangan jasa kepada masyarakat.
Mementingkan keuntungan sahaja tidak mengutamakan sumbangan kepada masyarakat.
Sentiasa mencipta untuk sesuatu yang baru.
Hanya menjalankan aktiviti jual beli sahaja tanpa melakukan pembaharuan.
Berani menanggung risiko .
Tidak berani menanggung risiko

C          Peranan Usahawan dalam Masyarakat
1. Dari aspek mikro
i.      Menyumbang idea dan melakukan pembaharuan.Pengembangan idea sedia ada.Berdasarkan sikap kreatif, inovatif dan keterbukaan oleh usahawan.
ii.     Merancang berdasarkan idea dan peluang yang dikenlpasti.
iii.    Menggembleng faktor-faktor pengeluaran.Menentukan kombinasi sumber manusia dan sumber fizikal yang cekap dan berkesan.
iv.    Menangani ketidakpastian.Terpaksa menguruskan sebarang risiko perniagaan yang semakin wujud.

2. Dari aspek makro
i.              Mewujudkan peluang pekerjaan.  Usahawan mempelawa masyarakat tempatan untuk bekerja dan mewujudkan pekerjaan di rumah atau di tempat kerja. Setiap perniagaan yang diwujudkan memerlukan sumber tenaga manusia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan.

ii.             Meningkatkan taraf hidup rakyat.Kewujudan peluang pekerjaan membolehkan masyarakat mendapat pekerjaan dan pendapatan mereka dapat dipertingkatkan.

iii.            Membangunkan industri sokongan.Perniagaan bersaiz besar memerlukan industri sokongan untuk melengkapi operasi perniagaan.Dengan adanya industri sokongan, perniagaan dapat mempercepat lagi pertumbuhan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera melalui pembabitan dalam perdagangan.

iv.            Mempelbagaikan barangan di pasaran seiring dengan peningkatan teknologi.Penghasilan barangan dan perkhidmatan oleh usahawan dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.Pelbagai barangan dan perkhidmatan juga dapat mempelbagaikan pilihan pengguna.Secara tidak langsung, taraf hidup masyarakat telah dipertingkatkan.

v.             Menggunakan sumber-sumber dengan cekap.Perniagaan membeli sebahagian sumber seperti bahan mentah di sekitar tempat ia beroperasi. Bahan mentah digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan keluaran.Hasil bahan mentah yang digunakan dapat meningkatkan nilai kegiatan ekonomi dalam sesebuah negara dengan menjalankan aktiviti huluan dan hiliran.

vi.            Sebagai model ikutan masyarakat.Menjadi sumber inspirasi usahawan lain menceburi dan memajukan perniagaan. Menggunakan sistem payung, iaitu usahawan yang berjaya menaungi usahawan baru seperti memberikan bantuan kewangan dan memberi pendidikan kepada usahawan baru.
vii.           Perniagaan turun-temurun diwarisi.Memperkembang atau memperturunkan ilmu kepada anak-anak atau keluarganya.

Teori dan Model Keusahawanan
A          Pendekatan Ekonomi
      i.        Keuntungan dan kekayaan merupakan pendorong kepada usahawan untuk melibatkan diri dalam keusahawanan. Dengan itu, dia akan berusaha mencari peluang mendapatkan untung.
     ii.        Tokoh yang memberi sumbangan dalam Teori dan Model Keusahawanan
a.     Alfred Marshal  (1946) = usahawan melalui proses masa, iaitu evolusi perniagaan daripada memulakan perniagaan sehinggalah perniagaan itu dibubarkan.
b.    Israel Kirzner = usahawan sebagai orang tengah dan mengaut keuntungaan.
c.     Joseph A. Schumpeter  (1990) = usahawan ialah orang yang memperkenalkan inovasi sebagai inti keusahawanan

B          Pendekatan Psikologi
      i.        Ciri-ciri personaliti
a. Keperluan kepada pencapaian
b. Lokus kawalan
c. Kecenderungan mengambil risiko
     ii.        Tokoh yang memberi sumbangan dalam Teori dan Model Keusahawanan.
a.     Rotter  (1966) = usahawan mempunyai punca kawalan diri secara dalaman.Model baka menyatakan usahawan memiliki ciri-ciri yang lahir daripada identitinya sendiri.Ciri-ciri ini membezakan diri seorang usahawan dengan bukan usahawan.
b.    McClelland = Teori kehendak kepada pencapaian. Teori ini menyatakan bahawa usahawan mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi dan berani memikul tanggungjawab.
c.     De Vries = Model Psikodinamik menyatakan bahawa individu tertekan semasa kecil dan tidak mendapat kemudahan tertentu.  Justeru, ini mendorong mereka untuk membuktikan kepada dunia tentang keupayaannya.
Model Motivasi Keusahawanan McClelland
Nilai ideologi bermaksud fahaman yang dianuti atau dipegang oleh seseorang usahawan . Ia membantu pembentukan tingkah laku, personaliti dan sahsiah usahawan . Nilai ideologi akan mengarah kepada keinginan atau keperluan pencapaian seseorang usahawan. Mendorong kepada tindakan keusahawanan



C          Pendekatan Sosiologi
      i.        Dorongan kepada keusahawanan

a.     Pengalihan negatif – apabila individu yang terasing daripada masyarakat teras atau hilang tempat bergantung, mereka akan cenderung bergiat dalam perniagaan dan menjadi usahawan seperti imigran, individu yang dibuang kerja atau wanita yang bercerai.
b.    Tempoh peralihan – individu yang melalui tempoh masa yang menyebabkan mereka menjadi uasahawan. Tempoh tersebut membolehkan individu berfikir mengenai masa depan mereka sebagai usahawan. Contoh; antara pelajar dengan kerjaya, askar menjadi orang biasa.
c.     Tarikan positif – terdapat pihak yang mendorong individu menjadi usahawan. Pihak yang mungkin terlibat ialah mentor, rakan kongsi, keluarga, pelabur dan sebagainya.
d.    Tolakan positif –  wujud situasi di mana individu tidak mempunyai pilihan kecuali menjadi usahawan disebabkan oleh beberapa kelebihan. Antaranya pendidikan, latihan yang diikuti, laluan kerjaya, pengalaman, kemahiran dll.

     ii.        Tokoh yang memberi sumbangan dalam Teori dan Model Keusahawanan dari segi sosiologi
a.     Max Weber = memasukkan unsur keagamaaan sebagai asas kejayaan seseorang usahawan. Kajian beliau berasaskan penganut agama Protestan yang telah mencapai kejayaannya dalam bidang ekonomi.
b.    Everett Hagen = menyatakan  kelahiran usahawan adalah daripada kalangan kumpulan bawahan yang tidak puas hati merupakan satu tekanan yang mewujudkan usahawan untuk mengatasi kepincangan ini.

c.     Thomas Cochrau = memasukkan nilai-nilai lain seperti budaya, peranan dan harapan sosial sebagai faktor yang menetukan tingkah laku atau gelagat usahawan.